Bagi anda yang bercadang untuk membeli sebuah kediaman rumah, sudah pasti antara rumah jenis sub-sales dan baru yang akan menjadi persoalan mana satu pilihan yang terbaik untuk anda memiliknya.
Malah, persoalan ini sudah pasti akan sentiasa bermain di pemikiran anda selain faktor kewangan dan kawasan kediaman yang ingin dimiliki juga antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan sesebuah kediaman.
Tetapi sebelum itu, adakah anda sudah benar-benar tahu perbezaan antara kedua-duanya? Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut bersama IMPIANA.
Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip serta mengupas lebih lanjut mengenai perkara tersebut bersama para penonton.
Ads
Ads
Ketika sesi temu bual bersama Cik Amaliena, jelasnya kedua-dua jenis kediaman ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri yang mana setiap para pembeli harus ambil tahu mengenainya.
Katanya lagi, selain itu para pembeli seharusnya bijak serta mengetahui tujuan utama untuk membeli sesebuah rumah di kawasan perumahan yang telah menjadi pilihan.
Jadi, antara kedua-duanya mana satu pilihan yang terbaik? Sudah pasti anda ingin mengetahui lebih lanjut dan jawapan persoalan tersebut.
Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut dengan menonton pautan video penuh sesi temu bual bersama Cik Amaliena di bawah;
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bagi anda berhajat untuk menukar pintu pagar rumah yang baharu tetapi sedang mengalami masalah bajet kewangan, jangan bimbang kerana kini ada cara yang boleh anda lakukan untuk realisasikan hasrat anda itu.
Apa cara yang boleh anda lakukan adalah ubah suai pintu pagar rumah anda dengan menggunakan kepingan panel aluminium sebagai jalan penyelesaian.
Bukan itu sahaja, cara ini boleh dilakukan secara sendiri tanpa khidmat bantuan pakar dan anda cuma perlu membelanjakan kos modal sebanyak RM500 sahaja. Murah kan?
Lihatlah hasilnya selepas pintu pagar rumah diubah suai menggunakan kepingan panel aluminium ia kini tampak lebih mewah dan menarik.
Kaedah pemasangan pula memang sangat mudah, anda tidak perlu menggunakan kaedah welding langsung. Apa yang cuma perlu anda lakukan untuk memasang kepingan panel aluminium ini pada pintu pagar rumah anda dengan hanya menggunakan drill dan skru sahaja.
Sekiranya anda mahu mendapatkan kepingan panel aluminium yang sama seperti pada gambar tertera anda boleh membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk membuat pembelian
Sumber: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Masih ramai yang tercari-cari rekabentuk kabinet yang cantik, mudah dipasang dan selamat untuk penggunaan. IMPIANA tertarik dengan teknologi CADULA ini. Jom lihat apa kelebihan kabinet ini.
● Kabinet dapur modular sesuai untuk rumah bandar kerana struktur yang fleksibel, keberkesanan kos dan pemasangan yang mudah
● Koleksi baharu Cadula hadir dalam tiga warna pastel yang mempunyai beberapa pilihan reka bentuk; mengekalkan kepakaran mereka menggunakan bahan kayu bukan toksik
Set kabinet shaker modular baharu Cadula dalam Moss Green, reka bentuk pintu lalai
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2022 – Jenama kabinet modular, Cadula telah mengeluarkan set kabinet dapur gaya shaker modular terbarunya yang direka dengan sempurna untuk ruang yang padat. Tersedia dalam tiga warna pastel yang lembut dan menenangkan, koleksi ini meraikan gabungan alam semula jadi dalam rumah bandar — menggabungkan bahan kayu bukan toksik dengan konsep modular yang membolehkan pemilik rumah memiliki fleksibiliti penuh untuk menyesuaikan ruang kediaman mereka dan menghidupkan rumah impian mereka.
Rumah yang lebih kecil menjadi kegemaran golongan milenium dan Gen Z yang memilih untuk hidup berdikari di kawasan bandar. Mereka memilih untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil, seperti unit pangsapuri studio, untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang gangguan serta proses penemuan diri.
Dengan peningkatan minat untuk rumah yang lebih kecil dan lebih mudah diurus, kabinet tetap tradisional (yang kebiasaannya bersaiz besar dan tidak praktikal) semakin ketinggalan zaman untuk rumah moden dengan keluasan ruang yang lebih kecil. Dengan mengambil kira perkara ini,
kabinet dapur modular Cadula direka khas untuk memenuhi jangkaan pemilik rumah muda: ianya moden, bergaya, ringkas dan yang paling penting – mudah serta menjimatkan kos!
Mengulas mengenai populariti rumah bersaiz kecil yang semakin meningkat ini, Samantha Lau, Pengasas Bersama Kabinet Cadula, berkongsi, “Generasi penduduk bandar sekarang menginginkan ruang kecil yang mudah diurus dan selesa untuk didiami. Kami percaya bahawa ruang yang kecil turut berhak mendapat perhatian yang sewajarnya! Melalui barisan kabinet modular mampu milik Cadula yang semakin berkembang, kami berharap dapat memberi pemilik rumah ini pengalaman interaktif yang menyeronokkan dan kebebasan kreatif untuk menghidupkan suasana kediaman mereka dengan ruang simpanan yang bukan sahaja bergaya dan moden, tetapi juga bersifat praktikal. Kami juga ingin mengurangkan manual arahan yang rumit dan menjadikannya mudah untuk dipasang.”\
Kabinet modular mula mendapat perhatian semasa ledakan perumahan pada awal 1970-an. Dengan fungsi serba boleh, kabinet modular direka khas untuk melengkapi dan mengadaptasi dengan perubahan gaya hidup di bandar. Diinspirasikan oleh konsep set blok bangunan, kabinet modular terdiri daripada unit prabuatan berasingan yang setiap satunya boleh dipasang dengan mudah, ditanggalkan dan disusun semula agar sesuai dengan kawasan yang sempit. Sifatnya yang fleksibel bukan sahaja menjadikan gaya kabinet ini sesuai untuk isi rumah yang lebih kecil, tetapi juga sesuai untuk penyewa yang mungkin perlu membawa perabot bersama-sama mereka apabila berpindah.
Selain penyelenggaraan yang rendah dan mudah dibersihkan, sistem kabinet modular yang boleh dilipat membolehkannya digunakan dalam pelbagai ruang di luar dapur. Sebagai contoh, kaunter dapur daripada set kabinet modular Cadula juga boleh ditukar kepada meja sisi katil di bilik tidur atau table top — ia sekaligus menambah nilai fungsian pada pembelian tunggal dan membawa unsur keseronokan ke dalam perancangan perabot.
Mesra alam dan serba boleh: Memperkenalkan koleksi terbaru Cadula
Koleksi baharu Cadula terdiri daripada siri gaya pintu shaker yang pastinya membawa aura tenang semasa di dapur, dengan pilihan tiga warna pastel tona sejuk: Green Moss, Pebble Grey dan Blanche White. Warna-warna neutral ini menjadikannya mudah untuk dipadankan dengan pelbagai warna dinding, menambahkan ciri serba boleh untuk idea reka bentuk dalaman.
Koleksi ini juga terdapat dalam dua pilihan reka bentuk. Yang pertama adalah konsep selesa dan kedesaan (rustic), menampilkan panel tengah rata gaya minimalis dengan bentuk segi empat sama di bahagian tepi dan pintu jenis shaker. Sementara itu, pilihan kedua ialah gabungan moden pintu shaker dan panel kaca yang lut sinar. Kedua-dua reka bentuk ini datang dengan pilihan laci yang dipasang di bahagian bawah kabinet. Semua pintu kabinet dilengkapi dengan tombol pintu logam bercirikan kedesaan yang memberikan cengkaman selesa.
Untuk mencapai kemasan sempurna bagi semua kabinet pintu shakernya, Cadula menggunakan papan kayu melamin khusus bersama-sama dengan teknologi ketepatan berpaten bagi membolehkan pembuatan yang lebih konsisten dengan menekankan kualiti kayu.
(Mengikut arah jam dari atas) 3 warna berbeza koleksi baharu Cadula: Pebble Grey, Blanche White, dan Moss Green; pilihan reka bentuk dengan panel kaca
Sebagai jenama yang menekankan kehidupan yang lebih sihat, kabinet modular Cadula dihasilkan sepenuhnya daripada kayu khusus yang tidak toksik dan kandungan formaldehid yang rendah, satu bentuk alergen yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang dengan pendedahan dalam jangka panjang. Pemilihan kayu sebegini adalah untuk memastikan udara di rumah kekal bebas daripada toksin, sekaligus melambangkan etos jenama Cadula: mengharmonikan rumah impian dengan persekitaran mesra alam.
“Kami telah menerima beberapa pelanggan yang bertanyakan tentang penyebab alahan kepada kulit dan hidung yang mereka alami di rumah. Ramai yang menganggap perkara ini disebabkan oleh barangan perabot lama, tetapi yang sebenarnya ialah ia mungkin datang daripada kabinet komersial, yang kebanyakannya mengandungi kandungan formaldehid yang tinggi. Bagi kami, rumah sepatutnya menjadi satu ruang untuk seseorang individu berehat dengan rasa selamat, walaupun daripada segala toksin yang tidak kelihatan. Inilah sebab mengapa Cadula komited untuk memperjuangkan rumah yang lebih hijau dan sihat dengan 100% bahan kayu mesra alam,” tambah Samantha.
Di kala pandemik ni, ramai memilih air-fryer untuk penyediaan makanan sihat terutamanya yang jenis bergoreng. Tiba-tiba, tular pula yang menyatakan bahawa Air-fryer ni boleh menyabab kanser. Betul ke?
Jom baca kupasan dari Zakwan Mohtadza yang mengulas mengenai isu ini di facebooknya.
Secara ringkasnya, Kandunggan Acrymalide yang terhasil ketika proses memasak memang boleh mengundang kesan sampingan. Namun, ianya bukan sahaja boleh dihasilkan oleh air fryer sahaja. Apa jua jenis pemanggang atau teknik menggoreng boleh menghasilkan kandungan tersebut pada suhu tertentu. Jadi, anda perlu kawal suhu dan waktu memeasak. Jika di dalam menual menerangkan pada sahu dan waktu tertentu, sila kurangkan sedikit.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!