
Walaupun rumah nampak kemas luarannya, sebenarnya ada beberapa sudut yang kita selalu terlepas pandang. Benda kecil je, tapi kalau lama-lama dibiarkan, boleh jadi punca bau, habuk dan kuman tersembunyi. Jom tengok 6 spot yang wajib kita beri perhatian!
Bahagian ni memang jarang kita sentuh. Tapi sebenarnya, habuk, sisa makanan dan minyak boleh berkumpul kat sini. Bersihkan sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya peti sejuk tahan lama dan tidak berbau.
Ini antara tempat paling banyak disentuh tapi paling jarang dibersihkan! Guna tisu basah anti-bakteria untuk lap permukaan ni seminggu sekali. Kuman suka melekat dekat sini.
Debu akan terkumpul kat celah-celah bingkai tingkap, terutama sekali di celah getah dan rel. Langsir pula mudah perangkap habuk – jadi basuhlah dua ke tiga bulan sekali.
Atas kabinet dapur memang susah nak nampak sebab tinggi. Tapi kawasan ni kumpul habuk dan minyak masakan. Lap permukaan dengan campuran cuka dan air suam untuk bersih dan bebas bau.
Ramai ingat mesin basuh cuci sendiri – tapi hakikatnya, dalam tong tu pun boleh berkeladak dan berbau. Jalankan kitaran kosong dengan baking soda dan cuka sebulan sekali. Jangan lupa lap juga bahagian penutup dan getah.
Habuk dan rambut halus memang suka ‘berumah’ bawah karpet dan sofa. Angkat dan vakum sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk pastikan udara dalam rumah lebih bersih.
Rumah bersih bukan hanya yang nampak di mata. Bahagian-bahagian tersembunyi ni lah yang tentukan sama ada rumah betul-betul bersih dan sihat. Luangkan masa sikit, hasilnya rumah lebih segar dan bebas kuman.
Mesti Baca: Ubahsuai Rumah 2 Bulan, Shila Amzah & Keluarga Pindah Kondominium Sementara
Baca Lagi Di Sini: Lantai Jubin Meletup Bukan Perkara Aneh! Ini Punca Dan Cara Selesaikan!
Artikel Menarik:Jubin Pada ‘Table Top’ Tertanggal, DIY Tampal Balik Guna Gam Ini
IMPIANA: Semoga menjadi panduan bagi pemilik kediaman yang ingin memasang lantai sama ada kemasan SPC atau jubin seakan bercorak kayu.
Sumber: Syafiee Ariffin