Duduk lama sangat dekat rumah nak pergi taman permainan tak boleh, nak pergi bersiar pun tak boleh mula macam-macam kerenah anak-anak ni. Jangan kata anak-anak. Kita yang dewasa ni pun macam nak pengsan juga mati kutu dibuatnya. Hari ni IMPIANA nak kongsikan satu inspirasi yang boleh dijadikan satu idea yang baik untuk ibu bapa untuk anak-anak kat rumah. Jom kita buat sama-sama. DIY Playhouse!
Kalau nak beli kat luar ni makan belanja juga ni kan apa kata jom kita buat sendiri, jimat dan menyeronokkan. Hasil perkongsian Sadiqin Sulong.
Anak-anak request nak playhouse, nak beli yang dah siap mahal. Cuba buat sendiri lebih murah sambil-sambil asah skil bertukang.
Banyak idea dan tips dapat dari ahli group ini, mohon halalkan semua ilmu yang saya dapat. Saya kongsikan balik step by step saya buat playhouse ini di ruang setiap gambar. Kita semua boleh buat, cantik tak cantik tak penting di mata anak-anak. Anak-anak dapat tempat untuk bermain petang-petang pun dah cukup gembira.
Langkah-langkah nak buat playhouse
Buat rangka dengan kayu 2×2. Lebar 4 kaki, panjang 6.5 kaki dan tinggi 5 kaki
Ads
2. Pasang plywood 18mm dan buat tangga. Guna kayu palet buat tutup bahagian atas dinding.
3. Undercoat bahagian yang perlu cat untuk memudahkan urusan cat dan hasil yang lebih kemas.
Ads
4. Pasang shera plank hasil lebihan buat stor kat belakang. Overlap 20mm antara dua keping shera.
5. Cat semua bahagian dan siap sedia untuk pasang atap.
Ads
6. Susun atap genting dan lapik bata untuk jaga kaki tiang. Last minit tambah lebihan shera plank acah-acah papan manis. Alhamdulillah dah siap satu playhouse.
Semoga perkongsian ini bermanfaat pada semua pembaca IMPIANA.
Dah bertahun-tahun guna ketuhar gelombang mikro atau microwave dirumah tapi tak pernah sekali pun terfikir nak cuci. Kadangkala, sampai ada kesan hitam pada bahagian dlam akibat daripada sisa makanan yang tertinggal.
Dan bagi sesetengah pengguna pula, mungkin tidak pasti bagaimana cara nak bersihkan microwave dengan mudah. Jadi kali ini IMPIANA kongsikan dengan anda trik dari seorang pengguna Facebook yang mencuci microwave miliknya hanya dngan menggunakan lemon. Jom kita cuba!
Keadaan sebelum.
Tips Bersihkan dan Wangikan Microwave
1️⃣ Ambil mangkuk dan letakkan air separuh sahaja
2️⃣ Perah dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut
3️⃣ Masukkan dalam microwave.
4️⃣ On kan selama 5 minit.
5️⃣ Tunggu 2 minit sebelum buka microwave (untuk pastikan wap air tersebut tak keluar dari microwave)
6️⃣ Lap microwave dengan kain bersih. Senang betul tak yah nak sental kerak-kerak dan sisa minyak tu. Bau pun harum semerbak lemon gitu.
Siap!
Senang dan cepat kan?
Nota kaki.
Nak guna soda bicarbonate pun boleh juga. Belajar sesuatu?
Kalau dah kreatif, benda yang nampak sampah bagi sesetengah orang jika diolah memang akan jadi produk yang cantik dan mahal. Seperti yang di lakukan oleh ratu DIY Puan Norpadilah yang selalu berkongsi idea-idea DIY yang unik bersama rakan-rakan di Facebook. Terbaru, Puan Norpadilah menghasilkan pasu gaya cottage dari upih yang baru gugur. Tahu tak, IMPIANA pernah jumpa pasu macam Puan Norpadilah buat di satu kedai jenama kraf terkenal di Malaysia. Harga pasu tersebut dekat RM 300. Bezanya, pasu yang dijual dikedai tersebut telah di cat dengan warna merah.
Apa kata, kita buat macma idea Puan Norpadilah ni. Tak perlu guna bahan-bahan yang rumit dan teknik yang susah pun untuk hasilkan pasu upih ni. Cara-caranya:
1. Siapkan dan bersihkan pelepah upih yang paling besar
2. ukur tinggi dan lebar pasu yang sesuai kemudian potongkan macam dalam gambar.
3. Gunakan stapler untuk cantumkan bahagian potongan menjadi tapak pasu
4. Ikat bahagian cantuman dinding apsu menggunkan tali jud untuk lebih cantik dan artistik. Dah ikat kukuh, boleh buka stapler yang tadi
5. Nak nampak cantik dan berkilat, boleh sembur dengan spray cear sebagai kemasan terakhir
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rangkaian jubin Zirconio yang indah adalah lebih daripada yang dapat dilihat. Inovasi berterusan mereka sejak 1965 telah menjadikan mereka nama rumah dengan setiap reka bentuk dibuat dengan teliti oleh pereka dalaman yang mahir. Ini memberikan ruang anda intipati keunikan yang istimewa dan sentuhan yang sangat dicari.
Berikut adalah beberapa petua reka bentuk yang boleh dilaksanakan oleh pemilik rumah untuk meningkatkan teknik penggayaan dinding mereka.
1. Krea
Koleksi kayu oleh Zircornio didatangkan dengan tiga reka bentuk bijirin kayu yang berbeza, pokok poplar, pokok pain dan kayu cendana. Dengan kemasan matte, sudah pasti koleksi ini serba boleh sama ada untuk ruang tamu anda atau dinding di ruang makan memberikan jumlah kontemporari moden yang tepat dengan sentuhan rasa semula jadi.
2. Venato
Rangkaian jubin ini terdapat dalam kedua-dua porselin dan seramik, menawarkan pelbagai bentuk dan saiz yang bagus untuk reka bentuk dinding. Fleksibiliti mereka membolehkan pelbagai reka bentuk yang menambah sedikit ruang tamu kontemporari moden pada ruang makan, bilik mandi dan dinding dapur.
3. Sv Stone 2.0
Sv Stone 2.0 didatangkan dalam tiga kemasan termasuk matte, lappato dan berstruktur. Jubin batu sangat tahan lama dan kerana tiada dua batu yang sama, anda akan mendapat reka bentuk dinding yang unik secara semula jadi sama ada ruang tamu, anjung atau bilik tidur anda.
4. Rust
Berasal dari Sepanyol, jubin Zirconio Rust adalah setebal 12 mm yang menjadikannya salah satu jubin paling sukar di bawah jenama itu. Dengan kemasan matte dan lappato, jubin ini pasti akan memberikan ruang anda suasana desa dengan kualiti.
Jadikan rumah anda tempat yang selesa dan menyenangkan dari segi estetik dengan jubin dan reka bentuk Zirconio ini. Anda juga boleh mencapai beberapa pilihan reka bentuk dengan kedua-dua jubin klasik dan tahan lama ini — membolehkan anda menikmati keseronokan dan kefungsian. Melindungi mereka kadangkala semudah memilih jubin yang betul. Niro Ceramic Group menawarkan pelbagai jubin dinding dan lantai.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.