Agak sukar untuk pastikan bilik anak anda sentiasa dalam keadaan kemas. Bila si ibu dah siapkan rutin mengemas, nanti mesti bersepah semua. Sana sini permainan bertaburan. Jadinya, tak tahan berapa jam pun bilik kemas, dah nak dikemas semula. Pasti ramai antara ibu yang mengeluh.
Takkan nak halang, sedangkan bermain itu merupakan salah satu proses pembelajaran anak-anak. Jadi apa kata, didik anak anda untuk mengemas bilik mereka sendiri. Mesti ramai yang akan kata, dah puas membebel tak berkemas. Sebenarnya, punca utama adalah didikkan kita. Jadi, untuk galakkan anak anda mengemas bilik mereka, ini perkara yang perlu anda lakukan:
1. Ajak anak kemas bersama
Wajibkan hujung minggu untuk aktiviti gotong royong mengemas bilik anak anda. Bila semua buat, baru lah aktiviti tu seronok. Maka secara tidak langsung, walaupun hari-hari lain bilik kelihatan bersepah, anak anda akan kemaskannya sendiri.
Ads
2. Sediakan bekas secukupnya
Langkah bijak untuk memudahkan barang anak anda tersimpan rapi adalah dengan menyediakan tong, baku, kotak atau sebagainya untuk memudahkan mereka menyimpan barang-barang yang telah digunakan. Disamping itu, bilik akan kelihatan kemas dan tersusun
Ads
3. Hadkan jumlah barang dalam bilik
Kanak-kanak tak perlukan perabot yang banyak perincian yang rumit. Termasuklah barang mainan mereka. Lebihkan ruang terbuka untuk untuk kanak-kanak lebih kreatif menghasilkan aktiviti mereka sendiri. Secara tidak langsung, teknik ini mampu mengurangkan kadar barang yang bersepah
4. Khususkan arahan
Selalu bila kita nak suruh si cilik mengemas barang permainan ini ayat akan digunakan “KEMAS BARANG ADIK”. Apa kata lepas ni kita lebih khususkan seperti ” KEMAS BARANG ADIK. MASUKKAN BALEK DALAM KOTAK. SUSUN ATAS RAK”. Barulah jelas arahan anda tu. Kalau setakat arahan rambang suruh kemas, mungkin bagi mereka apa yang telah mereka lakukan tu dah cukup kemas.
Ads
5. PUJIAN
Ini paling penting. Seperti yang disarankan oleh pakar-pakar, kerap memuji anak anda setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik. Jadi, selesai si adik mengemas, pujilah lah dengan benda-benda yang mereka suka. Cantik ke, Bijak ke dan sebagainya. Bukan dengan memberi reward.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
2019 Semakin menyingkap tabir. Mesti ramai antara kita ada yang berhajat untuk ubahsuai rumah. Al maklumlah, inginkan persekitaran yang segar dan baru. Tapi bajet tak berapa mengizinkan. Macama mana? siapa kata untuk ubahsuai dekorasi kediaman memerlukan bajet yang besar? dengan menghias sudut dan ruang tertentu, ia mampu menyerlahkan dan memberi aura baru kepada dekorasi kediaman anda. Tak perlu beli perabot baru. Ini antara tip yang perlu anda lakukan untuk mengelak poket bocor tapi hasil ubahsuainya memang meletop:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sesetengah daripada anda mungkin tidak biasa dengan istilah “ruang legar” apabila ia berkaitan dengan reka bentuk rumah. Ruang legar adalah kawasan peralihan antara teres dan ruang tamu atau teres dan bilik keluarga, menurut arkitek Probo Hindarto. Kawasan penerimaan tetamu terletak di sini. Kawasan pintu masuk tidak mempunyai perabot penting sesuai dengan peranannya. Jika anda berada di Jepun, hanya ada satu tempat untuk menggantung jaket, kot, payung, kunci kenderaan atau kasut. Sebagai pelengkap, sepasang tempat duduk dan meja kosong biasanya dipasang. Ruang legar atau dalam bahasa inggerisnya, “foyer”, tidak ada di Malaysia sangat sebab ianya bukan cara orang kita untuk ada ruang legar di rumah. Kini, saya akan memperkenalkan jenis-jenis ruang legar yang anda boleh miliki di rumah anda.
Ini adalah ruang legar yang jenis “Wordly in Los Altos” adalah ruang legar yang ada didatangi sekali dengan pintu antik dengan usianya 200 tahun dari India. Kerana apa pintu ini sungguh unik? Kerana ia terdapat nilai artistic yang tersendiri. Tambahan lagi, karpet yang berwarna emas itu memberi motif yang mawar dan kelihatan nyata. Tidak lupakan juga, kerusi juga membawa peranan yang terdampar gaya yang klasik.
Yang kedua ini pula, adalah ruangan legar yang jenis minimalist. Di Jakarta Selatan, ruangan legar seperti ini sudah biasa dan digunakan di rumah mereka di sana. Kerana ia menerapkan konsep “Tidak Lengkap” dan dengan cara itu, mereka boleh mengubah apa cara dan bentuk sekalipun mengikut kesukaan mereka.
Jadi, itu sahaja jenis-jenis ruangan legar yang boleh didapati dan menarik untuk anda buatkannya di rumah. Ini kalau tetamu datang, Fuhhh! Mesti ternganga mereka Hahahahha.
Jika bercakap tentang teknologi, satu perkara yang boleh kita persetujui ialah ianya sentiasa boleh ditambah baik. Tidak kira betapa pintarnya ciptaan tersebut, pasti ada kekurangan. Hal ini termasuklah gadget atau alatan elektronik yang mempunyai wayar atau kabel berselirat dan berpintal-pintal seperti yang terdapat pada tv, wi-fi, telefon, komputer dan bermacam lagi barang dirumah yang bukan sahaja merimaskan, malah memburukkan pemandangan. Aktiviti mengemas rumah juga pasti akan terbantut dengan kehadiran wayar-wayar yang mengganggu dan menyakitkan mata tersebut. Selagi boleh disorok, memang kita selit saja wayar dimana-mana tapi bila sudah terlalu banyak, panjang dan berbelit, nak tak nak terpaksa biarkan berjuntai dan tidak berkemas.
Tapi tahukah anda bahawa dengan sedikit kreativiti, anda boleh menukar ‘keserabutan’ tersebut menjadi lebih kemas dan menarik? Dan yang penting, tak perlu berbelanja banyak pun untuk menjadikan kediaman anda lebih selesa dan sedap mata memandang. Disini IMPIANA sudah kumpulkan beberapa idea bernas yang boleh anda jadikan panduan dan ilham. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!