DIY

Buat Sendiri LAMPU PELITA Guna Minyak Masak, Jimat Tahan Sampai Subuh!

Share

Pelita merupakan salah satu dekorasi hiasan rumah setiap kali tibanya hari raya. Kebiasaannya diperbuat daripada buluh atau bekas plastik yang banyak di jual di pasaran.

Sebenarnya kita boleh buat sendiri lampu pelita raya di rumah dengan menggunakan minyak masak. Malah lebih jimat dan tahan bernyala sampai ke subuh. Bukan apa jika nak beli pelita raya yang dah siap boleh tahan juga harganya.

Bila pasang pelita di rumah, barulah meriah dan berseri malam 7 likur nanti.Buat sendiri je ikut cara yang dikongsikan dalam video TikTok Fadildil12 ini. Memang paling mudah cepat dan paling murah kosnya.

Bahan Diperlukan:

Cawan kaca atau bekas plastik
Minyak masak
Pewarna merah atau apa-apa pewarna
Air
Pelampung sumbu (Beli Disini)

Sumbu (Beli Di Sini)

Cara Membuat:

1. Isi air dalam jug, masukkan pewarna dan kacau sebati.

2. Kemudian tuang air tersebut ke dalam bekas plastik.

3. Selepas itu isikan pula minyak masak.

4. Letak pelampung sumbu.

5. Akhir sekali letak sumbu.

Siap! Boleh nyalakan guna pemetik api.

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.

Info Ekstra!

  • Sumbu lampu boleh beli kedai india yang jual bunga atau kedai cina jual barang sembahyang pun banyak jual. Minyak yang warna merah pun ada.
  • Kalau tali sumbu tiada boleh juga ganti dengan tisu atau tali mop.
  • Rumah kalau takde eletrik pun buat je macam ni. Jimat dari lilin.
  • Kalau sayang nak guna minyak baru, boleh juga guna minyak terpakai.

@fadildil12 Balas kepada @asriaril95 abang ni mintak cara buat pelita bunga part 2..yang kata minyak masak mahal.boleh pakai minyak terpakai.#diy #aidilfitri2022 #foryou #fypシ #fyp #part2 #pelitaraya2022 ♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat

 Artikel Menarik:Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!
Mesti Baca:Salah Pilih Lampu Boleh Jejaskan Dekorasi Kediaman, Ini Tip Pemilihannya!
Baca Lagi Di Sini:Lampu ‘Lantern’ Dengan Rekaan Gaya Ala-Ala Morocco, Dekorasi Hiasan Dalaman Rumah Akan Tampak Lebih Me

wah!

IMPIANA: Wah menariknya buat lampu pelita raya guna minyak masak ni. Mudah nak buat dan jimat kos. Memang berseri malam 7 likur bila pasang pelita macam ni, malah boleh tahan sampai ke subuh. Kena cuba nanti.

Sumber: Tiktok Fadildil12

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN