Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan bahan binaan yang lain

(Breyer, Fridley dan Cobeen,1999)

PENGGUNAAN

Kayu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:

-Anggota struktur yang ringan dalam struktur kekal ; rasuk, tiang, rangka bangunan, bumbung kayu, lantai, pintu.

-Pembinaan berat seperti kekuda bumbung berat, cerucuk, jambatan, jeti.

-Tujuan hiasan seperti dinding sekat, perabot, para-para.

-Struktur sementara seperti acuan konkrit, peranca, tupang

IKLAN

-Pembinaan alat pengangkutan seperti kapal, jeti, landasan keretapi.

-Perusahaan berasaskan kayu seperti papan lapis, kayu lapis, papan serat.

Ambil Tahu! Tip Merawat Kayu Supaya Ia Kekal Cantik Dan Tahan Lebih Lama

KEKUATAN KAYU
  • Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban.
  • Kekuatan kayu ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan tegangan, kekuatan mampatan, kekuatan ricihan, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk serta rintangan terhadap api.
FAKTOR MEMPENGARUHI SIFAT KEKUATAN KAYU
  • Kandungan lembapan
  • Ketumpatan
  • Kecacatan
  • Rawatan pengawetan
  • Suhu
  • Masa
KECACATAN PADA KAYU

Semulajadi :
•Buku – bahagian dahan yang terdapat di dalam batang pokok kayu itu
•Hati – ia merupakan kawasan atau bahagian rosak yang terdapat pada pokok
•Gerigis – tumbesaran yang luar biasa seperti tombol kecil pada pokok akibat luka atau ransangan pada lapisan kambium
•Berongga – merupakan lubang yang terdapat di tengah-tengah balak kerana kayunya telah hilang atau reput dimakan oleh anai-anai

IKLAN
Serangga :

•Anai-anai – menyerang kayu yang tinggal berdekatan dengan tanah dan dalam keadaan lembab
•Serangga Pengorek Kayu – kumbang yang hidup di dalam batang kayu
•Cendawan Reput Lembab dan Kering – menyebabkan kayu menjadi reput

Ambil Tahu! Tip Merawat Kayu Supaya Ia Kekal Cantik Dan Tahan Lebih Lama

TUJUAN PENGAWETAN KAYU
Rawatan awet terhadap kayu-kayu biasanya dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan kimia. Rawatan ini penting kerana ia membantu mengekalkan ketahanan kayu dan memanjangkan usia terhadap rintangan cuaca ekstrem. Antara tujuannya ialah:

  • mengelakkan kayu diserang serangga dan cendawan
  • melambatkan rebakan api ketika kebakaran

Ciri-ciri bahan pengawet :

IKLAN
  • Amat beracun terhadap kulat, cendawan, serangga perosak.
  • Boleh kekal dalam kayu dan tidak meruap atau tersejat keluar.
  • Terdiri daripada bahan yang mudah meresap serta menembusi ke dalam sel kayu.
  • Tidak toksik kepada manusia dan haiwan serta mudah digunakan.
  • Murah dan mudah didapati.

Jenis pengawet :

Pengawet asas air

  • Larut dalam air, tidak berbau dan mudah diaplikasikan
  • Contoh: kuprum arsenat, zink biflourida.

Pengawet asas minyak

  • Pelarut minyak meruap seperti diesel / kerosene. Kayu akan berbau minyak tersebut.
  • Contoh: pentaklorofenol, zink naftenat, kreosot.

Ambil Tahu! Tip Merawat Kayu Supaya Ia Kekal Cantik Dan Tahan Lebih Lama

Teknik sapuan cat keatas permukaan kayu

  • Jika anda mempunyai struktur kayu di taman seperti gazebo, pergola, pagar kayu, dek kayu dan sebagainya anda wajib membuat rawatan kayu dalam tempoh dua atau tiga tahun sekali.
  • Gunakan berus sebagai medium sapuan. Sebaiknya sapuan tersebut mestilah dua atau tiga lapisan kerana andai hanya sekali sapuan maka ia kurang berkesan dalam memberi perlindungan kepada permukaan kayu anda.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI