Fungsi papan pemotong di dapur memang tidak dapat disangkal lagi. Kepentingannya ibarat air dan udara buat manusia. Tatapi malangnya, jangka hayat bagi sesebuah papan pemotong tidak lama. Lebih-lebih lagi jika digunakan setiap hari, papan pemotong akan cepat kotor, tambahan pula ia juga mudah menjadi pusat perkumpulan dan pembiakan kuman!
Jadi bagi menjamin makanan yang disediakan untuk keluarga kita bersih dan selamat, adalah lebih baik jika kita mencuci papan pemotong dengan kerap. Tidak memadai hanya dicuci menggunakan sabun setiap kali selepas diguna, ahli kimia Dr Fatimah Salim ada berkongsi cara mencucinya dengan lebih menyeluruh dan mendalam. Mari kita semak perkongsian bermanfaat ini.
CUCI PAPAN PEMOTONG TANPA SENTAL
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?! Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ads
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.
CARANYA:
• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.
Ads
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Bahan kimia dalam Clorox ini larut dalam air dan mudah meruap. Maka, dengan merendam seterusnya membasuh dengan air tidak akan meninggalkannya pada papan pemotong ini.
Ads
3) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
4) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kerosakkan yang sering berlaku pada penghawa dingin seperti air penghawa dingin bocor, tidak terasa udara sejuk dan banyak lagi. Di Malaysia, cuaca memang panas dan penggunaan penghawa diingin amatlah diperlukan. Kalau ada pengahwa dingin ini, selain bil eletrik yang mahal, kos selenggara juga boleh tahan mahal.
TIPS PENJAGAAN PENGHAWA DINGIN DI RUMAH
Tahukah anda, ada beberapa tips yg perlu anda tahu supaya aircond tahan lebih lama dan kurang mengeluarkan kos penyelengaraan.
Anda akan jimat kos penyelenggaraan aircond sekaligus menyelamatkan poket anda.
1) Sebelum membuat pembelian aircond baru, pastikan jenama yang dijamin ketahanannya oleh pengeluar-pegeluar aircond berkenaan. Dapatkan perkhidmatan dari juruservis yang bertauliah. Kenal pasti unit indoor dan outdoor unit berkenaan. Supaya anda tidak terkeliru.
2) Gunakan House Power yang bersesuaian dengan keluasan bilik anda. Cara mengukur keluasan bilik (panjang x lebar x (tinggi x 10) = BTU ) 10,000 Btu bersamaan 1HP.
* contoh 10 x 10 x (9 x 10) = 10 x 10 x 90 = 9,000Btu keperluan hp untuk bilik berukuran ini ialah 1hp keupayaan compressor 9,000BTU
3) Setelah suis utama dihidupkan, tekan butang alat kawalan jauh, setkan suhu kepada 24-25 deg C, biarkan udara bilik sejuk terlebih dahulu, sebelum turunkan suhu ketahap yang lebih dingin, pastikan pintu dan tingkap sentiasa ditutup rapat.
4) Cuci Air filter dengan dengan air, cara membuka Air Filter boleh didapati dalam buku log manual yang disediakan pengeluar. Cuci sekurang-kurangnya 3 minggu sekali atau selewat-lewatnya sebulan sekali.
5) Cuci coil bahagian luar Outdoor dengan air sekurang-kurangnya sebulan sekali. Halakan hos paip dibahagian coil out door yang kelihatan, dengan memancutkan air seberapa ketika sehingga segala kotoran terhakis. Pastikan air tidak terkena bahagian motor kipas.
6) Jika suction paip bahagian luar kelihatan seperti frizzing (membeku) periksa blower indoor sama ada motor blower indoor berfugsi atau tidak. Periksa Air Filter sama ada tersumbat. Jika Indoor berkeadaan baik, berkemungkinan unit mengalami kebocoran gas, hubungi juruservis.
7) Jangan biarkan aircond anda On 24jam kerana ini akan membebankan aircond anda. Setiap lapan jam waktu beroperasi, rehatkan sekurang-kurangnya selama 2-3jam.
8) Jangan biarkan pintu bilik atau tingkap terbuka semasa anda mengunakan aircond, kerana suhu bilik tidak akan turun jika tingkap dan pintu terbuka, ia akan membeban compressor bahagian outdoor untuk mendapatkan suhu yang anda tetapkan.
9) Vacuum hujung hos drain paip dengan mengunakan wet vacuum jika indoor unit anda mengalami kebocoran air. Jika masalah berteruskan hubungi juruservis.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tidak putus-putus. Jika tidak dilakukan dengan kerap, persekitaran di rumah boleh menjadi tidak sihat dan boleh merbahayakan kesihatan lebih-lebih lagi kepada pengidap asthma.
Antara kawasan yang paling senang habuk berkumpul ialah pada kipas. Tak kira lah kipas siling mahupun kipas berdiri, semua bilah dan celah celah jaring penutup pasti akan dipenuhi habuk jika kita tak bersihkan selalu. Kerana makin dibiar, makin banyaklah habuk yang akan terkumpul.
Jadi dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun fb Puan Alosnida Musa ada memberikan tips bagaimana nak elakkan kipas daripada cepat habuk dengan menggunakan TIGA bahan yang amat murah dan mudah. Selamat mencuba!
1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan air kedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.
3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.
4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.
5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.
6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.
7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Di Malaysia terdapat pelbagai pilihan tanaman memanjat yang mempunyai warna-warna terang dan cerah. Antaranya, Pyrostegia venusta yang juga dikenali sebagai Flame Vine atau Firecracker Vine yang berasal dari Brazil. Terang bunga tanaman ini yang berwarna jingga bergayutan di hujung sulur paut menjadikannya tarikan yang sangat kuat kepada pintu masuk kediaman anda. Bunga-bunga yang memanjang dan berkelompok begitu menonjol seumpama gubahan bunga pada pintu gerbang.
Seterusnya adalah tanaman memanjat Thunbergia laurifolia yang boleh didapati dengan kuntuman bunga berbentuk seperti trumpet. Tanaman ini sering kali menjadi pilihan untuk menghiasi struktur trellis, pergola dan gazebo kerana bunga-bunganya yang bersaiz besar dan ketara. Thunbergia mudah hidup di bawah sinaran matahari penuh ataupun separa teduh. Dengan bunga bersaiz hampir 5 inci berwarna biru, putih atau lavender pasti menggamit kedamaian bagi sesiapa yang melihatnya.
Manakala bagi penggemar tumbuhan eksotik, Passiflora incarnata pasti menjadi pilihan kerana bentuk bunganya yang unik. Pertumbuhannya yang agresif sesuai bagi anda yang ingin impak segera untuk kediaman. Warnanya yang terang dan jelas pula pasti membuatkan tetamu berasa teruja apabila dapat melihat sendiri keunikan tumbuhan ini.
Spesies Bougainvilla pula tumbuh sebagai tanaman memanjat tetapi ia juga boleh dibentuk menjadi renek. Kelopaknya boleh didapati pelbagai warna seperti merah terang, ungu, hot pink, jingga dan putih. Jika di negara empat musim Bougainvilla berbunga meriah pada musim salju, di Malaysia ia akan berkembang mekar apabila cuaca panas dan kering. Sama ada di tanam secara mendatar sebagai tanaman renek atau memanjat, perlu berhati-hati dengan duri panjang yang terdapat pada tanaman ini.
Allamanda cathartica begitu kaya dengan warna diraja sesuai bagi pemilik yang sukakan tanaman memanjat mudah dijaga. Alamanda tumbuh dengan baik dan menghasilkan bunga apabila mendapat cahaya matahari penuh. Ia tidak dapat berbunga dengan banyak ataupun kuantiti bunga akan berkurangan apabila berada di bawah redup. Oleh sebab pertumbuhan yang cepat, Alamanda sesuai dijadikan hiasan di tembok pagar kediaman.
Quisqualis indica pula tidak kurang hebatnya untuk dijadikan sebagai ‘penyambut tetamu’ di muka pintu. Tanaman menjalar malar segar dan mudah tumbuh serta boleh mencapai ketinggian melebihi 2 meter jika tidak dikawal. Gugusan lebat bunganya bukan sahaja menarik pandangan mata malahan kelebihannya yang memiliki aroma segar terutamanya pada waktu malam pasti meninggalkan memori indah saat kediaman anda dikunjungi.
Tristellateia australasie berbunga kuning ini juga antara tumbuhan menjalar malar segar. Ia berbunga sepanjang tahun menghasilkan bunga berbentuk bintang dalam gugusan panjang berjuntai. Dalam keadaan tanah kurang nutrien dan kering ia akan menggugurkan daun dan bunga juga akan berkurangan. Bentuk bunganya yang menarik dengan warna terang sesuai dijadikan hiasan di taman.
Bauhinia kockiana merupakan tumbuhan tropika semi deciduous yang memerlukan penyokong untuk menjalar. Di sebalik rimbunan daun yang lebat, bunga Bauhinia kockiana berbentuk jambangan yang melalui siri warna tertentu seperti merah jingga, kuning emas dan kuning cair sebelum ia gugur. Warna bunganya yang bersemarak bukan sahaja di abadikan pada trellis dan pergola, ia juga boleh diletakkan sebagai espalier pada dinding tembok pagar.
Antigenon leptosus merupakan tanaman memanjat yang sangat cepat membesar dan mempunyai foliage malah boleh tumbuh sehingga lebih dua meter. Ia menghasilkan bunga berbentuk hati sesuai disandarkan pada trellis, pergola dan arbor yang diteduhi dengan pelindung nipis. Bunga-bunga akan lebih berkembang jika berada di bawah cahaya sederhana.
Spesis Ipomoea pula tidak bertahan lama berbanding tanaman memanjat berbunga lain. Ia akan menjadi layu apabila matahari mulai menegak. Namun begitu, kelebihan yang terdapat pada Ipomoea adalah aroma wangi yang dihasilkan dan mengeluarkan bunga yang banyak pada satu masa. Ia sesuai sebagai melembutkan pagaran dan melingkari trellis yang dipasang di pintu utama.
Tidak sah jika kediaman Malaysia tidak disertai koleksi bunga ros nan indah. Spesies Ros bukan sahaja boleh ditanam secara horizontal di dalam pasu, ia juga boleh dibentuk sebagai tumbuhan memanjat menjadi gerbang menjalin tembok pagar dan pergola yang dibina. Ia mudah dijaga dengan melakukan pemangkasan selepas bunganya gugur untuk menggalakkan pengeluaran bunga seterusnya.
Wisteria floribunda merupakan tanaman memanjat berbunga ungu yang mempunyai dahan lembut melingkari sokongan seperti trellis atau pancang mengikut arah jam atau sebaliknya. Ia boleh menjalar di atas platfrom sehingga mencapai kelebaran 10 meter. Bunganya yang lebat menjadi sangat indah dinikmati di bawah arbor di ruang santai mahupun sebagai penyeri bahagian pintu masuk.
Garlic vine atau Cydista aequioctyalis ini pula lebih menonjol dengan kelompok bunga ungu kebiruan. Daunnya yang lebat dan tebal menghasilkan aroma bawang putih memerlukan sokongan yang sangat kuat apabila matang kerana daunnya yang sedikit lebar mudah merimbun lalu memenuhi ruang platform memanjat. Pemangkasan pada tunas pokok akan menggalakkan pertumbuhan daun.
Vallaris glabra begitu sinonim dengan masyarakat Melayu kerana harumannya yang sentiasa menjadi pilihan sebagai ramuan untuk membuat bunga rampai dan sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita Melayu. Bunganya yang putih berseri melambangkan kesopanan dan sikap lemah lembut orang Melayu. Justeru pemilihan tanaman memanjat ini sebagai hiasan di perkarangan halaman adalah bersesuaian dengan sambutan pada Aidilfitri yang menampilkan keindahan budaya dan busana Melayu.
Clitorea ternatea atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang mempunyai bunga berwarna ungu terang yang digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan seperti nasi kerabu. Warnanya yang terang dan semakin jarang ditemui memberikan peluang kepada ruang masuk di kediaman anda menjadi lebih menonjol berbanding penggunaan tanaman berbunga lain. Kombinasi keindahan semula jadi yang terhasil dan penyediaan makanan berasaskan bahan organik memberikan persepsi positif kepada tuan rumah.
Klik link ini untuk anda yang ingin mencuci mata barang dekor yang murah dan menarik https://invol.co/cloqny
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!