Dari susunan biliknya kalah bilik anak dara. Memang jarang kita jumpa bilik orang bujang yang kemas tersusun semuanya termasuk lipatan baju-baju. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang.
Lebih mesra disapa Syaiful, pemuda bujang yang bekerja sebagai Supervisor di pusat membeli belah Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur ini mengakui suasana bilik yang dipaparkan di twitternya itu adalah bilik sewa di sebuah kondo di ibu kota.
“Kami menyewa bilik. Kondo ini pun ada tiga bilik saja. Masa mula duduk dulu, tuan rumah hanya sediakan basic iaitu katil. Saya beli sikit-sikit termasuk mengecatnya sendiri dan menghias mengikut daya kreativiti saya. Habislah dalam RM5000 termasuk membeli almari dan lain-lain dekorasi yang saya beli di Ikea Sportlight, SSF, H&M Home, Kaison dan lain lagi,” katanya memulakan perbualan.
Syaiful Nazreen berusia 25 tahun dan bekerja sebagai supervisor di Pavilion Bukit BintangBeginilah suasana bilik bujang disewanya. Memang teratur dan kemasAda ruang untuk menonton walau dalam suasana bilik yang ukuranya lebih kurang 10×10
Bilik kemas dan tersusun, apa rahsianya?
Kata Syaiful, sejak kecil suasana dalam rumah di kampung ibu bapanya amat menitik beratkan soal kebersihan.
Ads
“Kami dah diajar untuk mengemas rumah. Mak pula sentiasa pastikan rumah nampak bersih. Saya anak bongsu dari enam beradik. Empat lelaki dan dua perempuan. Tapi emak dan ayah sentiasa didik kami part kebersihan. Kebetulan bidang kerja saya di bahagian peruncitan. Sentiasa kena lipat baju dan sebagainya. Jadi tata kerja itu saya praktikan di rumah sewaan ini pula,” katanya sambil ketawa.
Tambahnya lagi untuk dapatkan suasana bilik begini, Cuma kena rajin sedikit. “Saya buat pemilihan warna tanah yang tidak terlalu menonjol suasananya. Kemudian saya tambah hiasan pokok untuk elemen kehijauan. Ditambah perabot yang ada dalam bilik ini (ukurannya beliau tidak pasti tapi memanjang dan ada tingkap membuatkan suasana biliknya nampak kemas dan teratur).
“Lagi satu selang dua atau tiga hari sekali, saya akan vakum bilik untuk pastikan bilik nampak kemas dan elok,” katanya lagi. Jelasnya lagi, pastikan pakaian yang dibasuh dan sudah dijemur, segeralah lipat atau gantung dan jangan bertangguh atau dilonggokkan di atas katil kerana kalau pakaian dilipat dengan cepat, ia lebih mudah berbanding membiarkannya selonggok,” katanya mengakui tidak pernah menyepahkan pakaian di lantai biliknya sebaliknya semua pakaian kotor akan dimasukkan terus ke dalam bakul tersedia sebaik pulang dari kerja atau bersiar-siar.
Ads
Dalam bilik ini hanya ada almari tiga pintu dan laci. Namun setiap pakaian disimpan mengikut jenis pakaianNampak kemas dan teratur. Susunan pakaian mengikut jenis. Malah cara lipatan juga sama sahaja. Baru pakaian akan nampak kemas, katanyaWalau pakaiannya banyak kata Syaiful tapi cara melipat dan susunan amat penting. Jangan sesekali campur jenis pakaian nanti bila ambil akan berteraburSyaiful akui butang baju kemeja dibutang hingga atas termasuk lengan. Baru nampak kemas. Walau agak susah sebab buat kerja dua kali kerana bila menggosak perlu buka semula tapi semasa menggantung ia akan nampak kemas berbanding tak dibutangkan
Nah, Syaiful bagi tips untuk bilik korang nampak kemas
Kena rajin (part nie kena ubah diri sendiri)
Spend time untuk bersihkan bilik at least sejam dua, sapu, mop atau vakum
Disipin diri (jadikan rutin)
Jangan suka bertangguh untuk buat. Lagi pun bilik tak besar mana pun. Buang sikap malas.
Lagi satu cara lipatan baju juga penting. Syaiful akui dia membahagikan jenis-jenis baju mengikut almari.
Ads
“Biasanya kalau t-shirt lengan pendek, saya akan pastikan cara lipatan ialah lambang di depan. Ini kerana bila kita nak tarik baju, kita dah tahu ia baju apa. Tak perlu punggah semula, tengok satu-satu. Tarik pun hati-hati, kalau tak terabur.
“Kalau tshirt lengan panjang pula, sama juga. Begitu juga seluar pendek atau boxer, semua saya susun satu tempat yang sama. Maksudnya pakaian tak akan bersepah-sepah sebab kita dah letak setempat.
“Paling akhir sekali, biasanya part kemeja. Saya akan butangkan dari atas sampai bawah termasuk butang lengan bila hanging kemeja tu. Time nak lipat baru buka balik. Memang nampak susah cara begini tapi sebenarnya ia lebih tersusun kemas tergantung. Seluar juga sama, lipat elok-elok barulah bilik akan nampak kemas dan semua pakaian tersusun rapi,”katanya berkongsi tips.
So korang, kalau nak bilik tampak kemas dan wow macam biliknya, apa paling penting ialah rajin dan kena ada kesungguhan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sekarang, memang tengah trend ibu ayah DIY kitchen stove untuk anak-anak kan. Ada yang buat dari bekas plastik, meja kayu dan paling kreatif dan habis rajin guna kotak terpakai.
Tapi kali ni kita bukan nak buat kitchen stove. Apa kata cuba bina mini market untuk anak anda. Bertemu dengan sebuah blog kraf kepunyaan Hayley So You Think You’re crafty, wanita ini berkongsi cara bagaimana suaminya membina sebuah mini market dari batang PVC buat anaknya yang berusia 5 tahun.
Bahan-bahan: 4 batang PVC sebagai bumbung (ikut keperluan ruang) 2 batang PVC (ikut ketingian tiang yang diperlukan) 2 batang paip PVC 3 inci panjang 2 biji 90 degree penyambung 2 biji 45 degree penyambung 2 biji penyambung “T” 4 biji Hook “U” 1 buah rak buku
1. Sambungkan 4 batang PVC dengan menggunakan penyambung 90 degree dan “T” untuk membentuk bumbung.
2. Untuk membentuk bahagian kaki, sambung batang PVc panjang 3 inci pada bahagian penyambung “T” dan diikuti penyambung 45 degree pada kedua-dua bahagian dan sambung kan kaki.
3. Dengan menggunakan 4 biji hooks bentuk ‘U” sambungkan bahagian atas bumbung pada dinding dengan menggunakan paku atau lebih kemas skru.
4. Untuk menyambungkan bahagian tiang pada rak buku, anda boleh gunakan gam atau cari sambungan tapak yang bersesuaian.
5. Bila struktur dah kukuh, boleh lah letakkan kain sebagai bumbung. Sebelum hamparkan kain menjadi bumbung, Hayley telah menjahit tape bias pada kain dan letakkan bahagian lawan nya pada batang PVC. Jadi bila nak tukar atau cuci, hanya perlu tarik sahaja. Selebihnya, susun aksesori mengikut kreativiti anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dari padi, jadinya beras. Sudah dimasak panggilnya nasi. Nasi, makanan ruji masyarakat Asia. Selain memenuhi keperluan dan sumber utama makanan, beras ni pun ada kegunaan lain seperti sebagai ramuan dalam produk kesihatan dan kecantikan dan sebagainya.
Memandangkan beras mempunyai keupayaan menyerap kelembapan, ia juga sesuai dijadikan penyegar udara untuk almari anda. Ini bermakna kegunaan beras yang juga boleh dikatakan bijak adalah untuk mengharumkan almari yang berbau kepam.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras
20 titis minyak pati aroma kegemaran anda (lavender, pappermint, orange dan sebagainya)
CARA-CARA:
Campurkan kesuma bahan dan gaul rata.
CARA SIMPAN:
1. Boleh simpan di dalam balang kaca. tutup mulut balang menggunakan kain yang diikat ketat dengan getah
2. simpan dalam kain uncang jenis organza dan gantung di dalam almari
Selain uncang beras ini dapat mewangikan almari baju, sesuai juga diletakkan didalam rak kasut, stor, laci dan sebagainya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik tidur juga memainkan peranan yang penting dalam emosi seharian kita. Malah, dekorasi juga boleh membangkitkan rasa romantis. Bakal pengantin, pengantin baru atau pengantin lama apa kata cuba ambil masa untuk belajar tukar dekorasi di bilik tidur anda dan pasangan.
Tak perlu lagi ke hotel 5 bintang untuk rasai suasana romantik, dekat rumah pun boleh okay! Mari lakukan 4 tip dekorasi ni…
1. Warna & Cat putih
Foto Via Pexels
Warna cat yang paling selamat untuk mengayakan bilik anda. Namun anda kena hati-hati tidak terlalu memonopoli dengan warna-warna ini kerana ia boleh nampak terlalu sarat. Mainkan warna tambahan untuk neutral kembali bilik dari gabungan perabot dan aksesori bilik.
2. Pilihan Cadar
Foto Via Pexels
Watak utama dalam bilik tidur semestinya katil. Hiaskan katil anda dengan gaya cadar yang menggunakan fabrik selesa. Cadar romantik biasanya dikaitkan dengan cadar beropol, bercorak kosong dan selimut tebal. Sediakan juga beberapa untuk menarik rasa katil adalah tempat yang selesa dan sempurna romantis.
3. Pencahayaan
Nak wujudkan mood romantis perlu menggunakan pencahayaan tepat. Mungkin ada boleh sediakan lampu meja atau lampu lantai yang beri kesan malap dan samar-samar.
4. Haruman
Foto Via Pexels
Nyalakan lilin aromaterapi atau bauan nyaman sebagai penambah seri bilik. Malah cahaya malap lilin boleh menggantikan lampu-lampu biasa. Konsep sebegini boleh dilakukan pada hari istimewa anda dan pasangan atau memerlukan waktu rileks bersama.
Jadi, cubalah terapkan elemen dan tip yang diberikan ini. Pasti menaikkan mood korang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.