Daripada set penggambaran ke kebun sayur, Ben Amir atau pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin kini mengejar definisi ketenangan versi sendiri dan rumah yang dibinanya bukan sekadar tempat tinggal, tapi juga ruang penyembuhan jiwa.
Bina Rumah Dikelilingi Alam
Menariknya, Ben turut membina rumah sendiri di atas tanah miliknya di pulau tersebut. Tidak hanya itu, dia juga sedang memulakan projek tanaman untuk menambah sumber pendapatan di kawasan itu.


Kebun Sendiri, Makanan Sendiri
Satu lagi sisi menarik Ben Amir kini aktif berkebun. Dalam beberapa hantaran di Instagram, dia berkongsi momen menuai hasil pertama dan betapa puasnya rasa makan dari tangan sendiri.
“Kita dah biasa hidup cepat, makan fast food, duduk rumah tak sempat tengok langit… sekarang saya belajar semula cara hidup perlahan,” katanya.
Rumah Bukan Hanya Untuk Tinggal, Tapi Untuk Sembuh
Daripada bunyi ombak ke aroma tanah basah lepas hujan, setiap sudut rumah ini cipta pengalaman yang tak mampu dibeli di mana-mana mall. Ini bukan sekadar rumah… ini sanctuary.
IMPIANA : Memang impian ada rumah dekat dengan laut dan dikelilingi alam ni. Kadang-kadang, kita kena ‘jauh’ untuk rasa dekat semula. Dekat dengan diri, dengan alam, dan dengan tenang yang sebenar.