Kini kita sudah jarang berjumpa kamar yang dihias ala tropika sebagaimana era90an dahulu. Tropikal sebuah konsep santai yang menyenangkan dan mengimbas kita akan pesta percutian yang disambut merata destinasi tropika terutama kawasan persisiran pantai juga pulau. Material yang santai dan tahan lasak seperti rotan antara identiti tropikal yang sangat kuat dalam membentuk pesona alam semula jadi mukim ini.
Ads
Namun kini pereka mula bermain dengan elemen warna dan motif dedaunan menghijau. Dau-daun pokok tropika mula menjadi kegilaan ramai dan yang paling menarik padanan hijau putih menjadi kegilaan kini. Adakala motif ini diabadikan hanya pada throw kusyen dan cadar. Bahkan ruang kamar juga direka dengan seni bina terbuka agar membantu kitar semula. Di sini kita perlu mencontohi mereka yang mahu menjadi alam sekitar dan mengurangkan pembuangan tenaga.
Ads
Ads
Ilham tropika sememangnya segar sepanjang tahun. Anda yang mahukan mood percutian sudah pasti sesuai menggayakan tema ini dengan suasana gembira lagi ceria. Sifat rotan yang tahan lama dan suasana tropika yang nampak popular dalam apa juga musim memberi satu pesona unik buat ruang kamar. Malah melihat ruang kamar yang elegan dengan tema tropika bagaikan bercanda di pasiran pantai. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Berpindah ke kediaman bujang baru di kota. Ruang kamarnya sekangkang kera sahaja? Bagaimanalah nak hidup selesa jika itu sahaja ruang yang ada? Bagi yang memiliki kamar sebegini kecil jangan resah dan terus membosankan diri. Kuasa warna ada dan mulakan eksperimen anda sendiri jika mahu. Ruang yang kecil wajar dilihat ceria!
Selalunya warna-warna pastel menjadi pilihan. Ia tidak membosakan dan menjadikan kita sakit mata. Ia juga mudah di suai padan dan nampak menyenangkan. Pertama, cari ruang sesuai untuk katil dan kedua ruang menempatkan almari. Maka yang lain anda boleh bermain dengan ruang atau mencari ceruk mana yang boleh dimanfaatkan bagi menempatkan keperluan yang lain. Tempatkan barangan yang penting sahaja.
Jika anda sendiri di kediaman tersebut tidak mengapa. Tetapi jika anda berkongsi ruang, pastikan anda mendapatkan katil bertingkat atau berpoket bagi keselesaan bersama. Tidak lama dahulu katil tarik iaitu disimpan sebagai panel dinding begitu popular dalam menyelesaikan masalah ruang. Jadi ruang kompak anda boleh bertukar rupa dalam sekelip mata sahaja.Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Spesifikasi: 1 ruang utama (ruang tamu, ruang makan dan dapur), 6 kamar beradu, 6 kamar mandi
Karya pereka sememangnya merupakan satu ilham untuk berkomunikasi dengan kita secara halus. Ada yang cuba menegur kepincangan sesebuah masyarakat, ada yang cuba memberi pandangan serta banyak juga yang menyalurkan motivasi kepada kita.
Karya seni reka bentuk dalaman pereka wanita yang satu ini pula adalah mewarnai kasih sayang di antara ahli keluarga. IMPIANA meninjau idea dan sentuhan moden pereka Steph Low dariYong Studio.
AURA KEKELUARGAAN
Kediaman berkeluasan sekitar 4468 kaki persegi diolah sempurna oleh Steph Low dan pasukan perekanya. Mereka telah mencanai ilham agar ruang kediaman semi D tiga tingkat ini tampil selesa, moden dan eksklusif. Apatah lagi tuan rumah mempunyai anak kecil dan memerlukan ruang yang selamat untuk trafik domestik. Bahkan ruang utama juga perlu memudahkan pemilik untuk melaksanakan aktiviti seharian mereka tanpa adanya gangguan dan rasa resah.
“Saya melihat kediaman ini agak besar dan selalunya kediaman seperti ini membuatkan ahli keluarganya lebih senang bersendiri atau melakukan urusan sendiri. Jadi, saya berhasrat untuk menyatukan aktiviti mereka di dalam satu ruang bagi menerbitkan aura kekeluargaan dan kasih sayang,” ujar Steph yang begitu sensitif dan prihatin dengan gaya hidup pelanggannya.
Bagi ruang utama, pereka membuka apa juga dinding yang menghalang agar ruang ini tampil lebih luas, selesa dan memberikan suasana lebih positif untuk anak-anak bermain juga lain-lain aktiviti kekeluargaan. Tidak hairanlah jika Steph memilih ilham moden ringkas dengan hiasan eksklusif bagi setiap ceruk ruang.
RUANG UTAMA BERSIFAT ABADI
Jika dilihat ruang utama dihias dengan perabot dan aksesori moden kontemporari. Ringkas namun selesa dengan pilihan perabot eksklusif yang direka dengan material mewah. Bagi Steph, setiap daripada material ini mempunyai nilai estetika penuh elegan. Oleh itu ruang ini tidak perlu dipenuhkan dengan hiasan lain, malah pemilihan warna juga dilihat sangat santai dan bersifat abadi. Tidak akan jemu biar dimamah waktu.
Jika dilihat pada ruang tamu dan makan ruang kediaman semi D ini juga umpama sebuah kediaman banglo moden kerana bebas daripada dinding penghalang. Manakala kehadiran dapur kering di situ dengan rekaan urban elegan melengkapkan lagi pelan lantai sebuah kediaman moden.
“Bagi saya ibu bapa hari ini mempunyai waktu yang terhad untuk menguruskan anak-anak mereka. Biar pun begitu, dengan adanya segala kelengkapan di dalam sebuah ruang akan membantu mereka memantau anak-anak di samping menyempurnakan tugasan lain,”ujar Steph lagi.
SELESA SEGAR
Bagi Steph, dia berasa puas apabila diberi amanah mereka ruang kegunaan sekeluarga dengan semaksimum mungkin. Penelitian bukan sekadar pada warna tetapi juga pada pencahayaan dan sistem pengudaraan semula jadi. Ini penting agar ruang kekal selesa dan segar. Projek yang mengambil masa sekitar tiga bulan ini sememangnya banyak memberi ilham kepada Steph bahawa ruang mampu mengikat kemesraan antara ahli keluarga. Malah kediaman ini diolah dengan bijak dan strategik. Steph berjaya menukar ruang yang dahulunya biasa tampil luar biasa dan berguna kepada semua.
Tip Dekorasi Oleh Steph Low
*Fotografi: Yong Studio
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jika dahulu televisyen kita didatangkan dengan kaki dan badan seumpama peti. Kini tdak lagi malah ruang tamu telah disediakan tempat untuk televisyen Bahkan di pasaran banyak juga kabinet – kabinet yang menempatkan televisyen, direka khas agar mampu menempatkan segala bagai keperluan menonton.
Selalunya kita diberi jarak dalam lima kaki dari sinar televisyen dan aras paling ideal adalah apabila anda duduk, anda selaras dengan ketinggian titik tumpu peti televisyen tersebut. Jadi anda tidaklah perlu mendongak, lebih selesa menonton dan tidak mengganggu pandangan.
Paling menarik adalah pereka menyediakan dinding yang cukup luas khas untuk menempatkan televisyen dan aksesori lain. Ini termasukla koleksi peribadi, bahan bacaan dan lain-lain. Dinding juga direka berbeza dan diberi kemasan berlainan.Umpama kereta lumba, kabinet dan dinding diberi tumpuan khas agar mampu bertindak sebagai satu nilai estetika pada ruang.
Selalunya di datangkan dalam lima hingga tujuh kaki lebar bagi sebuah kabinet sedia ada atau bina dalam. Dan ketinggian boleh mencecah ke tujuh kaki tinggi. Jadi anda boleh melaras di mana kedudukan televisyen dan sebagainya selaras dengan keselesaan anda.
Di samping memenuhi keperluan tuan rumah yang mahukan segalanya lebih tersusun rapi, adanya kabinet seumpama ini, ia mempercepatkan kerja anda. Malah ruang kediaman juga nampak hebat dan eksklusif. Barulah segalanya terancang dengan rapi dengan kemas. simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!