
Beli RUMAH SUBSALE Bukan Sekadar Tengok Harga, Perhatikan Perkara Ini Dapat Elak Kos Tersembunyi. Pembelian rumah subsale memerlukan penelitian yang lebih menyeluruh dan tidak seharusnya dinilai berdasarkan harga atau keadaan luaran semata-mata. Walaupun rumah kelihatan menarik dari segi kos dan lokasi, terdapat pelbagai risiko tersembunyi yang boleh menjejaskan kewangan pembeli dalam jangka panjang.
Kena lebih berhati-hati dan ambil tahu aspek teknikal serta keadaan sebenar sesebuah rumah amat penting sebelum sebarang keputusan dibuat, supaya dapat mengelakkan kos pembaikan yang tidak dijangka nanti.
Beli Rumah Subsale Bukan Sekadar Tengok Harga
Perkongsian daripada Ejen Hartanah Zam Sani (Azzam Hasban) ini boleh dijadikan panduan penting untuk sesiapa yang bercadang beli rumah subsale.
Ini cara aku beli rumah yang ramai orang mungkin tak buat. Mari aku share… zasss!
Aku selalu cakap, beli rumah subsale ni bukan sekadar tengok harga murah, tengok cat baru, terus jatuh cinta. Setiap rumah ada cerita. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang… kena hati-hati lebih sikit.
Sebab tu bila aku masuk satu unit, aku tak terus tengok sofa, tak tengok aircond, tak tengok langsir. Aku tengok benda yang diam-diam boleh makan kos besar lepas pindah masuk.
Checklist Penting Bila Beli Rumah Subsale
Dan inilah benda yang aku praktis setiap kali beli rumah subsale. Simple je, tapi mungkin ramai tak buat.
1. Periksa Siling Dari Awal
Mula-mula masuk rumah, aku dongak tengok siling. Kalau nampak tompok kuning, itu kisah kebocoran lama yang pernah bersembunyi. Jangan pandang ringan, sebab kos repair siling dan bumbung bukan murah.
2. Uji Tekanan Air
Lepas tu aku pusing ke dapur, buka paip. Kalau air keluar macam benang halus, itu tanda tekanan air bermasalah. Selalunya berkait dengan paip lama atau sistem air yang dah uzur.
3. Tengok Jiran Sekeliling
Aku keluar sekejap, tengok jiran kiri dan kanan. Nak duduk bertahun dengan siapa pun penting. Vibe kejiranan tu kena ambil kira juga bila beli rumah subsale.
4. Datang Waktu Malam
Kalau buyer betul-betul serius, aku suruh datang waktu malam. Baru tahu kawasan parking tu aman ke atau setiap malam jadi ‘battle royale’.
5. Bau & Tanda Haiwan Perosak
Dalam rumah aku suka pause sekejap. Kalau ada bau tikus atau jejak kecil, itu petunjuk rumah lama ditinggalkan. Rumah kosong lama selalunya ada surprise.
6. Kabinet Dapur Wajib Buka
Kitchen kabinet aku buka satu-satu. Kawasan sinki memang port kegemaran lipas dan tikus buat hostel. Kalau ada tanda najis atau kayu reput, standby kos.
7. Test Tandas & Saliran
Masuk toilet, aku flush. Bunyi pun dah cukup nak tahu sistem okay ke tak. Kalau bau bacin, itu cerita lain yang boleh makan duit.
8. Tingkap & Frame
Tingkap aku test buka tutup. Kalau jam atau ketat, itu tanda frame dah karat dimakan usia. Nampak kecil, tapi kos tukar boleh jadi besar.
9. Semak Bil Elektrik
Kalau owner okay, aku minta tengok bil TNB. Rumah kosong tapi bil tinggi? Itu petanda wiring mungkin makan current atau ada masalah tersembunyi.
10. Kayu & Anai-Anai
Frame kayu aku tekan perlahan. Kalau lembut, itu bukan kayu manja — itu kerja anai-anai.
11. Suis & Lampu
Aku on-off semua suis dan lampu. Kalau ada kesan terbakar, wiring kena periksa betul-betul sebelum beli rumah subsale.
12. Bumbung & Porch
Kat porch aku tengok bumbung. Tile senget atau pecah adalah tanda awal ‘money leaking in the making’.
13. Lantai & Tiles
Jalan dalam rumah, aku perhati tiles. Angkat karpet sikit. Kalau ada bunyi “pop” bila dipijak atau tiles renggang, itu tanda lantai dah bermasalah.
14. Rekahan Dinding
Rekahan dinding aku tengok panjang mana. Rekahan halus biasa, tapi rekahan besar itu alarm awal struktur.
15. Umur Wiring & Paip
Aku tanya owner, wiring umur berapa? Paip pernah tukar? Rumah lama memang kena standby bajet tambahan.
16. Siling Bengkak
Aku perhati kalau ada siling bengkak. Itu tanda pernah ada air bertakung sebelum ni.
17. Test Semua Paip
Semua paip aku test, sinki, shower, bidet, paip luar. Lebih baik tahu awal daripada menyesal kemudian.
18. Tempoh Rumah Kosong
Aku tanya berapa lama rumah ni kosong. Rumah yang lama sunyi biasanya ada isu tersembunyi.
19. Arah Matahari
Akhir sekali, aku tengok arah matahari. Rumah panas petang atau lembut pagi beri kesan besar pada keselesaan jangka panjang.
Kesimpulan
Beli rumah subsale bukan soal harga semata-mata. Kalau salah langkah, kos baik pulih boleh jadi lebih mahal daripada rumah baru. Lebih baik periksa dari awal, tanya soalan betul-betul dan buat keputusan dengan tenang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang sedang merancang beli rumah subsale.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di



