Ada beberapa tempat ni memang kita selalu terlepas pandang bila waktu mencuci. Impiana kongsikan ‘spot’ yang biasanya kita tak ambil remeh.
1) Bakul Baju Kita selalu lupa peranan bakul baju ni sebenarnya mengangkut baju-baju kita yang bersih tapi bila bakul kotor, bagaimana keadaan baju kita sebenarnya? Cukup sekadar sentiasa mengelap bakul ini dengan span basah dan biarkan ia kering.
2) Mentol Lampu Semasa kita sibuk mencuci ‘frame‘ lampu, sebenarnya kita lupa mentol dalam lampu tersebut. Sebenarnya mentol lampu ini lagi banyak mengumpulkan kotoran dan habuk-habuk luar.
Ads
3) Bekas pisau Bakteria dan kotoran boleh memasuki lubang-lubang tempat penyimpanan pisau yang sering kita gunakan.Oleh itu, nak selamat kita wajib bersihkannya at least sebulan sekali dengan merendam bekas pisau di dalam air panas.
4) Tilam Apabila anda menukar cadar, jangan lupa untuk membersihkan sekali tilam. Hanya dengan menaburkan BAKING SODA untuk 15 minit dan kemudian vacuumnya semula, bau dan beberapa kotoran akan hilang.
Ads
5) Sofa Banyak bakteria dan kotoran yang berkumpul pada sofa yang kita tak pernah tahu. Jadi apa yang kita perlu buat, ialah dengan menabur baking soda seperti di atas dengan membersihkannya semula selepas 20 minit .
6) Remote control, Keyboard Komputer, Handphone dan barang elektronik yang sering dipegang Paling penting sebelum mencuci, buka dan keluarkan bateri dari barangan ini terlebih dahulu. Cuci dan bersihkannya dengan menggunakan cotton pad atau cotton bud yang di basahkan dengan cuci di celah-celah barang tersebut.
Ads
7) Stering Kereta Spray dan cucikan sahaja dengan menggunakan tuala basah. Ini dapat mengurangkan bakteria dari hinggap di steering yang selalu kita sentuh.
8) Tombol Pintu Basahkan tuala dengan cuka dan gosokkan pada setiap tombol pintu di rumah. Cuka berperanan menanggalkan kesan degil kotoran pada besi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kita banyak membaca perkongsian di media sosial tentang pelbagai gangguan daripada makhluk halus yang menimpa mereka yang memasuki rumah baharu atau sewa. Kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu sebuah penempatan yang sudah lama ditinggalkan tanpa penghuni. Oleh itu, bila manusia tidak mendiami rumah tersebut, maka jadilah ianya rumah kepada pelbagai makhluk halus dan sepertimana kita, apabila datang ke tempat baru, orang yang tinggal sekian lama tidak selesa bila ada orang lain yang datang dan menganggu ketenteraman ‘beliau’.
Amalan ini penting kerana kita tidak tahu siapakah pemilik sebelum ini dan apakah yang telah ditinggalkan olehnya kerana sudah banyak kes apabila disiasat, banyak yang diganggu kerana tuan asalnya meninggalkan ‘belaan’ tanpa tuan baharu dan membuatkan pemilik rumah yang baru terkejut tanpa ada apa-apa pengetahuan tentang keadaan sebanar rumah tersebut.
Untuk itu, IMPIANA terpanggil untuk berkongsikan dengan orang ramai tentang bagaimana menghindari kediaman baharu anda daripada gangguan makhluk halus menurut kaca mata islam.
1) Azan di dalam rumah
Apabila anda pertama kali masuk ke rumah baharu atau sewa, mulakan dengan bacaan bismillah dan masuk dengan kaki kanan. Selepas itu, azan di setiap penjuru rumah. Jika anda mendiami rumah dua tingkat, azan juga disebelah atas sepertimana anda lakukan di ruangan bawah rumah. Tujuannya adalah untuk menghalau makhluk halus atau Jin yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2) Bersihkan rumah
Ketika ini rumah anda masih lagi dalam keadaan yang tidak bersih dan tidak ketahui siapakah yang pernah tinggal dalam rumah tersebut, Oleh itu, dalam tuntutan islam agar umatnya sentiasa dalam keadaan bersih kerana syaitan tidak menyukai manusia yang bersih, maka bersihkan rumah anda secara fizikal iaitu mencuci setiap sudut bebas dari habuk dan kekotoran.
3) Membaca Surah Al-Baqarah
Selepas selesai azan dan mencuci rumah, ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Baqarah. Surah ini dikenali sebagai surah yang terpanjang dalam Al-Quran tetapi ianya amat mujarab dalam menghalau syaitan yang membelenggu rumah sekian lamanya. Selain itu, sebagai penganut agama islam, kita sepatutnya menyinari rumah kita dengan ayat suci Al-Quran. Memang tugas seharian banyak mengambil masa kita tetapi ketahuilah ia hanyalah ujian dari yang Maha Esa untuk hambanya yang taat.
4) Lazimi bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yassin dan Surah Al-Ikhlas untuk 7 hari 7 malam
7 hari pertama anda masuk ke rumah adalah 7 hari yang penting untuk kesejahteraan anda sekeluarga. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengulangi bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yassin dan Surah Al-Ikhlas selama 7 hari 7 malam untuk memastikan rumah anda bebas daripada gangguan makhluk halus. Selain itu, pastikan sediakan air untuk dijadikan air Yassin sebagai pelindung rumah.
5) ‘Pagar’ rumah dengan cara yang betul
Banyak kita dengar penghuni rumah diganggu makhluk halus sebab tidak dipagar seluruh kawasan rumah dengan cara yang tidak menurut ajaran islam kerana menurut ajarat khurafat dan jauh menyimpang dari islam. Cara yang betul adalah dengan merenjis sekeliling rumah air yang sudah dibacakan ayat suci Al-Quran iaitu surah Yassin.
6) Anjurkan kenduri kesyukuran mengikut kemampuan
Setelah segalanya selesai, sudah tiba masa untuk kita mengenali jiran tetangga yang mendiami kawasan rumah kerana menurut hadis Rasulullah SAW riwayat Abu Daud, maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”. Jadi dalam usaha untuk kita mengenali jiran, adalah molek jika anda menganjurkan sedikit jamuan serta kenduri kesyukuran mengikut kemampuan anda. Salah satu caranya adalah dengan menjemput melalui pengumuman di surau kariah tempat tinggal kerana setiap taman atau blok pangsapuri pasti ada sebuah surah.
6 tips ini jika diamalkan inshAllah rumah anda akan bebas daripada segala malapetaka dan gangguan yang tidak diingini kerana sudah fitrah manusia untuk tidak nampak makhluk halus yang selalu menganggu-gugat amalan kita dalam menjadi umat islam yang penuh tawaduk dan istiqamah kepada Allah SWT.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tiba-tiba almari kayu roboh. Bila diperiksa rupanya dah lama almari anda menjadi habitat si anai-anai. Nasib baik tiada melibatkan nyawa. Sekadar membuang perabut atau kayu yang dimusnahkan tidak memadai. nanti, koloni anai-anai tersebut akan berpindah ke bahagian kayu yang lain. Tak kiralah pada dinding mahupun bingkai selagi adanya bahan yang boleh di mamah anai-anai terutamanya kayu. Jika terkesan kehadiran si anai-anai, sebaik rawatan segera perlu dilakukan sebelum seberang bencana lebih besar menimpa. Terdapat banyak kontraktor kawalan serangga yang sedia berkhidmat, namun harga mereka bukan kepalanga. mahu cecah ribuan untuk merawat dan mencegah anai-anai di seluruh rumah.
Jadi, selain mendapatkan khidmat kontraktor kawalan serangga, apa kata anda guna petua-petua mencegah dan merawat seranggan anai-anai dengan langkah-langkah mudah berikut:
Air cucian beras
Selalu kita cuci beras, air basuhan pertama dan kedua pasti kita biarkan ianya mengalir ke dalam lubang singki. Tahukah anda ianya amat mujarab dalam usaha untuk mengusir anai-anai dari terus bersarang di rumah. Hanya siramkan sahaja air tersebut keliling sarang serta tuangkan ke dalam lubang untuk pembasmian mutlak.
Minyak tanah
Ia amat sinonim dalam mencatikkan laman terutamanya menjelang hari raya untuk menyalakan pelita. Selain daripada menerangi malam anda, ia amat bermanfaat jika anda semburkan minyak tanah terus ke kayu yang menjadi bahaman koloni anai-anai. Nak lagi kesan yang efektif, campurkan dengan minyak serai, lagi mujarab.
Air Tembakau
Dari anda rosakkan jantung sebab merokok, lebih baik invest sedikit wang pembelian rokok dengan mengambil daun tembakau daripada puntung dan campurkan dengan air serta perap selama satu malam. Semburkan Air perapan di sekeliling rumah dan koloni anai-anai. Sasarkan kepada kayu yang diserang serta ‘rumahnya’.
Air Garam
Air garam memang banyak manfaatnya, nak sedapkan lauk, rawat luka dan juga basmi anai-anai. Cara nak buat air semburannya sama seperti guna daun tembakau, campurkan dengan air tawar dan biar selama satu malam dan sembur di setiap laluan anai-anai, di kayu dan juga dalam sarangnya.
Air Kapur Sireh
Anatomi badan anai-anai bersifat lembut serta berkulit nipis. Air panas yang dihasilkan daripada campuran kapur sireh dan menyebabkan jisimnya mengecut dan mati dengan cepat. Untuk penggunaannya, sama sahaja iaitu melalui kaedah semburan.
Racun
Akhir sekali, kalau tak jalan juga, guna air racun pembasmi serangga dan semburkan ke arah-anai, tapi pastikan sewaktu membancuhnya anda ikuti aturan yang telah ditetapkan oleh pengeluar racun. Takut nanti, niat nak bersihkan rumah dari anai-anai, anda pula yang terjejas sebab racun makan tuan.
Tertarik dengan rumah yang terletak di Petaling Jaya ini fasad kediaman ini diberi konsep lestari. Kediaman lama ini yang diubah menjadi tempat uji progresif untuk inovasi reka bentuk, penyelidikan & pengembangan, dan percubaan idea dan prinsip yang terus dikembangkan.
Melihat bahan binaan yang digunakan dalam menghasilkan sebuah rumah berkonsepkan lestari atau sustainable house ini banyak meyerapkan bahan yang kurang karbon dan bahan semula jadi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.