
ACCENT CHAIR ‘Statement Piece’ Pelengkap Gaya Kediaman, Serlah Dekor Designer’s Look! Accent Chair bukan sekadar tempat duduk tambahan. Ia mempunyai nama yang tersendiri serta merupakan ‘statement piece’ dalam dekorasi kediaman. Malah Accent Chair juga sebagai pelengkap gaya dan menjadi ‘space filler’ dalam menyerlahkan lagi interior ruang kediaman anda.
5 Fungsi Accent Chair
1. Penambah Gaya (Style Booster)
Accent chair biasanya berbeza daripada set sofa utama, dari segi warna, bentuk, material atau corak. Tujuannya? Untuk tarik mata. Jadi focal point. Kiranya macam highlight dalam ruang tu.
Contoh: Rumah dengan tema neutral, tiba-tiba ada accent chair velvet warna emerald green terus nampak classy!
2. Isi Ruang Kosong (Space Filler yang Bijak)
Ada ruang kosong di penjuru rumah atau tepi tingkap? Letak je accent chair terus nampak lengkap. Taklah rasa “kosong & sejuk”.
3. Fungsi Praktikal
Selain lawa, accent chair juga berperanan sebagai tempat duduk ekstra tetamu.
4. Serlahkan Personaliti
Accent chair ni antara cara paling senang untuk menonjolkan cita rasa pemilik kediaman sama ada berjiwa moden, klasik, retro, boho, atau minimalis. Style kerusi tu boleh reflect pemilik kediaman.
5. Seimbangkan Visual
Accent chair juga dapat menyeimbangkan visual ruang.
Contoh: Sofa besar warna gelap? Tambah accent chair warna cerah untuk seimbangkan suasana. Jadi ruang tu tak nampak berat sebelah.
Accent chair bukan sekadar kerusi namun ia penyelamat dekor apabola ruang rasa bosan atau kosong. Jika pilih accent chair yang betul, ia dalam menyerikan rumah dan nampak macam dalam majalah dekor!

12 Jenis Accent Chair, Serlah Dekor Kediaman Designer’s Look!

1. Armchair
Armchair (Kerusi berlengan) antara jenis accent chair yang klasik kerana mempunyai tempat sandar tangan. Ia memang selesa dan nampak bergaya. Reka bentuk pun macam-macam, dari gaya tradisional sampai la ke moden.

2. Wingback
Kerusi wingback dikenali dengan ciri “sayap” di bahagian tepinya yang memanjang dari penyandar belakang hingga ke tempat letak tangan. Bahagian belakangnya yang tinggi bersama sayap tersebut asalnya direka untuk melindungi daripada angin sejuk. Reka bentuk ini telah wujud sejak abad ke-17.

3. Barrel
Kerusi barrel, atau dikenali juga sebagai kerusi tub, mempunyai bahagian belakang yang rendah dan berbentuk bulat seperti tong. Reka bentuk ni membuatkan tempat duduk rasa selesa dan cozy.

4. Recliner
Kerusi Recliner memang kerusi paling santai. Boleh baringkan badan dan luruskan kaki sekali waktu duduk. Cuma pastikan ruang sekeliling kerusi tu cukup luas supaya senang nak laras dan ubah posisi seperti yang diinginkan.

5. Swivel
Kerusi swivel jenis boleh pusing 360 darjah, jadi sangat fleksibel dan mudah digunakan. Kerusi jenis ini memang sesuai untuk wujudkan suasana yang mesra dan terbuka. Semua orang boleh pusing dengan senang hati untuk berbual dengan sesiapa sahaja.

6. Parsons
Kerusi Parson ni jenis ringkas dan tak ada tempat sandar tangan. Selalunya digunakan di ruang makan, tapi boleh juga dijadikan kerusi accent dalam ruang lain.

7. Slipper
Kerusi slipper tidak mempunyai tempat sandar tangan dan kakinya pendek, jadi kerusi ni duduk rendah dekat lantai. Sesuai sangat untuk ruang yang kecil.

8. Club Chair
Ciri utama kerusi club ialah tempat duduk yang dalam, lengan yang lebar, belakang yang rendah dan padding yang tebal. Memang direka khas untuk keselesaan maksimum dan bersantai.

9. Bergere
Kerusi Bergere berasal dari Perancis sejak abad ke-18. Rangkanya biasanya diperbuat daripada kayu ukir dengan bentuk lengkung yang elegan dan perincian yang halus. Kadang kala rangka kayu tersebut disalut dengan emas atau dicat untuk nampak lebih cantik dan dekoratif.

10. Chesterfield
Reka bentuk ikonik kerusi Chesterfield ialah padding tebal dengan jahitan tufting yang dalam serta bahagian belakang yang rendah, sama tinggi dengan tempat sandar tangan. Kerusi Chesterfield ni berasal dari England dan direka pada abad ke-18 atas permintaan Earl of Chesterfield, Lord Philip Stanhope.

11. Papasan
Kerusi Papasan berbentuk mangkuk dan biasanya ada rangka rotan dengan kusyen bulat yang besar. Kerusi ni beri suasana santai dan rileks. Duduk atas kerusi ni, boleh peluk kaki, bersandar, dan layan baca buku sampai lupa dunia.

12. Chaise Lounge
Kerusi chaise lounge ialah kerusi panjang yang direka untuk baring dan bersantai. Kerusi jenis ini juga bagus sebab tak halang pandangan sebab rekaannya rendah dan ada sandaran rendah di satu atau dua bahagian sisi.

Mesti Baca:Kreatif Suami Ain Edruce, Guna Kerusi Meja Makan Main ‘Roller Coaster’ Dengan Anak
Baca Lagi Di Sini:DIY Kerusi Meja Makan Yang Rosak Jadi ‘Side Table’, Punyalah Senang!
Artikel Menarik: Kerusi Kayu ‘Lusuh’ Bertukar Perabot Moden Dengan Sedikit Sentuhan ‘MakeOver’
Sumber: Chloe Dominik
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

