7 coffee table Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak “Wow”. Sebuah meja kopi merupakan fokus utama yang dapat membentuk ataupun memecahkan rekaan konsep sesebuah ruang. Pada awalnya,coffee table ini hanya dilihat sebagai tempat meletak kopi dan hidangan ringan apabila ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah tapi kini tidak lagi. Meja kopi moden boleh dijadikan ruang simpanan tambahan, ruang kerja pop-up, malah menjadi tempat untuk menyimpan buku atau majalah kegemaran anda. Dari pelbagai fungsi mahupun hanya untuk bergaya, mari kita sama sama lihat koleksi meja kopi moden yang IMPIANA kumpulkan khas untuk para pembaca.
Sekali pandang, nampak macam kerusi tapi jangan terpedaya kerana ini adalah sebuah meja kopi ottoman yang mana bahagian kayu itu boleh dilaras ke kiri dan kanan. Sesuai buat mereka yang sukakan gaya kontemporari unik.
Ads
Hanya dengan satu pergerakan, meja kopi yang diperbuat daripada kayu dan besi ini boleh bertukar menjadi meja kerja bagi memudahkan pemilik menyelesaikan tugasan pejabat dirumah dengan selesa. Meja dwi fungsi sebegini kini sudah banyak terdapat di pasaran.
Set meja kopi berpermukaan ala marble dengan reka bentuk yang sama tetapi berbeza saiz dipadankan dengan karpet ‘black and white’ kelihatan begitu sempurna dan menawan.
Ads
Meja kopi bulat yang diperrbuat daripada kayu ‘solid’ ini juga mempunyai bahagian khusus untuk kita letakkan buku atau majalah. Nampak sempurna hasil gabungan earth tone dengan padanan warna krim dengan coklat.
Dengan rekabentuk organik dan minimalis, meja kopi walnut ini bukan saja menyediakan permukaan yang luas malah mempunyai tempat susun majalah yang lain dari yang lain. Rekabentuk sleek menambah seri ruang.
Ads
Coffee Table ini menyediakan ruang khas untuk menyusun majalah, buku atau surat khabar dibawah permukaan kacanya. Kelebihan kaca ialah ia mampu membuatkan sesuatu rekaan nampak lebih elegant dan menarik.
Tidak tahu dimana ingin menyimpan barangan anda? Usah risau kerana meja kopi ini mempunyai empat ruangan menyimpan apabila dibuka. Rekabentuk menarik dengan ciri penjimatan ruang.
Seorang Pereka Pentas Makeover Kediaman PPR. Kediaman jenis PPR ini mendapat nafas baru pada PKP yang lalu. Pemilik rumah ini meminta seorang Pereka pentas mengubah suai rumahnya, yang saat itu Along Hazirini ini tiada sebarang pekerjaan untuk menghias pentas. Ini membuatkan Along Hazirin ini mengambil masa terluangnya untuk makeover PPR ini.
Setiap sudut dalam rumah ini diubah rupa dan susun aturnya. Perabot lama yang sudah lusuh dan usang diganti dengan yang lebih sesuai untuk ruang tamu yang berkeluasan 20 x 10 kaki yang ini. Menurut Along Hazirin ruang dapur juga akan di makeover dengan wajah yang lebih segar dan selesa. Bilik air juga tidak ketinggalan untuk mendapat sentuhan dan nafas baru.
Video yang dikongsikan beliau ini adalah semata-mata untuk berkongsi ilmu dengan followers yang suka nak makeover rumah sendiri. Semua orang boleh buat jika ada kehendak dan kemahuan. Makeover bukan lah satu perkara yang mudah untuk kita buat sendiri kalau tiada perancang yang rapi sebelum memulakan sesuatu.
Jika dilihat di dalam video yang di kongsikan oleh Along Hazirin ini beliau, membuat lakaran sepenuhnya untuk setiapa ruang yang ingin di ubah suainya. Jom kita lihat hasil kediaman PPR ini.
Peti sejuk merupakan perkakas rumah yang paling popular ; setiap kediaman WAJIB dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah peti sejuk. Ia diperlukan sebagai salah satu ruang penyimpanan makanan yang amat penting di dalam sesebuah rumah. Suhu peti sejuk yang lebih rendah daripada suhu bilik dapat merendahkan kadar pembiakan bakteria dan menjadikan makanan yang disimpan tahan lebih lama dan kurang berlaku kerosakan.
Tetapi apabila sudah tiba masanya, peti sejuk tidak lagi berfungsi seperti sepatutnya. Kadangkala bahagian sejuk beku tidak membekukan dan bahagian bawah pula hanya mengeluarkan udara yang sama seperti suhu bilik. Perkara ini sudah tentu akan membuatkan anda kaget. Perlu ke nak beli peti sejuk yang baru? Sebuah peti sejuk bukannya murah.
Tunggu dulu. Pada akaun fb Encik Md Helmee Abu, beliau ada kongsikan cara-cara membaikpulih yang mempunyai masalah yang sama hanya dengan kos RM8 SAHAJA! Mari kita ikuti step-by-step yang Encik Helmee tunjukkan ini semoga berguna buat anda semua.
LANGKAH #1
Alat yg diperlukan :
LANGKAH #2
Pastikan kepala power plug dicabut dahulu.
LANGKAH #3
Buka penutup bahagian atas dangan mengumpil pelekat bulat dan buka skru (bulat merah)
LANGKAH #4
Pasang kembali kepala plug. Switch “on”. Jikalau kipas yg dibulatkan merah masihberfungsi bermakna mungkin masalahhanya pada defrost thermostat sahaja.Cabut kembali power plug. Kemudian tanggalkan juga cover ini.
LANGKAH #8
Gantian yang dibeli dgn harga RM8. Memandangkan socket gantian defrost thermostat yg dibeli tidak sama. Maka saya potong dan sambung dgn socket yg asal. Balut dgn kemas bahagian yang disambung menggunakan electrical insulating tape.
LANGKAH #9 & #10
Pasang kembali defrost thermostat yang telah disambung ke tempat asal.
Mempunyai sebuah kolam ikan di halaman atau taman anda merupakan satu kelebihan. Di samping memberi nilai tambah kepada persekitaran, ianya dapat mengimbangi ekosistem kepada ikan dan spesies lain untuk terus hidup.
Sesebuah kolam asas mempunyai lapisan “liner” yang bermutu, sistem pam yang efisen dan dihiasi dengan batu-batu kecil. Lazimnya, kolam yang lebih besar tidak semestinya akan menambah kos anda kerana perbelanjaan sebenar adalah terletak kepada sistem pam dan penapisannya.
Seksyen ini dapat membantu anda menyedia gabungan idea dan konsep, menyedia langkah demi langkah bagi membolehkan anda membina sebuah kolam di halaman anda. Ianya tidak terlalu rumit sekiranya anda mempunyai peralatan yang sesuai dan mengikuti langkah-langkah yang diberikan.
Anda juga boleh mempunyai sebuah kolam pelbagai aras sama ada untuk mendapatkan tebingnya yang berbatu atau sebagai kawasan untuk tanaman kecil. Buang tanah di sekeliling perimeter kolam. Gali dan buang tanah tersebut pada kedalaman 6 hingga 8 inci sebagai kawasan yang akan diletakkan batu-batu’ Seterusnya mulakan menggali bahagian tengah untuk membentuk dasar kolam, Tambakkan tanah di mana air terjun akan dibina.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!