Kini untuk melancong dan menginap di angkasa lepas bukan lagi sekadar satu angan-angan. Impian ini boleh ditunaikan tidak lama lagi bagi yang berkemampuan.

Ini kerana hotel angkasa lepas pertama di dunia dengan pemandangan luar biasa planet Bumi akan dibuka pada tahun depan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Berputar Mengorbit Bumi, Hotel Angkasa Lepas Pertama Dibuka Tahun Depan, Harga Bilik RM257 juta

Lancar 2 Stesen Penginapan Pelancong

Syarikat angkasa lepas berpangkalan di Amerika Syarikat, Above Space menyasarkan untuk melancarkan dua stesen penginapan pelancong di angkasa lepas, setiap satu dinamakan Voyager dan Pioneer.

Berputar Mengorbit Bumi, Hotel Angkasa Lepas Pertama Dibuka Tahun Depan, Harga Bilik RM257 juta

Pioneer digambarkan oleh syarikat berkenaan sebagai hotel atau penginapan angkasa lepas pertama di mana aktiviti perdagangan, penyelidikan dan riadah boleh beroperasi seawal tahun depan.

Berputar Mengorbit Bumi, Hotel Angkasa Lepas Pertama Dibuka Tahun Depan, Harga Bilik RM257 juta

IKLAN

Berputar Mengorbit Bumi, Hotel Angkasa Lepas Pertama Dibuka Tahun Depan, Harga Bilik RM257 juta

Stesen tersebut dikatakan versi yang lebih kecil berbanding Voyager yang dijangka dibuka pada tahun 2027. Pioneer boleh menempatkan 28 orang sahaja berbanding kapasiti Voyager seramai 400 orang.

Berputar Mengorbit Bumi, Hotel Angkasa Lepas Pertama Dibuka Tahun Depan, Harga Bilik RM257 juta

Kedua-duanya dilaporkan menyerupai roda berputar yang mengorbit Bumi, manakala dekorasi dalaman tidak jauh berbeza dengan sebuah hotel mewah.

IKLAN

Above Space berkata di laman webnya bahawa tetamu kini boleh menempah percutian resort mewah di angkasa lepas di stesen Pioneer.

Berputar Mengorbit Bumi, Hotel Angkasa Lepas Pertama Dibuka Tahun Depan, Harga Bilik RM257 juta

Perjalanan empat hingga 18 jam ke stesen itu akan menelan kos sekurang-kurangnya AS$55 juta (RM257.6 juta).

IKLAN

Berputar Mengorbit Bumi, Hotel Angkasa Lepas Pertama Dibuka Tahun Depan, Harga Bilik RM257 juta

IMPIANA: Kini untuk melancong dan menginap di angkasa lepas bukan lagi sekadar satu impian. Tak sabar untuk melihat dekorasi dalaman hotel angkasa lepas ini.

Mesti Baca:Mewahnya Bilik Tidur Aaisyah, Anak Kesayangan Che Ta, Dekorasi Macam Bilik Hotel 5 Bintang
Baca Lagi Di Sini:Mewah Betul Dekorasi Rumah Awal Ashaari Dan Scha Alyahya, Macam Hotel Lima Bintang
Artikel Menarik:Pelakon Korea Hyun Bin Beli Tunai Villa RM16 Juta, Dekorasi Macam Hotel Mewah

Sumber: Kosmo, AFAR

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI