Masih ingatkah anda tentang keseronokan bermain semasa kecil? Bebas berlari kesana kemari tanpa larangan bersama rakan-rakan sehingga penat. Waktu yang tidak mungkin dapat diputar kembali. Masa pun sudah berubah, kanak-kanak kini tidak lagi bebas bermain berikutan persekitaran yang tidak selamat dan dicemari. Kita lebih rela jika anak bermain dirumah sahaja kerana diluar sana bermacam bahaya yang sedang menunggu. Faktor seperti gejala sosial, penyebaran penyakit berjangkit dan kadar jenayah yang kian meningkat menjadikan tempat bermain semakin terhad dan tidak lagi kondusif.

Tetapi sudah menjadi lumrah anak kecil yang sentiasa mahu bermain dengan gembira tanpa memikirkan masalah dan sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan serta memenuhi kehendak mereka. Sifat suka meneroka dan ingin tahu anak-anak mungkin mustahil untuk dikawal tetapi ada cara lain yang boleh kita lakukan. Jadi apakah yang boleh dilakukan agar kediaman anda sentiasa selamat dan terhindar dari bahaya?

PERABOT

Hindari Anak Dari Bahaya Dengan Tip Keselamatan Ini

Menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat, lebih daripada 130 kanak-kanak terbunuh akibat dihempap perabot antara tahun 2000 – 2006. Pastikan rak, almari dan perabot lain di pasangkan dengan sistem penyokong yang diskru kedinding. Anda juga boleh meletakkan barang-barang yang lebih berat pada bahagian bawah bagi memastikan almari lebih stabil.
Tutup semua penjuru perabot yang tajam dan keras dengan bumper tepi yang akan mengurangkan risiko terhantuk. Anda juga perlu menggantikan atau menempatkan semula pintu kabinet kaca, meja kopi atau bingkai gambar yang boleh mencederakan anak anda apabila berlaku kemalangan yang tidak diingini. Elakkan juga meletak mainan atau objek lain yang menarik di tempat-tempat yang tinggi supaya anak anda tidak memanjat dan membahayakan diri mereka.

TINGKAP

Hindari Anak Dari Bahaya Dengan Tip Keselamatan Ini

IKLAN

Jika anda mempunyai tingkap yang rendah, jangan lupa pasangkan stopper pada tingkap. Ia akan menghalang tetingkap anda daripada boleh dibuka melebihi dari 3 inci. Periksa material dan design langsir agar tidak terlalu berat atau mempunyai banyak juntaian yang boleh mencekik dan membahayakan kanak-kanak.

PERKAKAS RUMAH

Hindari Anak Dari Bahaya Dengan Tip Keselamatan Ini

Simpan semua produk yang mungkin akan mendatangkan bahaya di rumah seperti objek tajam, ubat-ubatan, dan barangan berharga di kabinet berkunci, jauh dari capaian anak-anak. Memang bahaya sekiranya mereka terjumpa salah satu objek tersebut kerana perasaan ingin tahu yang membuak buak pasti kan mendorong mereka melakukan perkara yang tidak kita sangkakan.
Jaga-jaga juga dengan objek kecil. Pastikan klip kertas, syiling, dan sebagainya tidak diletakkan merata-rata dan boleh dicapai anak kecil. Pasangkan selak keselamatan pada semua kabinet dan laci yang terletak pada bahagian yang rendah.

BARANGAN ELEKTRIK

IKLAN

Hindari Anak Dari Bahaya Dengan Tip Keselamatan Ini

Jari yang aktif dan otak yang cerdas tidak akan ada waktu berehat. Mereka suka mengembara dan amat minat dengan objek yang ‘asing’. Jadi jauhkan objek berat serta peralatan elektrik merbahaya dari pandangan mereka agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Tutup semua suis dan soket elektrik dengan penutup keselamatan apabila tidak digunakan. Anda juga boleh memasang kunci yang menjadikannya sukar untuk menarik keluar plug peralatan elektrik yang sedang digunakan.

DAPUR

Hindari Anak Dari Bahaya Dengan Tip Keselamatan Ini

IKLAN

Didapur, setiap penjuru boleh terdapat bahaya buat anak kecil yang lincah. Dapur memasak, periuk panas, pisau tajam dan alatan elektrik, semuanya terdapat dalam satu ruang kecil, Jadi untuk cara pantas, mudah dan sudah tentunya berkesan, pasangkan saja penghadang pada pintu masuk dapur anda bagi menghalang anak-anak dari menghampiri kawasan itu tanpa pengawasan.

BILIK AIR

Hindari Anak Dari Bahaya Dengan Tip Keselamatan Ini

Pastikan pintu tandas sentiasa ditutup dan jangan biarkan anak kecil anda mandi bersendirian. Selain itu anda juga boleh pasangkan lantai anti-slip bagi mengurangkan risiko jatu tergelincir.

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI