Baja Orkid 2 in 1: Rahsia Guna Beras, Kacang Hijau & Kulit Telur Untuk Orkid Malas Berbunga!

Pokok orkid yang “malas” berbunga sering menjadi masalah kepada ramai penggemar tanaman hiasan. Namun, dengan baja orkid 2 in 1 yang dibuat daripada bahan semula jadi seperti beras, kacang hijau dan kulit telur, anda boleh menggalakkan pertumbuhan dan pembungaan semula dengan lebih cepat.

Kenapa Orkid Malas Berbunga?

Antara faktor utama orkid malas berbunga ialah kekurangan nutrien, cahaya tidak mencukupi, atau media tanaman yang sudah lama dan kurang subur. Penggunaan baja orkid 2 in 1 membantu menambah semula zat penting yang diperlukan untuk merangsang pembungaan semula.

Bahan-Bahan Untuk Baja Orkid 2 in 1

  • Kulit telur secukupnya
  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 cawan beras
  • 4 cawan air tanpa klorin

Cara-Cara Menyediakan Baja Orkid 2 in 1

  1. Keringkan kulit telur sepenuhnya sama ada dengan cara menjemur atau sangai atas api perlahan.

Baja Orkid 2 in 1: Rahsia Guna Beras, Kacang Hijau & Kulit Telur Untuk Orkid Malas Berbunga!

2. Rendam kacang hijau bersama 2 cawan air semalaman untuk melembutkannya.

Baja Orkid 2 in 1: Rahsia Guna Beras, Kacang Hijau & Kulit Telur Untuk Orkid Malas Berbunga!

3. Rendam beras bersama 2 cawan air semalaman untuk mengeluarkan khasiat semula jadinya.

Baja Orkid 2 in 1: Rahsia Guna Beras, Kacang Hijau & Kulit Telur Untuk Orkid Malas Berbunga!

Ads

4. Satukan semua bahan (kulit telur, kacang hijau dan beras) ke dalam pengisar, kemudian kisar hingga lumat.

Baja Orkid 2 in 1: Rahsia Guna Beras, Kacang Hijau & Kulit Telur Untuk Orkid Malas Berbunga!

5. Peram adunan dalam bekas kedap udara selama 3–4 hari dan tapis selepas itu. Hampasnya boleh dijadikan baja untuk pokok buah-buahan.

Baja Orkid 2 in 1: Rahsia Guna Beras, Kacang Hijau & Kulit Telur Untuk Orkid Malas Berbunga!

 

Ads

6. Untuk digunakan, campurkan 5ml baja orkid 2 in 1 bersama 1 liter air. Siram atau sembur pada pokok orkid.

Baja Orkid 2 in 1: Rahsia Guna Beras, Kacang Hijau & Kulit Telur Untuk Orkid Malas Berbunga!

Kelebihan Baja Orkid 2 in 1 Buatan Sendiri

Baja ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah berkesan merangsang pertumbuhan bunga baharu. Kandungan protein dari kacang hijau dan kalsium daripada kulit telur membantu memperkuat struktur batang serta akar orkid.

Selepas beberapa minggu peggunaan, anda akan melihat perubahan pada pokok orkid, daun lebih hijau, akar lebih sihat, dan bunga mulai keluar semula.

Ads

Baja Orkid 2 in 1: Rahsia Guna Beras, Kacang Hijau & Kulit Telur Untuk Orkid Malas Berbunga!

Tip Tambahan Penjagaan Orkid

  • Pastikan orkid menerima cahaya matahari tidak langsung sekurang-kurangnya 4 jam sehari.
  • Elakkan menyiram terlalu kerap supaya akar tidak reput.
  • Gunakan baja orkid 2 in 1 setiap dua minggu sekali untuk hasil terbaik.

Dengan penggunaan konsisten, baja orkid 2 in 1 ini mampu mengembalikan seri dan keindahan bunga orkid anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya menikmati bunga orkid yang segar dan cantik!

Baja Orkid 2 in 1: Rahsia Guna Beras, Kacang Hijau & Kulit Telur Untuk Orkid Malas Berbunga! Baja Orkid 2 in 1: Rahsia Guna Beras, Kacang Hijau & Kulit Telur Untuk Orkid Malas Berbunga!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Artikel Menarik: Elak Pokok Orkid Terlebih Air, Guna Teknik Kiub Ais

Mesti Baca: Elak Akar Cepat Busuk & Bunga Mudah Gugur, Begini Cara Penjagaan ORKID Musim Hujan!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads