Dapur adalah jantung bagi rumah. Tidak lengkap bagi sebuah rumah jikalau tiada dapur. Oleh kerana itu, pemilihan warna cat untuk dapur di rumah kita adalah perkara yang tidak mudah dan kadang-kadang ia amat melecehkan. Warna cat perlulah dipilih dengan teliti dan bukanlah memilih senang lenang. Ini perlu diterapkan kepada semua orang yang ini deco dapur rumah mereka supaya ia tidak kelihatan biasa atau sederhana. Ini kerana, pemilihan cat juga dapat menarik perhatian dan pujian daripada tetamu kita. Justeru, warna yang tepat boleh memberikan aura dan suasana yang jauh lebih menarik. Salah satu cara atau peringatan yang perlu diterapkan dalam pemikiran kita adalah, setiap warna yang ada terdapat kelebihan tersendiri. Salah satunya, dapat menimbulkan setiap ruangan terlihat hangat dan sedap untuk mata memandang. Jadi, mari kita kenali, apakah warna-warna yang sesuai dan menarik untuk di cat kan di dapur kita.
PUTIH
Warna putih. Putih adalah warna paling asas yang akan dipilih oleh setiap orang untuk cat dapur mereka. Ini kerana, warna putih memiliki aura yang mewujudkan energi yang tenang dan dapat menghasilkan ruangan di dapur tersebut, sentiasa selesa dan bersih. Selain dari warna putih yang tulen, warna putih abu-abu juga boleh dipilih kerana ia sejenis warna yang neutral dan dikategorikan terlalu dingin. Jadi, ia sesuai untuk warna di dapur anda.
Ads
BLUE MARINE
Ads
Warna blue marine. Secara asasnya, warna biru ini adalah warna yang dapat menimbulkan definisi bersih dan jernih. Biru adalah warna yang sangat menyegarkan. Oleh kerana itu, warna blue marine juga warna yang sempurna untuk dipilih apabila hendak cat dapur rumah. Tambahan lagi, warna blue marine adalah warna yang formal dan sesuai untuk dapur yang memilik ruangan yang terbuka.
Ads
Jadi, itu sahajalah warna-warna cat yang sesuai untuk digunakan mewarnakan dapur di rumah anda. Bagi pasangan suami isteri yang baru sahaja membangunkan rumah tangga, pilih warna cat yang sesuai rasional dan elegan untuk mencantikkan rumah anda.
Di dalam setiap rumah yang ada di Malaysia, mesti ada kipas siling. Lagi-lagi, di ruang tamu. Kalau kipas siling tak ada dekat ruang tamu, jenuhhh kita. Melainkan ada penghawa dingin, tak apa lah. Lagipun, suis kipas siling itu, mesti kita akan terus tekan apabila masuk ke rumah. Ia dah jadi seperti satu kewajiban dah. Oleh kerana itu, pemilihan kipas siling sangat penting dan di sini, saya akan menunjukkan beberapa kipas siling yang berbentuk moden dan cantik malah berkualiti kita yang boleh kita dapat di pasaran supaya ia sesuai dengan keselesaan keluarga.
Mari kita saksikan senarai kipas angin siling yang terhangat sekarang ini.
MIDEA 5 BLADES CEILING FAN
Kipas siling Midea 5 Blades ini, menjadi banyak tumpuan orang ramai kerana kipas ini mempunyai 5 bilah berjenis ABS dan kepanjangannya 56 inci yang sudah pasti dapat memberikan pusaran angin yang kuat dan laju. Bukan itu sahaja, kecanggihan kipas ini, ia boleh mengubah kelajuan kipas dengan 3 level. Dengan hanya 3 level kelajuan putarnya, sudah dapat menyejukkan suasana bilik atau dalaman rumah.
KHIND CEILING FAN 60” CF615
Seterusnya adalah kipas siling Khind 60 inci CF615. Kipas ini hanya mempunyai 3 bilah sahaja tetapi dengan 3 bilah ini, ia sudah memadai kerana kipas ini diperbuat dari material logam. Panjang setiap satu bila tersebut adalah 60 inci. Kehebatan kipas ini yang saya boleh katakana, ia mempunyai 5 level kelajuannya dan pada level 1 sahaja, ia sudah mampu memusing dengan kelajaun 240m sepadu dalam masa seminit. Boleh bayangkan tak bagaimana kesejukkannya dari kipas itu.
DEKA DK50L CEILING FAN with LED LAMP
Dan yang terakhir adalah kipas siling Deka DK50L yang di mana kipas ini mempunyai 4 bilah dan disertakan dengan lampu ditengahnya. Keunikkan atau kelainan kipas ini, lampu ditengah yang menjadi sasaran ramai orang. Ini kerana lampu tersebut mempunyai 3 pilihan cahaya lampu. Sangat berbaloi kipas ini kerana ia telah menjimat kita untuk memasang lampu siling jika tiada kerana kipas ini sudah datang sekali dengan lampu.
Maka, itu sahajalah yang dapat saya kongsikan jenis-jenis kipas siling yang terhangat sekarang ini di Malaysia pada tahun 2022. Jadi, apa tunggu lagi? Beli lah sekarang!
Percaya atau tidak, walau setinggi manapun kediaman anda sama ada di kondominium atau service apartment, kalau tidak ada penjagaan serta pencegahan yang mantap, nyamuk pasti akan boleh memasuki kediaman anda dan menjangkiti seluruh ahli keluarga. Tambahan lagi, ketika ini terdapat banyak laporan di dada akhbar tentang demam denggi yang melanda negara kita.
Selain daripada menggunakan semburan aerosol atau memasang ubat nyamuk yang pasti akan membuatkan kediaman anda berbau, adalah molek jika anda mencuba alternatif menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai penghalang kemasukan nyamuk denggi. Ikuti senarai 6 jenis bunga yang mampu menghindari kediaman anda dari menjadi sasaran nyamuk.
Daun Basil
Ianya bukan sahaja dikenali sebagai herba yang sedap dikalangan penggemar makanan Itali, tetapi ianya juga merupakan penolak semulajadi nyamuk. Disebabkan aromanya yang kuat, menyebabkan nyamuk akan terbang jauh dari tumbuhan ini. Kepada manusia, ianya membuatkan makanan kita lebih sedap, bagi nyamuk, its a no no.
Daun Pudina
Tumbuhan ini amat dekat dan tidak asing lagi dengan kita tidak kira dalam masakan, malahan untuk penjagaan gigi pun ianya memberi manfaat yang besar. Kajian menyatakan bahawa, cecair minyak yang diekstrak daripada daun pudina boleh menghindarkan nyamuk yang membawa virus malaria dan denggi selama 60-180 minit.
Daun Rosemary
Jika anda peminat makanan barat, anda pasti mengenali daun ini yang terkenal dengan rasa serta aroma pedas dan berkayu ini. Selain daripada menjadi herba yang hebat dalam masakan, jika anda pergi hiking atau berkhemah, pastikan anda bakar daun ini di dalam unggun api. Asap yang membakar menguatkan lagi rasa tidak sedap bagi nyamuk dan mereka akan menghindari tapak perkhemahan anda. Kalau di luar ianya mujarab, bayangkan jika herba ini ditanam segar dalam rumah anda.
Pokok Lavender
Siapa yang tidak tahu tentang keharuman yang mendamaikan daripada pokok lavender. Aromanya boleh membuatkan kita lupa sejenak terhadap masalah yang menimpa, tetapi ianya adalah sebaliknya bagi nyamuk. Nyamuk tidak menyukai bau yang disebarkan oleh pohon ini dan ianya turut mengandungi anti-fungal dan mempunyai cecair antispetic semulajadi. Pokok ini amat sesuai jika ianya ditanam dalam pasu dan diletakkan bersebalahan dengan pintu dan tingkap kediaman anda.
Pokok Bunga Marigold
Pokok ini berasal daripada negara Amerika Latin, Mexico. Apabila sudah bercambah menjadi bunga, ianya akan melepaskan bau yang amat kuat dan tidak disukai oleh banyak spesis serangga tetapi nyaman untuk manusia. Dalam kediaman, ianya amat mudah untuk dijaga dan anda hanya perlu memastikan ianya mendapat cahaya matahari yang mencukupi untuk mendapatkan bunga yang cantik dan aroma yang berupaya melindungi anda seisi keluarga dari serangan nyamuk.
Bunga Geranium
Bunga ini amat dikenali dikalangan pembuat minyak wangi malahan berupaya menghalau nyamuk dengan efisien. Cara menjaganya amat mudah, anda hanya perlu letakkan pasu bunga geranium di luar kediaman dan biarkan daunnya terkena tiupan angin sehingga mengeluarkan aroma yang tidak disukai nyamuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bila bercakap soal menghias kamar anak-anak, kita bagaikan rambang mata untuk menyediakan ruang terbaik untuk si kecil. Namun adakala dalam keadaan kelam kabut kita terlupa satu dua perkara yang dianggap remeh tetapi sangat penting. IMPIANA berkongsi tip yang mungkin boleh ditambah dalam skill anda menghias kamar anak anda. Persediaan yang rapi menjaminkan hasil yang bermutu dan amali.
1.Pastikan anda memilih perabot yang dijamin tahan dengan aktiviti anak-anak. Jangan hanya harganya yang begitu murah, anda mempertaruhkan keselamatan anak anda terutama bagi yang memilih katil bertingkat.
2. Pastikan struktur dan material yang dipilih cukup utuh terutama pada bahagian yang menyokong tilam.
3.Jangan lupa elemen bunyi yang menceriakan ruang kamar kanak-kanak. Gantungan kreatif yang berloceng misalnya mampu menghiburkan anak-anak . Malah juga merangsang deria si manja agar lebih peka. Anda sendiri boleh menyediakan gantungan kreatif ini. Jangan lupa selak ruangan DIY.
4.Elemen kraf perlbagai warna dan melukis sememangnya cukup bagus untuk perkembangan kreativiti kanak-kanak. Gantungkan ia di sekitar dinding kamar dengan kreatif dan tampil riang. Paling tidak anak-anak akan menghargai seni yang dilakukan sendiri.
5. Kabinet tertutup perlu dikurangkan bagi mengalakkan kemalangan jari tersepit atau pun terluka. Ia juga boleh dijadikan tempat persembunyian si manja dan sememangnya sangat biasa.
6.Mahukan lampu hiasan? Cukup dengan lampu dinding yang kini didatangkan dengan pelbagai rekaan menarik. Elakkan memilih lampu lantai atau meja bagi ruang kanak-kanak kerana ia agak bahaya dan mengganggu pergerakan kanak-kanak.
7.Elakkan membeli perabot yang berbucu tajam. Sebaliknya carilah perabot yang mempunyai bucu separuh bulat dan cuba ke kedai perabot khusus untuk perabot kanak-kanak.
8. Pilihlah fabrik organik . Fabrik yang tidak panas dan mudah dicuci serta selesa. Fabrik kapas merupakan pilihan terbaik dengan pelbagai kualiti yang ada.
9. Kepada anda yang menetap di tengah bandar, tidak salah menyediakan penyegar udara bagi memberi udara yang berkualiti di sekitar kamar untuk keselesaan si manja.
10. Pastikan juga suiz lampu semua di tutup dan di bawah pengawasan penjaga mereka. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan domestik.
11.Terdapat lampu dinding untuk kamar kanak-kanak yang tidak terlalu terang dan sesuai untuk mata.
12.Jika membina kabinet bina dalam untuk penstoran barang-barang si manja, seeloknya pilihlah kabinet terbuka. Terutama untuk menyimpan permainan bagi merangsang si manja bermain dengan permainannya dan mudah pula di simpan balik. Ia nampak ringkas tetapi dengan cara ini kita mampu merangsang rasa girang dan mendisiplinkan mereka dengan berkesan.
13. Kini warna klise seperti biru dan merah jambu dilihat sudah ketinggalan zaman. Pilihlah tema warna neutral sama ada warm neutral seperti warna-warna perang kayu atau cool neutral seperti warna kelabu kebiruan air batu. Kemusian serikan ruang dengan warna ketiga dari kemasan lembut anda.
14.Jika memilih permaidani, pilihlah permaidani bulu pendek yang boleh dibersihkan dengan mudah 3 kali seminggu.
15.Siling yang ringkas dan mudah pula dibersihkan. Jika memilih tema klasik, elakkan membeli jenis siling plaster yang berkeluk-keluk dan menyusahkan anda untuk membersihnya.
16.Pastikan anda menggunakan jenis cat yang mesra kanak-kanak. Kini di pasaran terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan anti bakteria. Jadi selain kertas dinding, anda boleh kembali memilih cat bagi perancangan jangka masa jauh.
17.Pastikan anda menggunakan kemasan lantai yang tidak sejuk seperti jubin dan marmar. Sebaliknya lantai kayu atau vinyl lebih selesa malah menarik bagi sebuah kamar kanak-kanak
18.Elakkan binatang peliharaan memasuki kamar anak anda. Pastikan juga lantai dan peralatan lain, dibersihkan sekerap mungkin dengan pembasmi kuman. Ini bagi mengelakkan alahan, jangkitan dan lain-lain masalah kesihatan berlaku. Awas, segala kelengkapan dan bahan kimia ini, perlulah anda simpan di tempat yang sewajarnya dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
19. Elakkan membeli perabot bayi berusia di bawah 5 tahun. Jika anda mempunyai bajet kecil. Terus cari perabot yang mampu menampung anak anda sehingga ke peringkat sekolah rendah. Anda hanya perlu menukar tilamnya setiap lima tahun. Jika merancang mempunyai zuriat lagi, beli sahaja katil dua atau tiga tingkat.
20.Jika kamar andanya tidak seluas mana, rancang penstoran maksimum untuk si manja. Dalam hidupnya, mereka akan menempuh pelbagai fasa dan setiap fasa memerlukan kelengkapan yang berbeza. Jadi pastikan anda tidak menyimpan baju-baju lama yang tidak boleh dipakai lagi. Ibu bapa adakala sayang untuk membuang atau memberikan pakaian kepada yang memerlukan. Jangan sempitkan ruang dengan benda yang tidak digunakan lagi.
21. Jangan lupa menggunakan penyendal pintu bagi mengelakkan kemalangan domestik. Apatah lagi jika kediaman anda di kondominium tinggi yang selalunya angin bertiup agak kencang pada satu-satu masa. Kealpaan kita boleh membuat anak –anak terhantuk pada pintu atau tersepit. Jangan bimbang kini di pasaran terdapat pelbagai penyendal pintu menarik bagi selaraskan dengan tata hias kediaman anda.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.