Jika di bahagian dapur, IMPIANA pernah menyiarkan artikel bahan-bahan masakan yang boleh membuatkan singki anda tersumbat, kali ini kita pergi pula ke bilik air kerana selain daripada singki, lubang mangkuk tandas juga selalu tersumbat dan keluarkan bau yang memang tidak enak. Ini kerana terdapat beberapa bahan yang kita tidak sengaja terbuang dalam lubang tandas.
Tempat najis kucing
Bahan yang diletakkan dalam bekas najis kucing selalunya diperbuat daripada gel silika, mineral dan juga debu tanah. Ia tidak larut dalam air dan boleh menjadi faktor tandas tersumbat secara perlahan kerana seringkali tuan kepada kucing belaan membuang najis kucing sekali dengan pasir tersebut. INGAT, cedok najis sahaja, yang lain buang di tong sampah atau guna alternatif lain untuk pelupusan.
Tisu
Ya, tisu walaupun dipercayai mudah larut, tetapi apabila sudah terkumpul banyak dalam saluran mangkuk tandas, ia akan jadi gumpalan pepejal yang boleh membuatkan mangkuk tandas anda tersumbat. Selain itu, tisu sebegini akan membuatkan anda berbelanja untuk penyelenggaraan tiga bulan sekali, dan sekali ia tersumbat, memang anda akan berbelanja besar.
Ads
Lampin bayi
Bahan yang digunakan dalam lampin bayi mempunyai gel yang tidak boleh larut. Apabila terkena cecair, ia akan mengembang dan anda tahu apabila lampin tersebut masuk ke dalam lubang tandas?
Q-Tip / Pengorek Telinga
Pengorek telinga diperbuat daripada plastik untuk bahagian pemegang, sementara bahagian hujungnya pula diselaputi putik kapas. Jika anda buangnya ke dalam mangkuk tandas, kapas pasti akan larut, tetapi bagaimana pula dengan pemegang plastik? Sudahlah tersumbat, ia juga boleh membuatkan benda lain tersangkut dan mengakibatkan tandas anda tersumbat sekali dengan najis.
Ads
Minyak dan cecair pelincir
Cecair seperti minyak kenderaan dan minyak memasak jika dilupuskan dalam saliran paip, lama kelamaan akan menjadi kenyal dan menjadi bahan pepejal dan boleh menjadi faktor utama tandas tersumbat. Jadi elakkan membuang sisa minyak ke dalam saluran paip rumah anda.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kebanyakkan rekabentuk rumah baru kini dibina dengan bumbung yang flat atau rata. Dari segi estetiknya, sudah tentu design sebegini nampak lebih kontemporari dan sleek. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa hal yang perlu dititikberatkan sebelum memutuskan untuk membeli atau membina rumah dengan bumbung rata.
Ramai pembeli masih musykil dan ragu-ragu tentang hal ini jadi Dr. Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim dengan besar hatinya ingin berkongsi tips dan nasihat agar para pembeli tidak melakukan kesilapan yang akan memberi impak pada jangka masa panjang. Maklumlah, kos renovasi untuk bumbung sudah tentunya akan memakan belanja yang banyak. Kan rugi nanti.
Nota penulis :Perkongsian ini pada asalnya dikongsikan di laman facebook Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim atau Uniey Aras selaku seorang pensyarah Ukur Bangunan di Universiti Sains Malaysia. Artikel ini telah diolah untuk diterbitkan semula dalam laman digital IMPIANA dengan izin beliau.
Jika disoal tentang perihal bumbung rata ini, Dr. Uniey berpesan supaya jangan panik apabila sudah terbeli atau memiliki rumah dengan flatroof kerana tidak semua bumbung rata memberi masalah. Berikut adalah pandangan beliau melalui ciri-ciri rekabentuk bumbung rata dan kesan terhadap penyenggaraan bangunan. Bumbung yang rata ini tidak akan menimbulkan masalah jika:
– Ada sedikit kecuraman pada bumbung.
– Sambungan bumbung rata kepada setiap elemen utama bangunan seperti dinding dan bumbung rata dilihat melalui menggunaan flashing atau tidak nampak dari luaran, bermaksud terdapat lapisan kalis lembap dalam perincian sambungan bumbung rata ke dinding.
– Material yang digunakan melalui perincian elemen bumbung rata atau dikenali sebagai flat roof detailing yang lengkap.
Masalah juga akan timbul sekiranya terdapat kelemahan kualiti dari perkara di atas.
Contohnya:
1. Masalah kualiti lepaan di mana kontraktor tidak memastikan bumbung tersebut dlm keadaan sedikit curam mahupun meratakan permukaan. Akibatnya, bumbung akan menakungkan sedikit air apatah lagi kandungan yang banyak.
2. Kelemahan dibahagian sambungan. Tiada lepaan Damp Proof Course (DPC) dari bumbung ke dinding untuk elakkan serapan air, atau, tiada flashingsheets seperti aluminium diletakkan di sambungan ini untuk mengelakkan air meresap melalui percikan air hujan.
3. Penggunaan material kalis air tidak digunakan bagi mengelakkan serapan air. Serta tidak mempunyai saluran tread di bawah bumbung rata. Tread merupakan satu garisan lurus dan panjang serta mempunyai kedalaman lebih kurang 3mm dan lebar lebih kurang 10mm. Tujuan elemen ini adalah untuk mengelakkan air hujan yang mengalir di tepi bumbung rata lalu melimpah dan mengalir masuk ke bahagian tengah bumbung.
Kerosakan bagi kelemahan di atas, pembeli akan menerima:
1. Siling dan bumbung berkulat akibat dari kelemahan kontraktor meratakan lepaan mahupun tidak membenarkan sedikit kecuraman air.
2. Air turut meresap ke elemen bangunan lain sepert dinding dan siling bangunan utama.
3. Air yang kerap mengalir menyebabkan ‘kebocoran’ di kawasan bawah bumbung rata sekiranya waktu hujan lebat.
Namun begitu, jika kesemua ini telah diambilkira oleh kontraktor dan arkitek, perkara ini tidak akan terjadi atau proses pertumbuhan kulat mungkin boleh dilambatkan. Oleh itu, bagi memastikan bumbung rumah anda ada elemen di atas, apa yang pembeli boleh buat adalah dengan melakukan sedikit ujian keselamatan.
1. Ujian laluan air. Anda perlukan getah paip yang panjang. Alirkan air yang sangat banyak ke atas bumbung kemudian lihat arah air itu mengalir. Jika air tiada arah atau tidak selari, bermaksud bumbung anda tiada kecuraman. Oleh itu, anda ambil spirit water level yang boleh didapati di hardware dengan harga kurang RM10 untuk letakkan di tengah tengah dan tepi bumbung rata tersebut. Lihat spirit level berkenaan. Buih itu duduk di tengah-tengah atau menyenget. Seharusnya ia menyenget. Lihat kecenderungan buih dalam garisan air tersebut. Buih seharusnya keluar dari garisan tengah. Di mana kedudukan buih berada bermaksud di situ kawasan lebih tinggi.
Jika terdapat buih di tengah, anda tunggu sebentar sehingga hampir 70% air mulai kering. Lihat kawasan takungan air. Di mana kawasan air bertakung itu bermaksud, di situ contractor tidak melakukan lepaan rata dengan baik. Pastikan takungan tidak langsung berlaku walaupun kedalaman takungan hanya 1mm. Anda ambil gambar dan majukan kepada kontraktor untuk pampasan. Tetapi boleh tuntut dalam tempoh DLP. Jika tidak, anda perlu baiki sendiri.
2. Ujian kedua adalah melalui pemerhatian. Anda kena lihat di setiap sambungan bumbung rata ke dinding. Ada atau tidak kepingan aluminium sama ada di cat atau tidak, ia seharusnya di situ. Jika tiada, ini sedikit rumit. Anda perlu lihat, jika hujan lebat, ada atau tidak resapan air ke dalam (1) dinding atau siling rumah anda yg saya pasti, kawasan ruang tamu atau bilik utama atau (2) resapan air di bawah siling garaj kereta sambungan ke dinding luar rumah. Ambil gambar untnk tuntutan jika masih di bawah DLP atau puan perlu baiki dengan saranan di atas (No 2)
3. Ujian observation melihat ada ya “tread”. Lihat di bawah bumbung rata di kelilingnya. Pastikan ada satu alur dgn kedalaman 3mm dan jaraknya lebih kurang 100mm dr tepi bumbung rata anda. Dan dari masa ke semasa, anda kena pastikan alur ini tiada kulat, perlu dibersihkan. Jika tidak, air akan melalui di atas kulat berkenaan dan masalah yg sama turut terjadi. Jika tiada tread, tidak mengapa cuma akan ada lembapan kelak. Anda ambil gambar dan buat aduan. Jika tidak, anda terpaksa membuat tread tersebut dgn menebuk lubang siling dan alur berkenaan.
Tambah Dr. Uniey lagi, “Tidak semestinya bumbung rata itu ada masalah. Bagi mata kasar saya, masalah yang berlaku hanya di luar bangunan. Namun begitu, sebagai pembeli anda cubalah jalankan ujian yang saya sarankan tadi.”
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Menurut kajian yang telah dilakukan di seluruh dunia, lebih 50% penduduk dunia mengalami masalah sakit tulang belakang. Kebanyakkanya berpunca daripada reka bentuk kerusi yang salah. Disamping itu juga, gaya hidup atau cara duduk tutu mempengaruhi masalah ganguan tulang belakang.
Berikut antara kriteria di perlukan untuk sebuah kerusi yang bagus dan baik:
KETINGGIAN KERUSI
Tiada ketinggian khusus yang ditentukan dalam design sesebuah kerusi. Namun yang menjadi keutamaan, kerusi tersebut haruslah boleh dilaras untuk memastikan lutut berada dalam kedudukan 90 darjah ketika duduk. Sebab itu ketinggian kerusi tidak ditetapkan kerana tinggi setiap orang berbeza
TEMPAT DUDUK (SEAT PAN)
Dicadangkan kelebaran tempat duduk bagi sesebuah kerusi yang sesuai adalah 16.5″ dan 14-18.5″ bagi kerusi boleh laras. Namun untuk ketebalan span yang melembutkan posture kerusi supaya ia sedap didiuk adalah antara 1.5-2 ini memadai. Terlalu tebal span adakalanya boleh menggangu postur duduk.
ARMRESTS
Amrest bertujuan Untuk memberi sokongan tambahan kepda postur badan ketika duduk mahunpun untuk bangun. Armrest perlu direka penuh dan mempunyai sokong yang bercantum dengan bahagian tempat duduk.
Sumber: http://ergo.human.cornell.edu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus lipan durjana ini.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lipan
Cara Menghalau & Membasmi Lipan
#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata seperti ular dan lipan dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian lipan dan biarkan sehingga yakin tiada lagi lipan.
#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusir lipan. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuat lipan tidak selesa lalu keluar dari rumah.
#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemaran lipan.
Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau lipan. Selamat mencuba!
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.