
Pokok buah yang ditanam sudah pasti apa yang dinantikan adalah untuk menuai hasil buahnya. Tapi apakan daya, pokok buah yang ditanam dah makan tahun tapi tak mengelurkan hasil walaupun dah bagi macam-macam baja mahal.
Apa kata cuba buat baja yang menggunakan air minuman tenaga atau isotonik, belacan dan MSG ni. mana tahu, mujarab. Yang penting, tak perlu diperap boleh guna terus. Dalam tempoh 2 minggu dah tunjuk hasil.
Bahan-bahan:
1 botol Redbull (150ml Atau sebarang jenis minuman isotonik)
1 sudu makan Belacan
1 sudu makan Ajinomoto
Cara: Campur dan larutkan semua bahan sehingga sebati dan tidak perlu diperam
Cara guna : 1 Sudu pati baja buah dicampurkan dengan 1 liter air tanpa klorin. Jika tida sumber air tanpa klorin, anda boleh tadah air paip dalam satu bekas dan biar semalaman. Hanya bahagian atas nya sahaj boleh digunkan. Boleh juga guna air hujan atau sungai) Semburkan pada keseluruhan pokok
Semburan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan bukan secara kerap atau berkala. Dalam tempoh 2 minggu, bunga akan keluar. Lebihan campuran boleh disimpan di dalampeti ais. Resepi ini juga sesuai digunakan sebagai bahan penggalak akar bagi tujuan pembiaakkan secara keratan batang atau tut.
Sumber: Sara saad
Banyak faedah Berkebun Ikut “Konsep Tanaman Peneman” Yang Anda Tidak Tahu

Companion plant atau tanaman peneman adalah satu konsep di mana beberapa jenis tanaman yang sesuai ditanam secara berdekatan dan setiap satunya memberi kebaikan. Namun ia kurang diamalkan di Malaysia. Mungkin karana kurang nya pendedahan atau pengetahun terhadapat teknik tanaman peneman ini.
Namun tidak semua pokok atau tumbuhan sesuai dijadikan sebagai companion plant. Silap padan, tanaman tadi megancam dan membunuh antara satu sama lain.
Terdapat banyak kebaikkan companion plant ni. Antranya ialah:
1. Membolehkan anda menanam banyak jenis tanaman dalam satu ruang yang kecil dan berlapisan.
Sebagai contoh, ada 3 lapisan tanaman.
Lapisan Pertama (Paling Tinggi): Pokok Cukur Manis dan Mealy Cup Sage (Paling kanan)
Lapisan KeDua (Pertengahan) : Pokok Chili (Bucu Bawah Kanan) dan Daun Ketumbar (Bawah paling depan)
Lapisan KeTiga (Tutup Tanah) : In between pokok Cukur Manis tu saya tanam Arugula (Salad Rocket) yang berfungsi sebagai ground cover.
Dari di atas kita lihat dalam ruang yang sekecil ini kita mampu menanam 32 kumpulan tanaman. (Saya panggil kumpulan kerana satu lubang tu ada 2 tiga pokok yang sama)
2. Mengusir Serangga Perosak.
Contoh di atas, Pokok ketumbar (Boleh digantikan dengan Daun Sup, Parsely, daun bawang) dan pokok Mealy Cup Sage (Anda boleh gantikan dengan Basil/kemangi/Selasih) adalah pokok berbau yang kurang di sukai oleh kebanyakan serangga.
Ditanam di sekeliling kumpulan ini sebagai barrier supaya serangga perosak tidak masuk.
3. Mengawal rumput Liar.
Ground cover seperti Arugula/Salad Rocket tu nanti akan menutup semua tanah. Cahaya tak masuk dan rumput lain pun tak boleh le nak tumbuh. So no more weeding.
4. Menyokong tanaman.
Tanaman tinggi berkayu boleh di jadikan sokongan kepada tanaman lain di bawahnya. So tak perlu stacking.
Untuk ini anda contohnya boleh tanam tomato atau kacang di sokong oleh Pokok Cukur Manis.
5. Membekalkan nutrient.
Sekirangnya dalam kumpulan itu ada jenis kekacang, tanaman ini boleh bertindak sebagai pembekal nitrogen kepada kumpulannya (Nitrogen Fixer)
6. Sebagai pelindung Matahari.
Tanaman tinggi boleh bertindak sebagai pelindung matahari kepada tanaman di layer bawah.
Dalam kes ini option lain adalah menanam ‘Indian Borage’ dibawah Cukur Manis. Ini kerana pokok Indian Borage ni tak suka matahari direct. Nanti daun dia kuning, tapi tak mati.
7. Sebagai Pelindung Angin.
Ya, kalau kawasan tanaman selalu di tiup angin kuat. Boleh menanam tanaman berkayu di sekeliling sebagai pelindung angin.
Menarik Polinator/agen pendebunga.
Di Sebelah kanan tu saya tanam Mealy Cup Sage. Tanaman import yang amat di sukai oleh Lebah, rama2 dan mungkin juga kelulut.
Kumpulan tanaman menjadi cantik.
Dalam kes ni, Mealy Cup Sage tu nanti akan berbunga Biru. So tak ada lah boring area tu dengan warna hijau semata2.
Umpan ‘Bunuh Diri’, Sacrificial baits.
Kes ini saya hadapi secara tak sengaja. Di kawasan lain, daun chili saya habis di makan serangga. Tetapi anak2 chili yang di tanam berdekatan dengan Kantan selamat. Instead, Daun kantan tu yang teruk di makan serangga. Since daun kantan tu rimbun dan banyak. Maka dengan ini dipersilakan makan daun kantan tu sampai kenyang. Selamat anak2 chili saya kat depan tu.
Radar atau Signal Masalah/Penyakit dan sebagainya.
Sebagai contoh, di Dusun Bandar kebanyakkan pokok buah yang sensitif kekurangan air saya temankan dengan Pokok Basil. Pokok Basil ni kalau kekurang air daun dia akan cepat kelihatan layu. So Tanda kekurangan air akan di tunjukkan oleh Basil sebelum memberikan kesan buruk kepada pokok (Unless anda melakukan proses Water Stress). Keadaan ini pernah menyelamatkan saya, Basil dah layu, berpunca dari Timer Kehabisan Bateri.
Menggemburkan dan Menyuburkan Tanah.
Ya benar, bagaimana berfungsi? Contoh, Basil yang di tanam di sekitar pokok selalunya hanya berumur tidak sampai setahun sebelum dia mati dan digantikan oleh anak-anaknya. So apabila pokok basil yang dah tua mati, akarnya yan dah jauh ke dalam akan mereput. Pereputan akar ini lah yang menyumbang kepada penggemburan tanah dan akar yang reput akan menjadi baja organik secara tidak langsung.
Pastikan anda sentiasa memberikan baja untuk menggantikan nutrient yang diambil oleh companion plant tadi.
Nak tahu jenis tumbuhan yang sesuai di padanakan sebagai tanaman penanam [klik sini]
Sumber: http://dusunbandar.com/
WAJIB Lakukan Pemangkasan Pokok Secara Berkala Ini 5 Sebabnya

Pemangkasan pokok. Sama ada untuk pokok besar, renek, menjalar dan sebagai ia perlu dilunaskan. Kenapa pemangkasan penting?
MENGAWAL TUMBESARAN TANAMAN
Bagi tanaman yang memerlukan fokus utamanya adalah untuk tuaian hasil seperti pokok buah atau bunga, pemengkasan dari peringkat awal usia perlu dilakukan. Ia bukan sekadar menggalakkan penghasilan dahan atau cabang baru malah melatih dan mengawal saiz pokok. Apabila saiz pokok terkawal, penyelanggaraan boleh dilakukan dengan mudah
MENGHASILKAN STRUKTUR TANAMAN YANG LEBIH KUKUH
Apabila pemangkasan di lakukan mengikut SOP atau teknik yang betul, ia beruapaya memberi tekanan yang baik kepada tanaman terutamanya dalam pembentukkan batang utama. segala nutrisi yang dibekalkan dapat dihadam oleh batang dan dahan-dahan yang tinggal. Ini bermakna pengagihan nutrisi pada tanaman lebih fokus
MENCEGAH PENYAKIT DAN SERANGAN SERANGGA
Jika pokok terlalu padat, ranting-ranting struktur perlu dikurangkan. Ia bertujan memberi peluang kepada aliran udara menembusi celahan daun. Ia dapat memastikan air yang terperangkap di antara daun dapat dikeringkan segera dan secara tidak langsung mencegah pembentukan habitat untuk serangga perosak dan penyakit. Di samping itu juga, ia berupaya mencegah potensi pembentukkan habitat untuk serangga yang suka bertpa di bawah duan dan celah dahan
MENGGALAKKAN PRODUKTIVITI BUAH
Apabila selesai musim menuai atau berbunga, pokok perlu dipangkas bagi merangsang penghasilan ranting-ranting baru. Dari ranting-ranting baru ini lah kudup atau putik baru terbentuk. Sebab itu ada antara pokok perlu cantasan 80% untuk memastikan hasil untuk musim akan datang lebih banyak seperti anggur dan ros.
TUMBESARAN POKOK LEBIH SEIMBANG DAN SUBUR
Kesan dari pemangkasan, nutrisi yang dibekalkan dapat disalurkan pada bahagian utama dan berkepentingan, ditambah pula kurangnya serangan penyakit pokok yang terhasil sudah pasti lebih sihat dan seimbang.
Taman Lobak Dalam Pasu Lebih Mudah Menjadi, Tak Perlu Batas Luas

Ramai beranggapan untuk menanam lobak merah ia memerlukan batas. Memang benar, ini kerana lobak merah memerlukan tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan ubi yang panjang. Oleh hal yang demikian, batas adalah penyelesaian yang terbaik untuk menghasilkan lobak merah yang cantik. Namun, tidak mustahil untuk anda tanam lobak di dalam pasu jika kena pada caranya.
Bekas tanaman
Memandangkan lobak memerlukan kondisi tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan umbisi yang cantik, anda memerlukan pasu atau bekas yang mempunyai ke dalam minimum 1.5 kaki.
Biji benih
Dapatkan benih lobak dari variati Chantenay atau Nantes. Elakkan menanam lobak merah dari variati Imperator kerana ia dari variati yang panjang. Untuk variati tersebut, anda memerlukan bekas atau pasu yang ber kedalaman lebih 2.5 kaki. Selain itu juga, benih lobak merah mini atau bulat seperti lobak merah mini romeo juga amat sesuai ditanam di dalam pasu
Semaian
Lobak merah mempunyai tekstur biji benihnya yang sangat halus. Oleh itu, ia akan memberi sedikit masalah untuk anda melakukan semaian terus pada medium tanaman. Tambahan pula, risiko tanaman tidak menjadi lebih tinggi.
Untuk proses semaian paling cepat dan mudah, anda perlu sediakan sehelai kertas tisu yang telah ditaburkan sedikit benih lobak merah. Lipat tisu tersebut menjadi 4 segi seperti poket dan renjis kan sedikit air untuk melembapkan tisu tadi.
Masukkan tisu yang telah dilembapkan tadi ke dalam plastik atau zip lock bag untuk mengelakkan ia cepat kering. Simpan plastik berisi tisu lembap tadi di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 hingga 7 hari. Selepas 7 hari, barulah anak lobak merah boleh dipindahkan ke dalam bekas tanaman
Medium tanaman
Lobak merah memerlukan medium tanaman jenis peroi dan sedikit berpasir. Campuran terbaik untuk tanaman lobak merah adalah 2:1:1 (Tanah hitam/loam/topsoil):pasir sungai:kompo. Gaul semua media sehingga rata dan masukkan ke dalam bekas tanaman sehingga penuh.
Semai anak pokok
Buat lubang pada kedalaman 2 inci sebesar jari telunjuk dengan jarak 5 inci setiap satu. Masukkan benih yang telah bercambah tadi ke dalam setiap lubang dan kambus lubang tadi dengan tanah yang nipis kemudian disiram. Letak anak pokok di bawah tempat separa teduhan selama seminggu atau sehingga ia betul-betul stabil
Siraman dan penjagaan
Lakukan siraman 2 kali sehari setiap awal pagi dan lewat petang. Apabila hujan, siraman tidak perlu dilakukan dan pastikan medium tidak bertakung air dan basah. Cabut rumput dan rumpai untuk mengurangkan kadar saigan dengan lobak merah.
Pembajaan
Untuk dapatkan lobak yang sihat dan besar, kurangkan penggunaan baja. Ini kerana penggunaan baja yang berlebihan dan kerap hanya daun nya sahaja yang merimbun namun hasil lobaknya kecil. sebaiknya, gunakan baja kompos pada lobak merah anda dan elakkan penggunaan baja bernitrogen tinggi

Tuai
Lobak merah sedia tuai apabila mencapai usia 60 hingga 90 hari mengikut variati. Sebelum di tuai, pastikan tanah di sekitar lobak merah digembur terlebih dahulu untuk memudahkan ia mudah di atrik dan mengurangkan risiko ubinya terpatah
Sumber: http://tanomkinotuan.blogspot.com