
Di kala pandemik ni, ramai memilih air-fryer untuk penyediaan makanan sihat terutamanya yang jenis bergoreng. Tiba-tiba, tular pula yang menyatakan bahawa Air-fryer ni boleh menyabab kanser. Betul ke?
Jom baca kupasan dari Zakwan Mohtadza yang mengulas mengenai isu ini di facebooknya.
Secara ringkasnya, Kandunggan Acrymalide yang terhasil ketika proses memasak memang boleh mengundang kesan sampingan. Namun, ianya bukan sahaja boleh dihasilkan oleh air fryer sahaja. Apa jua jenis pemanggang atau teknik menggoreng boleh menghasilkan kandungan tersebut pada suhu tertentu. Jadi, anda perlu kawal suhu dan waktu memeasak. Jika di dalam menual menerangkan pada sahu dan waktu tertentu, sila kurangkan sedikit.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Ular Masuk Kediaman Dengan 6 Langkah Keselamatan Ini

Sejak kebelakangan ini, sudah banyak kita dengar berita tentang ular masuk ke rumah. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas sekarang, haiwan berdarah sejuk ini sudah tentu akan mencari tempat berlindung yang bersuhu lebih sejuk dan lembap. Tambahan pula habitat mereka mungkin ada yang terbakar ketika musim panas ini. Biasanya, kawasan di kediaman seperti tandas, longkang, kebun atau taman serta dalam kereta menjadi pilihan ular berikutan suhu yang lebih rendah dan keadaan yang lembap.
Di sini, IMPIANA ada beberapa tips atau langkah keselamatan buat membantu anda mengurangkan risiko ular memasuki kawasan kediaman.
- Bersihkan dan kemas halaman atau kebun sekeliling rumah dengan kerap. Persekitaran yang penuh semak-samun yang tidak terurus bakal mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari.
- Elakkan menanam pokok yang terlalu lebat dan tinggi kerana ia boleh menjadi tempat persembunyian yang selesa buat sang ular.
- Periksa semua lubang di sekitar kediaman, jangan dibiarkan terbuka atau terdedah dan mempunyai air bertakung. Apabila cuaca panas, ular akan mencari kawasan berair dan lembap bagi menyejukkan badannya.
- Pastikan kediaman sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih. Elakkan kawasan bawah katil dan almari tidak dipenuhi dengan barang-barang kerana ditempat tersorok dan gelap beginilah ular suka duduk.
- Tikus merupakan salah satu sumber makanan ular. Jadi, hapuskan kehadiran tikus di kediaman dengan memastikan keadaan dan persekitarannya sentiasa bersih. Buang semua sisa makanan yang dapat mengundang tikus.
- Sediakan perangkap ular di kawasan kediaman dan anda boleh gunakan tikus sebagai umpan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dinding Dan Masalah Kerosakan Yang Selalu Dialami, Jangan Abai Bila Tanda Mula Muncul

Dinding dan masalah kerosakan yang selalu dialami, jangan abai bila tanda mula muncul. Seperti yang kita ketahui, dinding merupakan elemen yang sangat penting untuk sesebuah kediaman. Seharusnya kita mengenal pasti keadaan pada dinding rumah.
Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.
Berikut dikongsikan sedikit tip tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman:

LEMBAP DAN BERLUMUT
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.
Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.
Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.
REKAHAN (CRACK)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.
Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.

RETAKAN RERAMBUT (HAIRLINE CRACK)
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah:
– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.
– Kerja-kerja memasang grill juga akan menyebabkan berlaku hairline crack.
DINDING BERALUN
Cuba letakkan tangan anda pada dinding dan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.
Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster/lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.
Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.

BLISTERED , BERTAMPAL-TAMPAL
Dua kesan yang berbeza di sini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.
Bertampal-tampal atau patchiness pula disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada di sebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakan yang boleh kita nampak.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
‘The Barn-Sal’ Rumah Percutian Konsep Ladang, Kos Keseluruhan Hanya RM92K

‘The Barn-Sal’ rumah percutian konsep ladang, kos keseluruhan RM92K. Rumah percutian di kampung sememangnya menjadi idaman ramai sebagai rumah kedua. Selalunya rumah ini dijadikan lokasi untuk bercuti bersama keluarga.
Rumah percutian atau rumah persinggahan sudah seakan menjadi satu trend masa kini. Ramai yang berhajat untuk membina rumah ini sebagai rumah kedua sama ada untuk kegunaan keluarga atau pun untuk djadikan homestay.
Berikut perkongsian Liza Tahir yang telah membina sebuah rumah percutian/rumah persinggahan bersama suaminya. Segala idea rumah tersebut adalah hasil percambahan kreativiti mereka berdua.
“The Barn-Sal adalah rumah rehat idaman kami suami isteri. Berkonsepkan rumah ladang dengan sedikit sentuhan tema perindustriaan. Sedehana namun tetap bersyukur dan yang lebih utama adalah kepuasan hati kerana The Barn-Sal ini merupakan sentuhan peribadi kami berdua.
“Bermula dengan design rumah oleh suami dan idea hiasan oleh saya maka siap akhirnya sebuah rumah kecil penuh kenangan dengan beberapa item tempahan khas serta sentuhan air tangan pertukangan sendiri kami berdua.
“Penat lelah bermula daripada proses tinjau-tinjau harga barang, tempahan barang dan mencari tukang yang memenuhi inspirasi kami akhirnya terbayar. Akhirnya kami tersenyum puas pada pagi hari raya pertama 1443H.”
Spesifikasi rumah:
Lokasi kediaman: Sabah
Saiz: Luas lantai 480 kaki persegi dan luas deck 420 kaki persegi
Bilik Tidur: 1
Tandas: 1
Kos keseluruhan pembinaan rumah percutian ini ialah RM92,000. Kos untuk rumah sahaja bernilai lebih RM80,000.
“Beberapa perkara ada yang makan modal sikit macam deck, folding door, lantai dan juga pemilihan material barang.
“Barn door untuk tandas custom made mengikut kesesuaian saiz lubang pintu kami. Material barn door menggunakan kayu pine. Railing pula beli di kedai online. Harganya sekitar RM100.00 sahaja.
Sumber: Liza Tahir
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI