Baja AB mamang semua tahu akan kegunaanya. Ia adalah sejenis baja cecair yang digunakan kebiasaannya untuk tujuan tanaman secara fertigasi atau hidroponik oleh industri.

Namun akibat keberkesanan dan mudahnya menggunakan baja AB ni, kita yang berkebun secara hobi pun turut tidak lari menggunakannya. Yang paling menarik, ia bukan sekadar untuk kegunaan tanaman sayuran, malah nampaknya ada juga yang menggunakannya pada tanaman berbunga.

Tapi kenapa nama dia baja AB? 

Wujudnya nama baja AB ini disebabkan oleh setiap satu baja mempunyai unsur yang berbeza. Dan setiap unsur tak boleh bercampur. Kalau dicampurkan ketika ia masih dalam bentuk butiran atau cecair pati, baja tadi akan kekurangan salah satu elemen penting yang diperlukan oleh tanaman. Kiranya baja tadi akan gagal fungsinya.

Adakah Baja AB ini adalah baja organik?

Jawapannya adalah tidak. Baja AB adalah terdiri daripada baja kimia namun ia tidak beracun seperti racun serangga perosak ya.

Apa kandungan baja AB? 

IKLAN

Apa Kandungan Baja AB Hingga Menyebabkan Tanaman Lebih Mudah Dan Cepat Membesar?

Disebabkan kandungan baja yang berbeza, maka terhasillah warna nya ada yang biru, kuning, putih dan lain-lain.

Bagaimana cara bancuhan baja AB? 

Baja AB ada yang dijual dalam bentuk butiran atau cecair. Kebiasaanya, dalam bentuk butiran ia perlu di larutkan untuk menjadi pati. Dari pati tadi baru lah dicampur bersama air mengikut nisbah tertentu untuk digunakan pada tanaman. Nak tahu cara dan teknik campuran tersebut, anda perlu bertanya kepada penjual terus. Sebab lain manufactured lain kaedahnya.

IKLAN

Apa Kandungan Baja AB Hingga Menyebabkan Tanaman Lebih Mudah Dan Cepat Membesar?

Apa Kandungan Baja AB Hingga Menyebabkan Tanaman Lebih Mudah Dan Cepat Membesar?

Tip pemberian baja fertigasi
1. Untuk mengelakkan pembaziran melalui larut lesap, beri lebih kerap dengan kadar yang kurang
2. Bagi banyak pada waktu pagi kerana pokok lebih aktif pada waktu pagi
3. Kepekatan baja adalah lebih rendah pada musim kering & sebaliknya tinggi pada musim lembab

Bagaimana menggunakan baja AB? 

IKLAN

Selain penggunaan bagi tujuan fertigasi dan hidroponik, tanaman lain di perkarangan rumah pun boleh menggunakannya. Tak bermakna anda perlu membina sebuah sistem fertigasi atau hidroponik di rumah. tapi ada kaedah lain iaitu melalui siraman. Pati baja AB tadi perlu dilarutkan di dalam air. Gunalah besen atau baldi untuk membancuh.


Cara bancuh (cecair) :
# Anak pokok – 1ml A + 1ml B untuk 1 liter air.
# Pokok matang – 2ml A + 2ml B untuk 1 liter air.


Untuk siraman pada tanaman anda boleh melakukannya sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Tapi kalau ada kawasan atau batas yang baru dituai, sebelum tanaman lain disemai, sebaiknya anda siram dulu dengan air baja AB dan biarkan dalam tempoh 2 hari sebelum tanaman lain di semai. Baja tadi berupaya menyuburkan semula tanah dan membekalkan nutrient secukupnya untuk pertumbuhan tanaman

Kenapa perlu pilih baja AB? 

1. Sebab baja diberi dalam bentuk mudah diambil oleh pokok
2. Baja boleh diberi tanpa pembaziran
3. Kecederaan pokok disebabkan baja boleh dielakkan
4. Menjimatkan

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI