
‘Boost’ pokok berbunga, berbuah banyak dengan campuran air basuhan beras dan kulit pisang. Setiap pekebun, baik yang berpengalaman mahupun baru berjinak-jinak, pastinya mengimpikan pokok yang tumbuh subur, berbunga cantik dan menghasilkan buah yang lebat.
‘Boost’ Pokok Berbunga, Berbuah Banyak Dengan Campuran Air Basuhan Beras Dan Kulit Pisang
Namun, salah satu rahsia utama untuk mencapai hasil seperti itu terletak pada pemberian baja yang betul dan konsisten. Baja bukan sekadar makanan kepada pokok, tetapi juga berperanan merangsang pertumbuhan, pembentukan bunga dan buah serta meningkatkan daya tahan terhadap serangan penyakit.
Terdapat pelbagai jenis baja di pasaran daripada baja organik seperti kompos dan baja najis haiwan, sehinggalah kepada baja kimia yang mengandungi nutrien spesifik seperti nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K).
Sebenarnya kita boleh sahaja membuat baja sendiri (DIY). Berikut perkongsian daripada Azuan Abdullah
Keadaan terkini larutan air basuhan beras + kulit pisang selepas 5 hari hidup bersama.
Bau masam-masam manis. Tanda enzim tengah aktif dan mikrob masih hidup. Bila di celup EC meter, bacaannya agak tinggi iaitu hampir 4.0 mS.
Masa buat petang Isnin lepas, kulit pisang ini saya rendaman dalam air basuhan beras dengan nisbah 1:3. 1 besen kulit pisang + 3 besen air basuhan beras.
Ada 2 cara untuk guna larutan ini. Nak siram pada zon akar pokok pun boleh, nak sembur pada daun pun boleh.
Jika nak siram, tapis dan asingkan sisa kulit pisang. Masukkan ke dalam alat penyiram. Tidak perlu pencairan atau tambah air. Boleh siram terus di zon akar pokok.

Berbeza pula untuk semburan pada daun. Lepas tapis, tak boleh sembur terus pada daun. Perlu pencairan atau tambah air dulu.
Dengan keadaan EC tinggi macam ini, jika disembur terus pada daun, ada risiko daun jadi terbakar nanti.
Jadi, tindakan yang terbaik adalah kita buat pencairan atau tambah air. Nisbahnya 1 : 1. Maksudnya 1 cawan larutan ini + 1 cawan air.
Memandangkan larutan ini tak berapa banyak, saya pilih untuk guna cara semburan pada daun. Boleh la cover untuk semua pokok berbuah yang ada di laman rumah saya.
Dalam larutan ini, ada banyak unsur potassium, enzim dan mikrob baik. Gabungan 3-3 ini dapat membantu untuk ‘boost’ pokok supaya sentiasa berbunga dan berbuah dengan banyak.
Buat sahabat yang suka berkebun, boleh la cuba buat ya. Walaupun zero kos, namun impaknya sangat ohsem.
Sumber: Azuan Abdullah
Baca artikel lain juga: Pati Semburan Kawalan Serangga Perosak Organik Kesan Sangat Power Ikut Sukatan Ini!
Kulit Durian Jangan Dibuang, Boleh Buat Baja Cecair Untuk Siraman
Tip Suburkan Pokok Pudina, Siapa Sangka Herba Masakan Ini Boleh Jadi Baja
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di


