Tikus merupakan haiwan kecil yang berbulu dan dianggap comel bagi sesetengah orang. Betul ke? Namun bagi sesetengah individu kehadiaran tikus di dalam rumah pasti akan membuatkan anda tidak berasa selesa dan menjijikkan kerana bakteria yang ditinggalkan oleh haiwan perosak ini sangat berbahaya.
Kalau dari segi kesihatan, penyakit yang dibawa oleh tikus ini seperti kencing tikus boleh meragut nyawa. Kehadiran tikus ke dalam kediaman bukanlah seekor, namun berkumpulan jika rumah anda memberi keselesaan kepadanya. Jadi anda harus menghalau tikus-tikus ini sebelum ia menternak lebih banyak. Di sini IMPIANA kongsikan kepada anda 9 petua untuk menghalau haiwan perosak ini.
UNCANG TEH PEPPERMINT
Jika anda gemar dengan minuman teh, pastikan anda tidak membuang uncang teh tersebut. Anda hanya perlu mengenal pasti dimana tikus itu bersarang kemudian letakkan uncang teh tersebut pada kawasan itu. Peppermint yang terdapat pada uncang teh tersebut akan menyebabkan kegatalan pada hidung tikus lalu membuatkan deria baunya terganggu dan berasa tidak selesa.
PERANGKAP TIKUS
Anda hanya perlu membeli perangkap tikus dan pasangkan perangkap anda pada tempat laluan si tikus. Umpankan dengan meletakkan ikan masin atau sisa makanan ke dalam perangkap tersebut dan biarkan semalaman. Lakukan tangkapan sekerap mungkin sehinggalah jumlah tikus di kediaman anda berkurangan.
LADA HITAM
Halau tikus dengan menggunakan serbuk lada hitam. Taburkan serbuk lada hitam pada kawasan tikus tersebut.
JERING
Petua zaman dahulu jering dapat menghalau tikus. Letakkan jering bersama tangkainya sekali di dapur sehingga kering.
KULIT DURIAN
Bagi anda yang tidak mempunyai masalah dengan bau durian, anda boleh menggunakan cara ini. Letakkan kulit durian di kawasan tikus berada kerana tikus tidak suka dengan bau durian yang tajam.
SERAI WANGI
Serai wangi sememangnya digunakan untuk menghalau haiwan atau serangga perosak. Ini termasuklah tikus.
DAUN PANDAN
Haruman daun pandan menyebabkan tikus tidak suka untuk mendekati kawasan itu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Setiap kali apabila kita menginap di hotel pasti kita bersa untuk tidak mahu terjaga dari tidur. Betul tak? Ini kerana sejak awal kaki melangkah ke hotel kita sudah dimanjakan dengan suasana disitu. Semua kelihatan cantik dan mewah malah memberikan keselesaan yang sepenuhnya. Dan pasti anda juga pernah terfikir, alangkah bagusnya kalau bilik anda dirumah seperti ini.
Suasana bilik hotel selalunya menyegarkan tubuh badan serta fikiran anda yang keletihan. Sebab itulah anda amat menyukai suasananya. Sebenarnya tidak mustahil untuk menjadikan bilik tidur kita seperti hotel walaupun bajet yang tidak tinggi. Caranya mudah sahaja, ikuti 9 perkara ini yang menjadi asas idea bilik hotel.
1. LAMPU TIDUR
Pencahayaan adalah cara penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil.
2. WANGIAN
Anda boleh wujudkan wangian yang menyegarkan dalam bilik tidur anda dengan penyembur wangian atau pun lilin aroma. Wangian yang menjadi pilihan hotel-hotel adalah lavender, kayu manis dan bayu laut.
3. PENYAMAN UDARA
Untuk memberikan keselesaan yang sempurna bilik anda harus mempunyai penyaman udara. Pastikan suhu kelembapan bilik anda terkawal.
4. CADAR & BANTAL
Rahsia mengapa kita tenggelam dalam pelukan cadar dan bantal di hotel terletak pada kiraan benangnya. Jika anda mahu mencari cadar, pilih kiraan benang yang tinggi sekurang-kurangnya 300.
Hotel biasanya menggunakan fabrik seperti satin dan linen. Tapi, untuk bilik anda, pilihlah dari jenis fabrik yang anda suka dan selesa. Jika mahu bawa pulang lebih suasana hotel itu, boleh pilih putih sebagai warna cadar.
5. WARNA
Tenang dan sofistikasi. Ini yang kita rasa bila masuk ke dalam hotel. Ia dihasilkan oleh pemilihan warna yang biasanya bertona monokromatik. Untuk mendapatkan suasana ini di rumah anda, pilih satu warna dari warna utama dan satu lagi warna selaras. Warna utama ialah kuning, biru, dan merah.
6. LANTAI
Bilik hotel memberi rasa selesa pada kaki kita. Jadi, apa yang kita pasang di lantai juga penting. Jika ini agak tinggi kosnya bagi anda, cuba dapatkan karpet atau ambal yang lembut dan selesa. Semakin lembut ia pada kaki anda, semakin tinggi kesesuaiannya.
7. BANGKU
Bangku di hujung katil bukan sahaja menjadikan bilik kita nampak menarik. Ia menyerlahkan katil selain datang dengan pelbagai fungsi seperti tempat duduk, meletak buku dan kasut.
8. KEPALA KATIL
Kepala katil biasanya memudahkan anda bersandar sambil menonton televisyen dan membaca buku. Tapi menghiasi dinding di belakangnya juga memberi kesan kepada keseluruhan ruang. Pilih sama ada memasang gambar berbingkai atau cermin di atas kepala katil untuk menyerlahkan dinding utama bilik.
9. AKSESORI
Ambil peduli dengan aksesori walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kita akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati anda atau yang anda suka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
HAPUSKAN TIKUS SEBELUM ULAR
Tahukah anda kenapa ular sering masuk ke dalam rumah? Ular tidak akan masuk ke dalam rumah jika ia tidak mencari makanan. Jadi anda harus elakkan makanan ular seperti tikus berada dalam rumah anda. Anda patut risau apabila anda tikus, ada juga pemangsanya iaitu ular.
(klik link ini untuk ketahui cara mudah untuk menghalau tikus) http://www.impiana.my/7-cara-mudah-untuk-halau-tikus-dari-rumah-yang-patut-anda-cuba/
BERSIHKAN RUANG KEDIAMAN
Jika keadaan rumah anda bersepah ia mendorongkan untuk ular masuk ke dalam rumah. Anda perlu sentiasa kemas dan bersihkan persekitaran rumah anda. Rumah yang bersepah merupakan tempat sarangnya ular.
ELAK TANAM POKOK YANG LEBAT &TINGGI
Pokok yang berdaun lebat dan tinggi memang menjadi tempat persembunyian yang selesa untuk ular. Begitu juga pasu besar yang diletakkan di luar rumah. Ular boleh memanjat masuk ke dalam rumah.
PASTIKAN LUBANG MEMPUNYAI PENUTUP
Ular mudah menyelinap masuk melalui lubang. Jika ada kawasan berlubang meskipun kecil, pastikan ditutup dan dibaiki untuk mengelakkan daripada ular masuk terutamanya di bahagian dinding, pintu dan tingkap.
Bagaimana Jika Terjumpa Ular Dalam Rumah/Bilik?
Bagaimana Jika Terjumpa Ular Di Luar?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.