Adakah anda rasa seperti seluruh rumah anda berbau hancing dan busuk seperti di kedai menjual haiwan? Bau ini mungkin disebabkan oleh najis kucing anda dan ditambah pula dengan bulu mereka yang ada melekat di karpet dan perabot, menjadikan rumah tidak selesa dihuni. Walau sayang bagaimana pun anda kepada kucing, tak mungkin ada yang sanggup tinggal di rumah berbau dan kotor.
Jadi bagaimana nak hilangkan bau tidak menyenangkan ini buat selama-lamanya tanpa perlu mengorbankan haiwan kesayangan? Anda boleh saja gunakan pencuci yang terdapat di rak-rak supermarket ataupun, anda boleh cuba menggunakan bahan semula jadi yang boleh didapati dirumah. Anda juga boleh mengurangkan bau busuk dengan meletakkan litter box kucing di tempat yang terbuka dan jauh dari kawasan berkumpul. Disamping itu, pastikan anda mengekalkan kebersihan di rumah dan juga kebersihan si comel agar udara dikediaman sentiasa segar dan bebas dari bau kucing.
CARA 1 : Gunakan cuka
Hilangkan bau air kencing dengan menggunakan pembersih yang diperbuat daripada cuka putih. Letakkan satu bahagian air dan satu bahagian cuka putih dalam botol semburan. Kemudian, semburkan campuran tersebut di kawasan yang berbau. Biarkan cuka selama beberapa minit supaya ia dapat menyerap sekali bau air kencing kucing.
Untuk kawasan yang besar, anda boleh cuba cara ini dengan menggunakan kain bersih yang direndam dalam cuka.
Bagi kawasan berkarpet pula, anda boleh menggunakan pembersih permaidani yang dicampur dengan sedikit cuka untuk menghilangkan bau air kencing. Tapi hati-hati, kerana cuka mempunyai pH yang rendah jadi ia mungkin akan merosakkan karpet. Lakukan patch-test pada sebahagian kecil dahulu sebelum menggunakan rawatan cuka ini.
CARA 2 : Cuba pembersih enzyme
Air kencing kucing terdiri daripada komponen-komponen yang memerlukan enzyme untuk dibersihkan. Anda boleh dapatkan pembersih enzyme di mana-mana petstore atau secara online. Ikut arahan pada label dengan teliti untuk digunakan pada kawasan yang berbau kucing.
Jangan campurkan pembersih enzyme dengan produk kering yang lain. Bahan-bahan dalam produk pembersihan lain boleh melemahkan potensi pembersih enzyme.
Beberapa pembersih enzyme boleh merosakkan gentian kayu. Jika anda perlu untuk membersihkan lantai kayu atau perabot kayu, pastikan anda beli pembersih enzyme yang sesuai untuk digunakan pada kayu.
CARA 3 : Sapukan penyegar udara semulajadi
Ads
Satu lagi cara yang anda boleh cuba untuk menghilangkan bau kucing adalah dengan menggunakan penyegar udara semula jadi dibuat daripada baking soda. Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 1 sudu teh serbuk kayu manis, 1 sudu teh serbuk cengkih, dan 1 cawan herba seperti rosemary atau lavender kering. Renjiskan pembersih pada permaidani atau pada perabot yang mempunyai bau kucing. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan kemudian vakum sehingga betul-betul puas hati.
CARA 4 : Dapatkan khidmat profesional
Jika rumah anda berbau pintu kucing dan pembersih biasa tidak berjaya menyingkirkannya, sila dapatkan bantuan pembersih profesional. Cari pembersih permaidani profesional untuk menangani apa-apa kesan dan menghilangkan bau kucing pada permaidani anda. Dan dapatkan khidmat pencuci lantai profesional yang boleh datang kerumah untuk menghilangkan bau pada kayu atau jubin. Kebanyakan pembersih profesional memang sudah mahir dalam mengeluarkan bau yang berkaitan kucing di rumah.
CARA 5 : Kosongkan bekas pasir secara teratur
Perikasa bekas pasir kucing anda sekurang-kurangnya sekali untuk dua kali dalam sehari. Cedok dan keluarkan apa-apa najis dan gumpalan air kencing dari bekas secepat mungkin supaya bau tidak dibiarkan ‘berlegar-legar’ diudara terlalu lama. Latih kucing anda untuk menggunakan bekas pasir agar anak-anak bulu ini tidak terbiasa kencing di kawasan lain didalam rumah anda.
Ads
Jadikan aktiviti membersih bekas pasir sebagai rutin anda setiap pagi dan sebelum tidur. Dengan cara ini, mana-mana najis atau air kencing dalam bekas pasir tersebut tidak dibiarkan untuk tempoh masa yang lebih dari sepatutnya dan menyebarkan bau busuk keseluruh rumah.
Tukar pasir didalam bekas dua kali sebulan untuk memastikan ia sentiasa segar. Cuci bekas sebersih yang mungkin setiap kali anda menukar pasir agar kawasan tersebut bebas bau kucing.
CARA 6 : Pastikan anda mempunyai lebih dari satu bekas pasir
Letakkan bekas pasir dibeberapa tempat berbeza dan bersihkannya dengan kerap. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing, mempunyai bekas pasir yang berbeza buat setiap kucing akan mengurangkan risiko bau busuk. Pastikan setiap kucing mempunyai privasi semamsa menjalankan ‘projek’. Dengan mempunyai lebih dari satu bekas pasir, anda juga dapat mengelakkan daripada perlu membasuh sebuah bekas yang dipenuhi najis busuk yang datang daripada beberapa ekor kucing.
Jika anda mempunyai 2 kucing, anda disyorkan untuk membeli sekurang-kurangnya 3 bekas pasir.
Jika rumah anda dua tigkat atau lebih, cuba untuk letakkan bekas pasir pada setiap tingkat bagi memudahkan kucing membuang air.
CARA 7 : Vakum tempat bermain kucing
Gunakan vakum khas untuk membersihkan bulu-bulu haiwan kesayangan anda itu. Vakum seluruh kawasan dan tempat kegemaran si bulu untuk bermain. Pastikan juga anda vakum perabot, karpet, dan celah-celah almari atau pasu serta kawasan lain yang berpotensi. Cuba untuk vakum kawasan-kawasan ini seminggu sekali supaya tidak ada bulu atau kotoran kucing yang akan membawa kepada bau busuk.
Ads
Tidak salah jika melabur lebih sedikit untuk vakum yang canggih agar kerja-kerja membersih lebih mudah dan cepat.
CARA 8 : Pastikan kawasan makan kucing bersih
Untuk mengurangkan bau di rumah anda, kekalkan kebersihan bekas makanan dan minuman kucing. Elakkan membiar makanan semalaman tanpa dibasuh bekasnya. Dengan memastikan bekas makanan sentiasa terjaga dan dibasuh bersih, ruangan dirumah anda akan terjamin bebas bau busuk dan bebas bakteria merbahaya.
CARA 9 : Bawa kucing anda grooming
Sentiasa pastikan kucing di groom bersih dan kemas. Jadikan ia rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memberus buku, trim kuku dan membersihkan telinga kucing daripada segala kotoran dan kuman yang menyebabkan bau kurang menyenangkan.
CARA 10 : Bawa kucing berjumpa doktor haiwan jika bau tidak hilang
Jika anda telah cuba membersihkan kawasan kucing anda dan masih lagi gagal menghilangkan bau busuk kucing, cepat-cepat bawa si bulu berjumpa doktor haiwan. Boleh jadi, bau tersebut disebabkan penyakit atau jangkitan kuman yang memerlukan perhatian segera.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selain tanaman hiasan berbunga, daun berwarna-warni serta berbau harum, sayuran juga dapat memainkan peranan penting memberikan keunikan kepada taman. Selain bentuk daun lebar dan sifat menjalarnya, kehadiran labu di taman menjadi arca semula jadi unik apabila berbuah kelak. Ketahui sifat pokok labu untuk serikan taman anda.
Labu mudah ditanam menerusi biji benih. Selepas mendapatkan labu dari pasar, bersihkan dan keringkan biji benih tersebut untuk penanaman.
Tanamkan beberapa biji benih sedalam 1 inci ke dalam tanah, jarakkan 1 kaki setiapnya atau pun boleh ditanam dalam pasu..
Apabila tanaman labu sudah mencapai 2-3 inci tinggi, ubah sebahagian daripada anak pokok dan biarkan dua atau tiga anak pokok sahaja di kawasan tersebut.
Labu akan menjadi subur apabila mendapat cahaya yang tidak terlalu tepat mengenainya. Cahaya sederhana dengan sedikit redup sesuai untuk tanaman labu.
Penanaman labu memerlukan kawasan seluas sekurang-kurang 50 kaki persegi. Tidak perlu bimbang jika tidak mempunyai ruang secukupnya, tanam labu di pinggir tanaman dan train tanaman ini agar ia tumbuh merentasi kawasan berumput dan laluan. Untuk makluman labu adalah pokok menjalar, jika tiada tanah yang mencukupi tidak ada masalah kerana pokoknya tidak besar.
Buah labu manis mempunyai banyak khasiat. Antara khasiat dalam labu termasuk tenaga, protein, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium, beta karotina, vitamin B1, vitamin B2, Niasin dan vitamin C.
Menyemai
Semai benih labu terus di dalam tanah. Semai benih sedalam 2.5 cm (1 inci). Letakkan benih secara menegak dengan bahagian tajam di sebelah bawah. Letakkan 2 atau 3 biji benih dalam satu lubanng. Jarakkan antara benih sepanjang 1 hingga 2 m dalam semua arah. Benih labu manis akan bercambah dalam masa 6 hingga 10 hari. Kemudian kerat anak pokok yang lemah. Tinggalkan anak pokok yang paling besar.
Sekiranya kawasan anda terdapat semut api (semut gatal), serangga tersebut mungkin akan memakan benih yang anda semai. Elok semai di dalam bekas semaian terlebih dahulu. Apabila anak pokok mempunyai 2 set daun baru dan akar memenuhi bekas semaian, alih anak pokok ke atas tanah.
Merumput
Merumput di peringkat awal pertumbuhan anak pokok labu manis. Apabila ia telah membesar, daun pokok labu yang besar akan menghalan rumpai dari tumbuh subur.
Menyiram
Pokok labu manis memerlukan air yang banyak. Siram setiap hari di musim kering.
Membaja
Pokok labu manis memerlukan nutrien yang banyak terutamanya nitrogen. Tambah baja 2 minggu selepas menyemai dan kemudian setiap 3 minggu.
Mendebunga
Bunga jantan dan bunga betina labu manis adalah berasingan. Anda mungin perlu menjalankan pendebungaan secara manual. Bunga betina yang tidak didebunga akan luruh. Ketika buna betina sedang mekar, sentuh potongan stamen yang mengandungi debunga dari bunga jantan ke stigma bunga bebtina. Kemudian ikat kelopak bunga betina untuk mengelakkan lalat buah bertelur di dalam bunga dan merosakkan buah labu manis. Lihat posting tentang pendebungaan labu manis.
Memangkas (Pruning)
Potong batang pucuk labu 2 helai daun dari buah muda untuk mempastikan nutrien yang terhasil dihantar ke buah labu sepenuhnya. Ini juga menjadikan pokok labu tumbuh merimbun.
Menuai
Tuai buah setelah pokok kelihatan tua dan hampir kering. Anda juga boleh tuai pucuk disepanjang pokok hidup subur untuk dimasak sebagai sayur dan bunga labu manis juga enak dibuat salad.
Deep clean Air Fryer! Memasak menggunakan air fryer menjadi popular kerana ia dikatakan jauh lebih baik untuk kesihatan berbanding menggureng menggunkan minyak. Namun, perlatan ini akan meninggalkan kesan minyak dan kotoran sekiranya tidak dibersihkan dengan betul.
Walaupun perkakas ini memudahkan anda untuk memasak, namun ia tidak mudah untuk dicuci seperti mencuci kuali. Banyak komponan yang perlu diteliti dan perlu dilakukan dengan cermat. Sebab itu, ramai yang ambil mudah je untuk tidak mencuci air fryer. Kalau cuci pun ala kadar sahaja.
Amanda Tan perunding kesihatan atau dikenali juga amoi jamu berkongsi cara mudah “deep cleaning” air fryer
Hari ini kita kongsikan cara deep clean Air Fryer kita. Semenjak aktif dalam group ini, saya pun menerima banyak PM untuk menanyakan saya cara saya membersihkan Air Fryer. Hah! kebetualn saya nak membersihkan Air Fryer hari ini lalu terfikir untuk membuat video ini. Harap perkongsian saya memberi serba sedikit manfaat kepada semua!
Peralatan Yang Diperlukan:
Air fryer popular menjadi pilihan terutamanya bagi mereka yang mengamalkan pemakanan yang sihat. Namun, ramai yang tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan ketika menggunakan peralatan memasak ini. Berikut 8 kesalahan ketika menggunakan Air fryer
1. Masak dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa
Walaupun tertera kapasiti muatan air fryer 1.8, 2.5 liter atau sebagainya, ini tidak bermakna anda boleh isi penuh ruang memasak. Ini kerana, sistem memasak di dalam air fryer menggunakan aliran udara panas. Jika makanan terlalu padat, ia memberi kesukaran kepada udara untuk bergerak bebas dan memastikan makanan masak merata. silap-silap, tekstur makanan akan berubah dan tidak enak.
2. Tidak menggeringkan makanan terlebih dahulu
Untuk memasak makanan seperti daging, ayam, ikan dan sayuran, pastikan anda keringkan bahan tersebut dari air. Macam daging, ayam dan ikan tu, tekap dengan tisu sebelum dimasak. Permukaan makanan yang kering lebih cepat dan mudah dimasak
3. Peralatan tidak dibersihkan secara rutin
Layaknya peralatan masak yang lain, air fryer juga sebaiknya dibersihkan secara rutin. Terutama apabila ia sering digunakan. Lakukan pembersihan secara kerap mengikut langkah-langkah yang disarankan mengikut setiap jenama.
4. Tidak memanaskan air fryer terlebih dahulu
Sama seperti oven, air fryer juga perlu dipanaskan terlebih dahulu seblum makanan dimasukkan. Ia dapat memastikan proses memasak dapat dilakukan secara optimum
5. Tidak membalikkan makanan
Walupun tatapan air fryer boleh diset dan tinggalkan ia cukup masa dimasak. Namun, teknik ini kurang sesuai untuk bahan seperti daging, ayam dan ikan. Sekurang-kurangnya, anda perlu membalikkan daging yang dimasak sekurnag-kurang 1-2 kali sepanjang proses untuk memastika ia masak rata
6. Tidak langsung menggunkan minyak
Walaupun air fryer dinali sebagai peralatan mengoreng tanpa minyak, ini tidak bermakna ia tidak memerlukan langsung minyak. Untuk hasil masakkan yang lebih cantik dan enak, semburkan sidikit minyak di atas makanan sebelum dimasak
7. Menggunakan cooking spray
Elak guna cooking spray pada permukaan air fryer. Ini kerana permukaan air fryer telah direka lengkap dengan lapisan anti lekat. Jika anda menggunakan cooking spray, ia dikhuatiri akan merosakkan permukaan anti lekat tersebut.
8. Tidak memeriksa makanan
Walupun air fryer dilengkapai dengan tetapan masa, anda tetap perlu memeriksa makanan sesekali. Ia bagi memastikan makanan anda masak merata
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Macam-macam hal dan perangai penyewa ni. Susah nak dapat penyewa yang betul-betul jaga rumah yang disewa macam rumah sendiri. Lebih pening apabila penyewa lari dengan tak berbayar tunggakkan sewa dan bil utiliti. Bila bekas penyewa meninggalkan rumah dengan bil utiliti tertunggak tuan rumah lah jadi mangsa.
Namun bagi mengatasi masalah ini, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah proaktif untuk membantu pemilik rumah menyelesaikan masalah yang kerap dihadapi oleh pemilik rumah. TNB telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk melindungi pemilik rumah dari masalah tersebut.
Skim ini membolehkan nama penyewa didaftarkan dalam bil TNB bulanan. Ia ibarat pemilik membuka akaun khas untuk penyewa. Sekiranya terdapat tunggakan selepas penyewa berpindah dari rumah yang disewa, akaunnya akan terus ditanggung oleh penyewa sampai bila-bila. Jadi, bila penyewa nak daftar nama di tempat atau rumah sewa yang lain, akaun tadi akan dibawa sama.
Berikut adalah langkah-langkah untuk proses pendaftaran Skim Penukaran Penghuni Sementara:
1. Tamatkan bil elektrik atas nama tuan rumah di mana-mana cawangan TNB berdekatan. Untuk proses penamatan ini, pemilik perlu membawa MyKad dan Surat pengesahan No. Akaun bank tuan umahbagi tujuan pemulangan deposit yang telah dibayar dari TNB
2. Kedua. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa.
a) Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tn Rumah boleh mohon Penyewa isi Borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tn Rumah boleh mewakili Penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula
b) Sesalinan MyKad Penyewa.
c) Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN.
d) Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.
e) Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB. Jika perlu letak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang.
Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.
3. Ketiga. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa. Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan dialamatkan terus ke nama Penyewa.
4. Keempat. Penyewa berkenaan berpindah keluar.
5. Mohon Penyewa untuk ke Kios TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB.
Nota: Jika ada tunggakan, tuan rumah perlu jelaskan disebabkan bil terdahulu di atas nama pemilik. Dengan skim ini, tuan rumah tidak perlu mengambil deposit bill elektrik dari penyewa baru
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.