Sebelum ini viral mengenai ulasan Dr. Amalina yang mengatakan bahawa ” Tiada Kajian Atau Bukti Sains Yang Dapat Mengesahkan Bahawa Durian Belanda Boleh Merawat Kanser”

Namun, Laman tertarik dengan satu thread yang dinyatakan oleh Doktor Hot ini bahawa durian belanda juga boleh menyebabkan neurodegenerative disorder like Parkinson’s disease. Betul ke?

Buah durian belanda atau nama saintifiknya Annona muricata merupakan ahli keluarga Annonaceae. Ia dikatakan berasal dari negara tropika di benua Amerika dan Carribean. Buah durian belanda kaya dengan sebatian kimia dari kelas acetogenin dan isoquinoline alkaloids. Acetogenin merupakan sebatian kimia yang aktif membunuh sel kanser dalam kajian piring petri dan ke atas model haiwan. Acetogenin antara sebatian kimia semulajadi yang ditemui berpotensi membunuh sel kanser.

IKLAN

Kajian epidemiologi di Guedelope mengaitkan pengambilan buah durian belanda yang tinggi dengan episode atypical parkinsonism dan PSP (progressive supranuclear palsy) di kalangan pesakit (Caparros-Lefebvre & Elbaz,1999). Durian belanda mengandungi sebatian kimia acetogenins dan isoquinoline alkaloids, yang memberikan kesan toksik kepada neuron manusia. Annonacin, sebatian kimia dari kelas acetogenin menyebabkan ketidakseimbangan hormon di otak dan menyebabkan abnormaliti (Champy, et al., 2004).

Namun begitu acetogenin boleh menyebabkan kesan toksik pada neuron dan menyebabkan degenerasi neuron pada dos serendah 50 uM/L (Potss, et al., 2012) dalam ujian piring petri. Jika di ektrapolasi kepada manusia yang mempunyai isipadu darah sebanyak 5L, 149 mg annonacin sudah cukup untuk memberikan kesan neuotoksik kepada manusia. 1 kg buah durian belanda, dianggarkan terdapat 525 mg annonacin (Champy et al., 2005). Harus diingat, kandungan annonacin boleh berbeza-beza mengikut lokaliti pokok berkenaan.

IKLAN

Jika 2.5g daun durian belanda direbus selama 10 minit, dianggarkan terdapat sekitar 56 mg annonacin dalam air rebusan tersebut (Champy, et al., 2005). Di dalam kajian terbaru, ekstrak daun durian belanda menggunakan pelarut etanol dan methanol menghasilkan sehingga 300 mg annonacin bagi setiap kg berat daun (de Morais et al., 2017). Namun produk berasaskan daun durian belanda yang menggunakan kaedah ekstrak yang berbeza dari kaedah rebusan air boleh menghasilkan  lebih tinggi kandungan annonacin.

Selain itu, durian belanda mengandungi sebatian kimia dari kelas isoquinoline terutama rotenone. Rotenone  memberikan kesan toksik kepada sel neuron manusia. Ia boleh menghalang reseptor dopamine pada dos serendah 18 mikrogram per mL di dalam kajian piring petri (Annie, et al., 2002). Jika manusia dewasa mempunyai 5L darah, kandungan annonacin sebanyak 90,000 mikrogram, iaitu bersamaan dengan 90mg boleh memberikan kesan toksik kepada neuron manusia.

IKLAN

Walaubagaimanapun, harus diingat kajian dalam bentuk piring petri tidak semestinya diterjemahkan secara langsung ke atas manusia. Ada beberapa fakta yang perlu diterjemahkan iaitu  kebolehan sebatian annonacin dan rotenone di dalam sistem pencernaan manusia. Adakah sebatian ini kekal dalam bentuk asal sehingga sampai ke neuron otak manusia? Tetapi disebabkan sebatian kimia ini wujud dalam komposisi yang tinggi di dalam buah dan daun durian belanda, faktor keselamatan harus diambil kira sekiranya ada yang berminat untuk mengambil buah dan daun durian belanda dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.

Walaupun terdapat beberapaka kajian klinikal skala kecil terhadap ekstrak daun durian belanda untuk rawatan kanser dan diabetes, kajian masih belum konklusif untuk menunjukkan ia berkesan. Di samping itu, ekstrak yang dugunakan mungkin telah diproses dengan cara kandungan sebatian kimia yang memberikan kesan neurotoksik berada dalam komposisi yang rendah atau telah disingkirkan.

Sumber: https://www.drcheputeh.com/

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI