Berita

Bertemakan Konsep Moden Tropikal Bali, Langsir Rumah Ain Edruce Mencecah Nilai RM20,000!

Share

Menerusi segmen Ilham Impiana musim terbaharu kali ini yang bertemakan Inspirasi Selebriti bakal kami persembahkan ‘House Tour’ kediaman para selebriti tanah air. 

Bagi episod pertama musim terbaharu ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk menjelajah ke kediaman milik pengacara dan pelakon popular iaitu Ain Edruce.

 

 

Apabila bercakap sahaja tentang kediaman para selebriti atau artis tanah air, sudah pasti anda akan terbayangkan golongan seperti  mereka ini memiliki sebuah kediaman yang mewah, cantik serta selesa untuk didiami.

Ternyata, hasil tinjauan IMPIANA ke kediaman pengacara rancangan hiburan Melodi, TV3 itu mendapati bayangan imaginasi sedemikian adalah satu realiti!

Ketika sesi temu bual bersama hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Ain memaklumkan bahawa dia telah memilih konsep dan tema moden tropikal Bali sebagai pilihan untuk rekaan dekorasi hiasan dalaman serta luaran rumah. 

Bagi menyempurnakan hasrat dan impian untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik, Ain telah menggunakan khidmat pakar pereka hiasan dalaman, CosyForUs.

Untuk pengetahuan anda, pemilik syarikat kepada CosyForUs ini adalah merupakan abang kandung Ain Edruce sendiri. 

Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Ain Edruce? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah; 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Sanggup ‘Ikat Perut’ Demi Mahu Memiliki Rumah Yang Cantik, Adakah Tindakan Wajar Untuk Dilakukan?

 

IKLAN