Banyak Bentuk Cangkuk Langsir, Tapi Kegunaanya Tak Serupa, Yang masih menggunakan rail untuk sangkut langsir mesti tahu prihal cangkuk langsir. kalau tak ada satu, mesti tak cantik. Bukan tu sahaja. Kalau nak beli cangkuk langsir ni ada macam-macam rekaan. Ada yang 3 jari, 4 jari, 1 jari, pendek, panjang dan sebagainya. Rupanya, setiap satu bentuk cangkuk langsir ni mempunyai fungsi nya yang berbeza.
Pertama putih…dipanggil cangkuk tinggi khusus untuk sheer french pleat di sliding atau rod kayu
Kedua…cangkuk satu tinggi…khusus terutamanya untuk menyangkut palmet atau valance di rod kayu
Ketiga…cangkuk empat biasa selalunya digunakan untuk french pleat dan digantung di rail
Keempat…cangkuk satu biasa digunakan selalunya menggantung valance seperti palmet atau box pleat atau scallop di rail
Akhirnya yang kelima…cangkuk tajam dan selalunya digunakan dihujung palmet atau french pleat dan ianya bolehubah dengan mencucuk hujungnya yang tajam kedalam tape.
Langsir bintang ni tengah viral di Tik Tok. Tak mahal rupanya langsir bintang ni, bawah RM 30. Nak beli murah, ni link nya https://invol.co/cl8e6hr
Mea Edie turut berkongsi cara penggunaan atau pemilih penyangkut langsir yang banyak orang guna iaitu jenis cangkuk tinggi dan cangkuk 4 biasa. Nampak macma sama. tapi sebenarnya memberi impak yang besar apabila selesai menggantung langsir
Ads
No. 1: untuk day curtain (railing belakang)
No. 2: untuk night curtain (railing depan)
Fungsi no. 1: supaya langsir tidak tersangkut pada braket railingFungsi no. 2: untuk menutup railing
Ads
Nampak sama tapi tak serupa. Untuk pengguna double railing pastikan guna cangkuk yang betul.
Banyak Bentuk Cangkuk Langsir, Tapi Kegunaannya Tak Serupa
Dalam menyelami kediaman Arkitek Idr Ismail Chik ini tidak menghampakan bagi yang mencintai alam semula jadi. Sentuhan kontemporari yang membawa masuk naluri alam dalam setiap sudut dalam kediaman membuatkan rumah ini rasa lebih tenang dan mendamaikan. Jika diperhatikan keseluruhan perincian di dalam rumah ini, beliau memilih kemasan yang cukup berkualiti.
Jika tahu menilai estetika kayu yang menjadi pilihan pemilik ini, pasti anda dapat menilai bagaimana cita rasa Idr Ismail Chik ini. Beliau bukanlah calang-calang di dalam industri seni bina dalaman dan juga landskap ini. Beliau sudah banyak makan garam dalam mencipta nama dengan menghasilkan banyak projek-projek yang memberi impak pada pelanggannya.
Lihat sahaja kediamam beliau, seakan berada di sebuah rumah percutian yang memiliki 1001 elemen magis dalam sentuhannya. Sudah lama rasanya IMPIANA tidak melihat kediaman yang mempunyai konsep tropika sebegini. Jom lihat sebalik sentuhan Idr Ismail Chik ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi sesetengah orang, aktiviti mendekorasi kediaman merupakan sejenis terapi yang boleh memberi ketenangan dan kepuasan. Hanya dengan melihat kediaman yang dihias cantik, kemas dan teratur mampu membuatkan mereka tersenyum gembira.
Itulah yang diluahkan oleh pemilik kediaman dari Seri Kembangan ini. Puan Noor Hafiza bersama suaminya telah 7 tahun menetap di kediamannya yang berukuran kurang dari 600 kaki persegi ini.
Katanya, cabaran hobi mendeko ini adalah menentukan model yang sesuai. Kerana bagi mendapatkan hasil yang diingini, mungkin pemilik akan rambang mata dan terlalu mengikut nafsu sehingga berbelanja lebih dari kemampuan.
“Kami tidak mahu berbelanja keterlaluan dan membazir kerana kami hanya menyewa. Lagipun saya menganggap ia sebagai satu proses belajar dan try and error selain dapat menjimatkan lagi kos”
Menurut pemilik lagi, kediaman yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur ini tidak mempunyai satu konsep yang khusus. Beliau hanya menggabungkan unsur kediaman melayu moden dengan gaya mid century dan bohemian. Ternyata, idea ini membuahkan hasil kerana setiap ruang kediaman tambil menarik dan selesa.
Ketika ditanya tentang ruang kegemarannya, Puan Noor Hafiza dengan yakin menjawab ruang tamunya. Ini kerana di ruang inilah beliau dan suami paling banyak menghabiskan masa bersama, menonton tv dan bersantai. Dan oleh sebab itu jugalah, ruang ini dihiasi dengan bantal kusyen yang banyak agar lebih selesa untuk berehat.
Dengan anggaran kos lebih kurang RM 4800, ruang tamu dan ruang makan kediaman ini ditatarias sendiri oleh pemilik dengan inspirasi dari pengalaman menginap di resort dan hotel yang menepati citarasanya. Palitan rona “earth tone” yang mendamaikan menaikan lagi seri setiap ruang.
Anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenal pasti) merupakan serangga perosak.
Semua Anai-Anai Lepas Guna Semburan Campuran 2 Bahan Di Dapur Ni! Pastinya mengeliat tersadai. Serangga perosak ini bersaiz kecil tetapi mampu memusnahkan pelbagai barangan rumah seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.
Untuk menghapuskannya selain menggunakan khidmat servis kawalan anai-anai, kita juga boleh melakukan dengan cara membuat sendiri bahan pembasmi. Hanya gunakan dua campuran iaitu minyak tanah dan garam kasar, cara ini bukan saja berkesan tetapi juga menjimatkan kos.
Hasilnya operasi pembasmian anai-anai berkesan dan haiwan kecil ini tidak akan kembali lagi.
Buat Sendiri Pembasmi Anai-Anai
Bahan-bahan
2 kg minyak tanah
2 kg garam kasar
Cara membuat:
Campurkan garam dan minyak tanah ke dalam 1 bekas- guna tin thiner) dan biarkan semalaman.
2. Keesokan harinya barulah mulakan operasi membasmi anai-anai.
Info Tambahan:Elok buat sekurang-kurangnya sembur 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan.
Simbah dekat anai-anai dan lebihkan dekat sarang tu. Bagi anai-anai tolong bawak masuk dalam sarang.
Guna botol tebuk penutupnya dan garam lebihan itu ditaburkan. Buat dekat kayu bawah rumah yang diratahnya.
Untuk atas tanah mungkin kena lebih kerap, sebab untuk kawasan kayu buat 3 kali baru yakin menjadi.
Kalau sapu sebaiknya guna minyak hitam. Kalau minyak tanah meresap saja rasanya, dan yang ini akan terus sembur.
Sumber: Petua Ibu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.