Sama ada kita menggunakan baja kimia ataupun baja organik, cara membaja akan memberi kesan kepada rumput. Jika silap teknik penggunaan baja pun boleh mengakibatkan masalah kepada rumput seperti baja yang berlebihan. Kesan baja yang berlebihan akan menyebabkan permukaan rumpat kelihatan bertompok-tompok. Ini lebih menjejaskan pemandangan di laman anda.

Keadaan rumput yang bertompok ini lebih jelas apabila anda menggunakan baja kimia atau pun baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Kebiasaan baja yang mengandungi nitrogen yang tinggi adalah dari jenis urea. Oleh itu, anda atu pemilik kediaman JANGAN GUNA BAJA UREA. 

Baja Urea Tak Sesuai Untuk Rumput. Betul Ke?
Rumput yang bertompok akibat baja yang berlebihan dan tidak sekata

Sebenarnya, teknik pembajaan bergantung kepada jenis rumput dan iklim setempat. Selain itu, dua perkara ini perlu diambil berat juga.

IKLAN
  1. Cuaca kita yang selalu hujan akan menghanyutkan ketulan baja tersebut dan menyebabkan tempat tinggi mendapat kurang baja dan tempat rendah lebih banyak baja.
  2. Teknik pembajaan yang kurang baik akan menyebabkan sebahagian kawasan hijau dan sebahagian kawasan kurang hijau.

JENIS BAJA YANG SESUAI UNTUK RUMPUT 

Terdapat banyak jenis baja slow-release atau controlled-release yang terdapat di pasaran. Baja dari jenis ini akan dibebaskan secara perlahan-lahan dan tidak mudah hancur. Oleh itu, akar mampu menyerap baja yang dibebaskan secara perlahan-lahan. Di samping iu juga, baja dari jenis ini dapat membantu mengawal dan memelihara alam sekitar dari pencemaran sisanya yang berlebihan.

IKLAN

Boleh juga gunakan baja dari jenis cecair. Kebiasaanya baja jenis cecair untuk rumput dipanggil foliar. Kebaikannya ialah  nutrien dari baja tersebut boleh diserap oleh rumput bukan sahaja melalui akar tetapi juga melalui permukaan daun.Tapi, pengunaan baja foliar perlu dilakukan secara kerap kerana ia tidak tahan untuk tempoh yang lama terutamanya ketika musim hujan.

Ramai juga gemar memilih baja organik dari tinja haiwan seperti ayam, kelawar, kambing dan sebagainya. Namun, untuk memudahkan tugasan anda membaja. pilih baja organik yang telah diproses. Di samping itu juga, baja yang tidak proses dikhuatiri mengandungi bakteria dan kemungkinan besar benih rumpai lain yang akan mengancam rumput anda.

IKLAN

Baja Urea Tak Sesuai Untuk Rumput. Betul Ke?

Sumber: https://mynormas.com

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI