Beli daun kunyit di kedai sampai seikat tetapi yang digunakan hanya sedikit. Sekadar penambah rasa dan penaik aroma. Jadi apa nak buat dengan lebihan daun kunyit tadi? Jika simpan dalam peti sejuk pun, pasti akan layu dan kering.
Melalui perkongsian di Facebook Huda Zainal ada menunjukkan panduan dan langkah yang betul menyimpan daun kunyit dan juga daun kesum supaya tahan lebih lama. Jom kita cuba!
Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.
Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.
Nak tau cara tengok gambar :
1.Lapik kitchen towel (kertas tisu) dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
2.Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.
Ads
3. Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.
4. Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.
5. Tutup atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam peti sejuk. Tak lag asyik membazir je bila beli tak guna.
Ads
Ini dia hasil setelah lama simpan. Daun kunyit 3 minggu. Daun kesum 6 hari. Surprise juga masa buka bekas tadi.
Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus lipan durjana ini.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lipan
Cara Menghalau & Membasmi Lipan
#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata seperti ular dan lipan dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian lipan dan biarkan sehingga yakin tiada lagi lipan.
#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusir lipan. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuat lipan tidak selesa lalu keluar dari rumah.
#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemaran lipan.
Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau lipan. Selamat mencuba!
Saat tengah seterika baju, tiba-tiba terbakar. Mesti anda gelabahkan. Bukan sekadar pening memikirkan baju yang dah berlubang, kesan yang melekat pada seterika pun boleh jadi hangus dan menjejaskan pakaian lain.
Kesan hitam pada tapak seterika disebabkan oleh fabrik yang terbakar memang sudah menjadi kebiasaan. Disebabkan oleh lapisan hitam ini juga ia berpotensi meninggalkan kesan pada pakaian lain. Ada juga akan mengakibatkan pemanasan tidak sekata pada tapak seterika.
Langkah mudah adalah beli sahaja seterika baru. EH! nanti dulu. Kotoran je, bukan tak boleh dibersihkan. Seterika masih elok dan boleh digunakan. Terdapat pelbagai cara untuk mencuci atau menanggalkan kesan terbakar pada tapak seterika. Namun kali ini, Impiana nak tunjuk cara paling mudah dan murah iaitu hanya dengan menggunakan garam.
Bahan-bahan:
3 sudu Garam (tak halus dan tak kasar)
2 keping surat khabar
Cara-cara:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya
2. Panaskan seterika pada suhu yang paling panas
3. Gosok seterika pada garam berulang kali sehingga semua kesan hangus tertanggal dan permukaan seterika berkilat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Roman blind memang nampak cantik dan kemas. Namun adakalanya, keinginan terbantut dek harganya yang agak mahal. Namun bagi Fazlina Samsuddin kaedah diy adalah jalan terbaik untuk memperolehi bidai ini. Menariknya Fazlina Samsuddin tidak menggunakan fabrik untuk membina bidai roman shade ini. Hanya menggunakan wallpaper kerana lebih jimat dan tahan lebih lama.
Nak tahu macam mana? Jom kita belajar cara membuat roman shade Fazlina Samsuddin ini
Bahan-bahan:
Wallpaper kalis air
Gam serbaguna
Pita pelekat kertas
Double side tape
Tali (macam tali jala tu)
Gunting
Pisau
Stapler tembak
Kayu 1 inci
Skru cangkuk
Velcro tape
Lidi sate (kalau ada kayu halus yang panjang seperti saiz lidi sate lebih sesuai. Potong hujung lidi yang tajam)
Cara-cara:
1. Ukur saiz tingkap yang akan diletakkan roman shade. Ukuran diambil tinggi x lebar.
2. Dah dapat ukuran, potong wallpaper mengikut keperluan tingkap. dan lipatkan dua (anggaran 1.2″) di bahagian atas wallpaper dan gam kan. Guna double side tape pun boleh, Bahagian tepi pun lipat juga dan gam kan. Ini bermakna, dari ukuran asal tingkap tadi anda perlu lebihkan 1.2″ di bahagian atas, bawah dan sisi sebagai kemasan
3. Mulakan lipatan seperti kipas dari bawah wallpaper. Untuk lipatan pertama, anda perlukan ukuran 7 inci dan berikutnya 8 inci sehingga atas. Untuk lipatan yang paling atas bagi basinya lebih sedikit lebih kurang 2 inci untuk nampak lebih cantik. ini bermakna, lipatan paling atas keseluruhanya 10 inci tinggi.
4. Buat batang penyokong roman shade dari lidi sate. Untuk cantumkan lidi tadi jadi panjang gunakan pita pelekat kertas
5. Aturkan batang lidi yang telah siap dicantum tadi atas garisan lipatan pada wallpaper dan lekatkan dengan pita pelekat sepanjang lidi. Hanya tinggalkan ruang kanan dan kiri (6 inci) dari sisi tidak terlekat sebagai tempat ikat tali nanti.
6. Ambil kertas lain atau wallpaper yang sama, tampalkan di bahagian belakang wallpaper sebagai kemasan. Jangan lupa tebuk lubang untuk tujuan kita ikat tali untuk tarik pada bahagian yang tidak dilekat dengan pita pelekat kertas
7. Ikat tegang dan kemas tali pada bahagian yang tidak dilekatkan tadi dan biarkan basi banyak di bahagian atas sebagai tempat pemegang untuk ditarik. Perlahan-lahan tarik tali yang melekat pada batang sokongan roman shade. dah hampir siap dah.
8. Bahagian atas, lekatkan velcro tape untuk memudahkan ia digantung pada bingkai
9. Untuk tempat menggantung, gunakan batang kayu 1 inci dengan panjang mengikut kelebaran roman shade tadi. Balutkan kayu tersebut terlebih dahulu dan letakkan skru cangkuk sebagai tempat pemegang tali dan tape velcro di bahagian hadapan sebagai tempat tampal wallpaper tadi. Setelah siap, drill kan kayu tersebut pada bahagian atas tingkap.
p/s: dalam gambar ni saya guna polystren dulu sementara nak cuba letak di dinding
10. Dah drill kayu pada tingkap, masukkan tali pada penyangkuk skru tadi dan pastikan basi kedua-dua tali terletak di sebelah kanan untuk memudahkan ia di tarik. Lekatkan velcro tape pada wallpaper terus di atas bingkai kayu 1 inci tadi. SIAP
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.