
Seronok bukan kalau hendak membuat mahligai idaman kita tampak lebih cantik dan sempurna, atau memasang hajat untuk mengubah suai rumah kita agar lebih selesa dengan keperluan isi rumah masa kini. Tetapi banyak perkara anda perlu ambil tahu bukan boleh maain buat sahaja. Kalau anda terlalu banyak duit dan tidak kisah untuk membayar sesuatu projek itu tanpa rasa kesal, tidak mengapa.
Tetap jika anda macam saya berkira atau ada kewangan yang cukup-cukup, anda perlulah rancang dengan baik agar tidak berlakunya kesilapan dan kontraktor lari tidak siapkan kerja yang sepatutnya. Malahan lagi menakutkan bila mempunyai kos tersembunyi sewaktu projek dijalankan. Setiap penambahan kerja pasti akan bertambah wang. Kalau masalah kontraktor lari itu sudah pastinya mengundang nahas dalam perjalanan menyiapkan rumah idaman.
Langkah penting yang perlu anda ambil tahu adalah dengan merancang sebaiknya untuk mengelakkan pembaziran, kerana pembaziran itu adalah amalan syaitan. Patuh lah syariah sebelum anda lakukan pembaziran yang berganda dan tidak disedari.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!

Anda pasti teruja jika mendapat rumah baru. Apatah lagi rumah baru siap. Selepas bertahun-tahun menunggu. Biasalah tu. Akan tetapi, tidak kiralah rumah subsale, freehold atau apa jua jenis rumah, adalah digalakkan untuk melakukan beberapa perkara sebelum duduk.
PERALATAN :
***Masking tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
***Marker Pen – Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
***Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
***Kamera / Handphone berkamera – Ambil gambar kecacatan rumah
1. Azan
– Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
– Masuk rumah dengan lafaz bismillah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
2. Pintu
– Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.
3. Tiles Lompong
– Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
– Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
– Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
– Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.
4. Elektrik
– Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
– Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.
5. Meter Air
– Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
– Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
– Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
– Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
– Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
6. Tingkap dan Sliding Door
– Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
– Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
7. Tangga
– Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
– Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
– Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
– Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
– Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.
9. Dinding Retak
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
10. Kunci Semua.
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.
Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Program i-MILIKI Kini Menawarkan Pengecualian Duti Setem 100 Peratus Bagi Pemilikan Rumah Pertama

Khabar gembira khusus bagi anda yang masih belum memiliki rumah pertama kerana kerajaan kini telah mengumumkan pengecualian duti setem 100 peratus bagi pembelian rumah berharga RM500,000 dan ke bawah menerusi program inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI).
Manakala, bagi pemilikan rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta akan berpeluang mendapat pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.
Pengumuman program i-MILIKI tersebut telah dimaklumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.
Katanya lagi, kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.
Inisiatif i-MILIKI melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah.
“Pengecualian itu adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya semasa berucap pada pelancaran Home Ownership Programme (Program Pemilikan Kediaman) (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Pusat Pameran Mid Valley di sini hari ini.
Sebelum ini insentif berkenaan diperkenalkan sejak HOC yang dimulakan pada 2019 hingga 2021 dan masih diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sumber: Astro Awani
Baca artikel seterusnya di bawah;
Nak Beli Rumah Jangan Ikut 5 Kepercayaan Karut Ni
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Keliru Apa Itu SOHO, SOFO Dan SOVO

Isi Kandungan
ToggleRamai yang keliru apa itu SOHO,SOFO dan SOVO. Anda perasan tak sekarang banyak development baru yang naik dan kebanyakkannya ada SOHO, SOFO, dan SOVO. Bunyi yang ala-ala moden kan. Anda tahu tak apa sebenarnya SOHO, SOFO, dan SOVO yang semakin banyak sekarang ni? Berbaloi tak untuk anda beli atau melabur dalam jenis ni?
SOHO, SOFO, dan SOVO
Perkataan ni tidak asing bagi peminat hartanah. Jadi, mari kita tengok apakah maksud di sebalik perkataan tu dan yang mana lebih berbaloi kalau anda nak beli.
1) SOHO ialah singkatan Small Office Home Office. Saiz SOHO ni agak sederhana sebab masih lagi boleh dibuat office yang memuatkan kurang daripada 10 orang. Sebab tu namanya small office.
Pada masa yang sama, boleh jugak dijadikan kediaman, sebab dalam SOHO kebiasaannya akan ada 1 bilik, tandas dan dapur. Di situ pejabat, di situ juga kediaman.
2) SOFO pula singkatan untuk Small Office Flexible Office. Sama macam SOHO, tapi tak ada partition. Jadi, SOFO menyediakan hanya tandas dan dapur/pantry tak ada bilik sebab SOFO beri fleksibiliti kepada anda, anda sendiri yang reka design office anda.
Kalau yang nak jadikan kediaman, boleh reka sendiri macam partition nak letak.
3) SOVO ialah Small Office Virtual (atau Versatile) Office. Lebih fokus untuk tujuan komersial saja. Jadi selalunya dalam SOVO akan disediakan semua kemudahan-kemudahan komersial. Orang yang beli unit SOVO boleh terus start business.
Tarif bil-bil adalah bawah komersial, jadi bil elektrik, telefon, dan air mengikut kadar komersial yang lagi mahal berbanding kadar tarif kediaman.
“Berbaloikah untuk dibeli?”
Disebabkan saiz yang lebih kecil tetapi harga agak tinggi, jadi banyak pemaju yang bangunkan property jenis macam ni. Sebab lebih banyak unit dapat dihasilkan dalam satu blok berbanding rumah kondominium.
Dari segi harga, jika anda perhatikan agak sama dengan rumah kediaman bertaraf kondominium. Ini sebab kemudahan yang disediakan sama dengan kemudahan kondominium, tapi tak semua ada kemudahan seperti itu.
Tempat yang dibangunkan ialah tempat-tempat elite dan juga berdekatan dengan LRT/MRT kerana target market untuk property jenis ini sudah semestinya golongan muda profesional.
Soal berbaloi atau tak anda perlu lihat kepada permintaan untuk unit SOHO, SOFO, dan SOVO di kawasan tersebut. Jika anda yakin kawasan tersebut ada demand, jadi berbaloi untuk beli. Lihat juga kepada kadar sewa bulanan.
Berbaloi tak kalau anda beli harga 400k, tetapi sewa hanya 1k sebulan? Apakah target perlaburan anda. Yang penting anda tahu target anda dan kawasan yang anda nak beli. Unit apa pun anda beli tetap akan berbaloi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI