Bina Penapis Kolam Sendiri Dengan Menggunakan Pasu Lebih Menarik

Share

Setiap kolam sama ada ia hanya sebagai hiasan atau pun menjadi kolam ikan mempunyai masalah yang sama iaitu kualiti air. Kualiti air adalah antara faktor utama terhadap keseluruhan ekosistem yang terbentuk di dalam kolam. Kalau airnya keruh dan mempunyai kotoran, bukan sekadar tak sedap mata memandang malah mengancam habitat hidup akuatik yang mendiami nya.

Oleh itu, Untuk pastikan air kolam sentiasa dalam keadaan bersih sistem tapisan perlu diambil berat. Terdapat pelbagai rekaan sistem tapisan kolam di pasaran. Sama ada yang mahal dan murah. Setiap satunya fungsi adalah sama cuma kekerapan penyelenggaraan dan kualiti air yang dihasilkan menjadi perbezaan.

Tapi kali ini, LAMAN Impiana nak ajak anda untuk cuba membina sendiri sistem tapisan di dalam pasu. Berbanding menggunakan kotak atau tong khas yang berwarna hitam , adalah lebih baik gunakan pasu supaya ia kelihatan lebih menarik dan tak adalah nampak sangat macam penapis kolam.

Bahan-bahan:

Pasu plastik berukuran 47cm
25mm flexible hose
Penapis plastik (ikut saiz lantai pasu)
Span atau scrubbies secukupnya
1 biji 40mm U-bend kit paip
1 biji 40mm shower drain
1 biji 25mm double-end penyambung paip
3 biji 22mm penyambung paip “L”
1 biji 40mm tank overflow outlet
2 biji 22mm penyambung paip “T”
1 biji 22mm paip inlet tangki
4 batang 18-30mm metal screw-adjust
1 batang paip PVC 22mm x 2 meter
1 peket Bacteria culture untuk kolam
Gam untuk mencantumkan setiap sambunggan

Cara-cara:
1. Dengan menggunakan drill, tebuk lubang pada bahagian lantai pasu untuk pasangkan shower drain

2. Tebuk 2 lubang di kanan dan kiri dinding pasu yang akan berfungsi sebagai inlet dan outlet dan pasang kaki paip untuk kedua-dua kegunaan ini tadi.Untuk outlet, gunakan 40mm tank overflow untuk mendapatkan kelancaran air yang baik.

3. Cantumkan P-Trap pada shower drain dan diikuti dengan U-bend kit seperti dalam gambar. Bahagian ini akan berfungsi sebagai overflow.

4. Bagi mengatasi paip sambungan dari U-bend kit patah atau rosak apabila menerima tekanan air, letakkan klip sebagai sokongan yang disambungkan pada dinding pasu.

5. Bahagian dalam pasu, susun peyambung “T” dan “L” untuk mendapatkan ukuran paip yang diperlukan seperti di dalam gambar dan cantumkan

6. Tebuk sedikit lubang pada penapis sebagai laluan paip.

7. Masukkan paip “T” yang telah disambung pada lubang penapis yang telah disediakan dan letakkan paip panjang.

8. Ukur ketinggian paip panjang tadi yang diperlukan untuk menyambungkan bahagian “T” tadi dengan outlet yang telah di letakkan pada dinding pasu.

9. Sambungkan paip yang di potongkan tadi dengan outlet menggunkan penyambung sesiku atau “L”

10. Susun Span atau scrubbies memenuhi ruang pasu dan pasu anda sedia untuk disambungkan atau dipasang pada elemen air.

Ini adalah keadaan overflow. jika air berlebihan di dalam tangki ia akan keluar. Untuk tugas-tugas penyelenggaraan, paip overflow ini perlu di turunkan.

Sumber: http://www.prior-it.co.uk/

 

IKLAN