
Memiliki siling tinggi satu kelebihan buat sesebuah kediaman. Ia boleh dimanfaatkan dengan membina loteng untuk memaksimumkan fungsi ruang di rumah. Ia boleh dijadikan ruang sebagai tempat solat, bilik tambahan, bilik bacaan, ruang santai keluarga dan sebagainya.
Jika ingin membina loteng di rumah, boleh ikut idea binaan loteng yang dikongsikan oleh Mohamad Izwan ini. Memang kemas dan cantik hasil kerjanya.
Loteng 21ft x 11ft
Tinggi dari tiles 9ft
Tinggi dari lantai loteng 8ft
Material Diperlukan:
2x4x1.6mm frame besi
Lantai kayu Merbau 18mm
Ceiling PVC (RM90 19ft x 1ft)
Anak tangga PVC deck 1″
Wiring lampu atas 3 point (led)
Wiring lampu bawah 4 point (downlight)
Wiring kipas 1 point
Wiring 1 point plug (double) atas loteng
Info Ekstra!
- Skru terus dekat rangka, tak perlu buat rangka untuk siling lagi.Wiring duduk dalam besi, jadi tak perlu buat rangka siling lagi.
- Jarak anak tangga 10″.
- Kos bergantung pada ukuran dan finishing. Loteng macam ni RM 13,000.
Mesti Baca:Jangan Biar Ruang Atas Tangga Kosong, Boleh Jadi LOTENG Solat
Baca Lagi Di Sini:Binaan Loteng Beri Nafas Baru Rumah Lama, Ruang Tamu Tampak Lebih Kemas
Artikel Menarik:Rumah Siling Tinggi Boleh Buat Loteng, Guna Setiap Ruang Sebaik Mungkin
IMPIANA: Menarik idea binaan loteng yang dikongsikan ini. Kemas dan cantik hasil kerjanya, malah boleh memaksimumkan fungsi ruang di rumah.
Sumber:Mohamad Izwan
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang

Mak Pesan Buat Rutin Kerja Rumah, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang. Ada benarnya pesanan ini. Perasaan tenang dapat diperolehi apabila memiliki kediaman yang bersih dan kemas.
Jangan bagi alasan rumah tidak kemas dan bersih kerana tidak sempat dan letih, seharian bekerja. Sebaliknya jadikan kerja mengemas ini sebagai rutin harian.
Nak rumah cantik tak semestinya kena dekorasi dan perabot yang mahal. Sedangkan rumah biasa-biasa boleh jadi tenang dan cantik kalau sentiasa jadikan rutin buat kerja rumah ini.
Perkongsian daripada Pereka Dalaman, Anis Syuhada ini boleh dijadikan panduan.
Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah wajib buat. Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar & dalam rumah, kemas tempat tidur & pastikan tiap bilik kemas, sidai kain & siram pokok bunga mak.
Sampai ke tua juga la menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:
1. Sapu sampah walaupun tak nampak kotor.
2. Sambil sapu tu buang juga sawang yang melekat, jangan menyapu macam orang tak ada mata & tulang.
3. Lapik kaki luar rumah atau dalam kena basuh. Jangan tunggu keraih melekat kat lantai. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
4. Kabinet kasut susun, jangan la selipar tinggai sebelah pun masih simpan nak pakai macam mana. Selipar yang putus pun janganlah disimpan sebabnya sayan nak buang. Tapak kasut ketuk dulu jangan berselut pon rajin dok susun.
5. Tong sampah cuci, ada depan rumah hang tak cuci mengaummm bau selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.
6. Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nk kemas balik “tak payah masak”.
Mak kami ni dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa la kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau hang cakap “kejap lagi buat la” maka hang akan murung dengar dia bebel lagi-lagi bila dia cakap ”takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv” elok-elok ja dia cakap tapi hang akan rasa berdosa seumur hidup.
7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin putih melepak ka hitam melegam, kelabu asap, kuning merengau kenalah bersih.
8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu. Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan dok letak kat lantai pas tu nak sapu abih bulu penyapu melentik bengkok.
Tapi kan betui la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nak bagi tahu ke?”
Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih barang lama pun tak apa kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
IMPIANA : Ada benarnya pesanan yang dikongsikan ini. Jadikan mengemas rumah sebagai rutin harian.Rumah biasa-biasa pun jika bersih automatik akan rasa tenang, kemas dan cantik.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mesti Baca:Pilih Konsep Minimalis & Mudah Dibersihkan, ‘Tuan Rumah’ Decor Ikut Bajet Sendiri
Baca Lagi Di Sini:Lantai Rumah Atau Jubin Semakin Kusam Dah Tak Berkilat Macam Dulu, Guna 2 Bahan Ni Untuk Serikan Kembali
Artikel Menarik:Tip Keselamatan Tinggalkan Rumah Dan Doa Yang Perlu Diamalkan
Sumber: Anis Syuhada
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Daun Pudina Jadi Hitam? Jangan Panik, Ini Rahsianya!

Daun pudina, atau lebih dikenali sebagai daun mint, antara daun herba yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja penambah rasa dalam hidangan laksa, daun pudina juga sangat bagus untuk dimakan sebagai ulam-ulaman. Tetapi, agak sukar untuk temui pokok pudina yang fresh dijual di pasaran dan anda hanya perlu pergi ke pasar pagi.
Jadi apa kata tanam je sendiri tumbuhan renek ini, sebenarnya ada tip penjagaan yang perlu dilakukan bila pokok pudina berdepan masalah ini supaya kekal segar sentiasa. Boleh ikut panduan yang diberi oleh Azura Mohamad.
Tip penjagaan pokok pudina hidup segar bertahun-tahun
Bila ada daun pudina tanam dekat pasu dan hidup memang super menjimatkan dan seronok rasa. Ini cara saya nak kekalkan daun pudina hidup segar dan bertahun-tahun hidup.
✅Bila batang dan daun-daun semakin hitam dan gugur, ambil gunting dan potong batangnya. Tinggalkan sedikit di atas tanah.
✅ Batang yang berwarna hitam di atas tanah pilih dan buang.
✅Letak di tempat yang redup dan siram sekurang-kurangnya sekali sekali.
Gambar pertama pokok pudina saya sudah 3 tahun lebih saya jaga. Sekarang waktunya untuk buang daun dan batang yang hitam. Ini pokok induk yang saya beli.
Gambar kedua setelah sebulan dipotong. Daun mulai subur dan bolehlah petik untuk dimasukkan ke dalam air teh untuk sarapan pagi ini. Pokok kedua ini saya tanam dari keratan batang pokok induk tadi.
Khasiat Daun Pudina
Daun pudina bukan sahaja beri kesan yang menyegarkan tetapi mengandungi khasiat dan manfaat untuk kesihatan.
1.Kurangkan sakit kepala
Ternyata, sakit kepala juga boleh dikurangkan dengan menggunakan daun pudina. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan meletakkan sedikit daun pudina ke dalam minuman sejuk atau bau sahaja apa apa minyak yang berasaskan daun pudina.
2.Perbaiki emosi
Bukan itu sahaja, kalau emosi tidak berada dalam keadaan yang baik pun anda boleh mengubatinya menggunakan daun pudina.
3.Melegakan selsema
Selain makan ubat, antara petua tradisional yang lain untuk merawat selesema adalah dengan menggunakan daun pudina.
4.Legakan loya dan muntah
Boleh hilang jika anda gunakan daun pudina.
5. Kurangkan kesan alahan
Menggunakan daun pudina sangat berkesan dan boleh digunakan jika minyak mempunyai kandungan pudina.
6.Nafas segar
Ini memang sudah pasti kerana mempunyai kandungan daun pudina dalam ubat gigi.
7. Kurang selera makan
Makan beberapa helai daun pudina bersama-sama dengan ulaman. Boleh juga dijadikan jus dengan dicampur dengan buah-buahan yang lain.
8. Bersenam
Kadangkala kita mengalami masalah kekejangan otot, daun pudina mampu melegakan kesakitan akibat kekejangan.
9. Penghadaman lemak
Ia juga memudahkan penghadaman lemak dan perjalanan makanan ke dalam saluran usus.
10. Melegakan masalah wanita
Sakit senggugut, kekejangan di bahagian peranakan dan melancarkan kitaran haid.
Semoga bermanfaat
Sumber: Azura Mohamad,Public Health Malaysia
Baca Lagi Di Sini:3 Jenis Pengering Baju ‘Dryer’ Ramai Yang Tak Tahu Fungsi & Kelebihan Dryer Ini
Mesti Baca:Apa Itu Vented, Condenser & Heat Pump? Jom Ketahui Fungsi Setiap Jenis Mesin Pengering Baju
Artikel Menarik:Peralatan Di Dapur Bukan Sekadar Ikut Suka Hati Letak Hingga ‘Makan’ Banyak Tenaga Elektrik
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Shima Sharuddin
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Masalah Kelkatu Serang Rumah Petunjuk Kediaman Dalam Bahaya

Masalah kelkatu yang menyerang kediaman pada malam mungkin kita anggap perkara biasa. Tapi tanpa kita jangka ia sebenarnya membawa sekali masalah besar pada kediaman.
Kehadiran kelkatu yang kemudiannya meninggalkan sayap di lantai menjadi petunjuk kepada ancaman tersembunyi yang digeruni oleh hampir semua pemilik rumah.
Bahaya kehadiran kelkatu
Berikut adalah bahaya utama yang perlu diambil perhatian terhadap masalah kelkatu ini.
1. Masalah kelkatu asal usul anai-anai
Kelkatu adalah peringkat reproduktif anai-anai. Selepas sayap mereka tertanggal, kelkatu akan berjalan mencari tempat sesuai untuk membina koloni baru. Jika mereka berjaya menetap di kawasan rumah, koloni anai-anai yang baru mungkin akan terbentuk.
2. Serangan struktur kayu
Anai-anai adalah serangga pemakan kayu. Kehadiran mereka boleh menyebabkan kerosakan serius pada struktur kayu rumah seperti rangka pintu, perabot, atau lantai kayu. Kerosakan ini sering berlaku secara senyap tanpa disedari sehingga ia menjadi masalah besar.
3. Risiko kerosakan kos tinggi
Jika koloni anai-anai berkembang di dalam rumah, kos pembaikan boleh menjadi sangat mahal. Selain itu, anai-anai sukar dikesan pada peringkat awal, menyebabkan kerosakan lebih parah sebelum ia dikenal pasti.
4. Petunjuk persekitaran bermasalah
Kehadiran kelkatu biasanya menunjukkan kawasan rumah mempunyai kelembapan tinggi atau kayu yang telah rosak. Ini adalah persekitaran ideal untuk pembiakan anai-anai dan boleh menjadi masalah jangka panjang jika tidak diuruskan.
Langkah pencegahan
Kurangkan sumber cahaya pada malam
Kelkatu tertarik kepada cahaya. Tutup lampu luar rumah pada waktu malam atau gunakan lampu yang kurang menarik serangga.
Kawal kelembapan
Pastikan kawasan rumah sentiasa kering, terutamanya di sekitar lantai atau dinding kayu.
Pemeriksaan berkala
Periksa kayu rumah untuk tanda-tanda awal kerosakan seperti rekahan atau lorong lumpur yang dibuat oleh anai-anai.
Gunakan rawatan pencegah
Produk kawalan serangga atau perkhidmatan kawalan profesional boleh membantu menghalang serangan anai-anai.
Dengan mengambil langkah awal, fenomena kelkatu “datang terbang, balik jalan kaki” dapat dicegah daripada menjadi ancaman serius kepada rumah anda. Jangan abaikan tanda-tanda ini, kerana ia mungkin awal kepada masalah besar!
Sumber: Bintulu Info
Mesti Baca: Elak Kelkatu & Serangga Hurung Lampu Dalam Rumah, Guna Warna Lampu Ini
Baca Lagi: Anai-Anak Rosakkan Struktur Rumah, Guna Air Beras Untuk Banteras
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI