Tema Kelabu, Ini Padanan Yang Sesuai Dan Cantik Untuk Kediaman

Share

Kelabu telah terbukti menjadi salah satu pilihan warna kegemaran ramai. Warna kelabu tampak neutral dan amat versatile sehingga boleh dipadankan dengan hampir setiap warna dan corak. Adakah anda bercadang untuk menghias dengan kelabu? Sedikit peringatan, warna kelabu datang dalam beberapa tona, suam dan sejuk, jadi agak mudah untuk tersalah pilih.

Jika anda mahukan ruang yang nampak moden, gunakan warna kelabu bertona sejuk tetapi berlainan pula dengan warna kelabu suam, ia akan membangkitkan perasaan yang lebih klasik dan kontemporari.

1. GABUNGKAN BEBERAPA TONA KELABU.

Jika anda hanya menggunakan satu tona warna yang sama, ruang mungkn akan kelihatan hambar dan membosankan. Jadi adalah penting untuk menggabungkan beberapa tona kelabu agar ruang tidak nampak flat

. Mulakan dengan lapisan asas, pilih satu tona kelabu yang benar-benar memberi inspirasi kepada anda, kemudian lapiskan dengan tona kelabu yang berbeza melalui perabot, hiasan lembut dan aksesori lain. Lemparkan kusyen bercorak untuk menambah tekstur ruang.

2. PERABOT KELABU.

Jangan hadkan penggunaan kelabu hanya pada warna dinding. Jika anda suka warna ini, pertimbangkan beberapa buah perabot untuk menambah mood moden. Rak atau almari juga adalah cara yang baik untuk tambahkan kelabu pada ruang anda.

3. METALIK SEBAGAI ESEN KELABU.

Aksesori metalik yang indah sememangnya amat cantik dipadankan dengan palet asas kelabu. Gunakan warna kelabu untuk latar belakang neutral anda bagi memberikan tumpuan kepada hiasan metalik.

4. CIPTAKAN LATAR BELAKANG SEMPURNA.

Kelabu adalah warna paling sesuai yang boleh digunakan untuk menghiasi dinding anda. penggunaan cat atau wallpaper kelabu tidak akan menenggelamkan warna esen.

5. TAMBAH DRAMA DENGAN KELABU GELAP.

Gunakan kelabu gelap untuk anda yang berani dan bold. Cat sekali dinding serta siling dan ia boleh dikontraskan dengan hiasan berwarna terang dan menarik. Ruang serta merta akan menjadi lebih dramatik dan berkarakter.

6. KEHIJAUAN SEBAGAI PENYERI.

Tumbuhan hijau atau corak tropikal akan dengan mudah menjadikan ruang kelabu lebih segar dan ‘ringan’.

7. PASTEL PADANAN KELABU LEMBUT.

Letakkan sekali warna kelabu dengan warna-warna pastel untuk ruangan nampak lebih lembut dan mesra. Untuk mengelakkan ruang terasa terlalu girly, gunakan juga warna lebih gelap dan corak hitam putih untuk mendapatkan lebih tekstur.

8. JANGAN ABAIKAN LANTAI.

Jika anda tidak tahu mana untuk bermula, pandang kebawah. Lantai sering dilupakan walaupun ia merupakan tempat terbaik untuk mula memasukkan sedikit demi sedikit tona kelabu. Bentangkan permaidani, perabot dan aksesori untuk mewujudkan ruang tamu yang sesuai dengan anda dan keluarga.

9. MAHU RUANG KELIHATAN MEWAH? MARBLE JAWAPANNYA.

Mungkin tidak semua ingin melabur untuk marmar, ciri gaya marmar adalah cara yang baik untuk menggabungkan beberapa tona kelabu ke dalam ruang dikediaman anda. Kertas dinding bercorak marmar atau kaunter top marmar akan kelihatan anggun dan mewah apabila digabungkan dengan kelabu menjadikan ruang lebih mewah dan eksklusif.

 

 

IKLAN