Rata-rata rakyat Malaysia pernah mengalami atau mengenali seseorang yang pernah berhadapan dengan masalah anai-anai di kediaman mereka. Selain memberi ancaman terhadap struktur bangunan, masalah serangga perosak ini juga dilihat amat serius sehingga boleh menyebabkan kecederaan bahkan kematian. Mengikut berita, seorang pelajar perempuan jatuh dan kakinya tersekat apabila dia terpijak papan lantai yang telah reput akibat masalah anai-anai. Bahaya juga boleh timbul sekiranya anai-anai memakan bumbung menyebabkan risiko runtuh.
Disebabkan oleh sifat anai-anai yang makan rumah anda secara senyap, mereka sering ditemui hanya setelah kerosakan yang teruk telah dilakukan. Jangan tunggu lagi dan basmikan anai-anai sebelum terlambat!
1. Garam Dapur
Campurkan air garam dengan tembakau. Biarkan sekurang-kurangnya 24 jam. Sebelum disemburkan ke tempat yang berkemungkinan diserang anai-anai. Anda juga boleh menaburkan sahaja garam di sarang anai-anai. Walaubagaimanapun cara ini dianggap kurang efektif kerana garam hanya membasmi dibahagian permukaan sahaja.
2. Tembakau
IKLAN
Untuk kesan yang lebih efektif berbanding garam, anda boleh gunakan sahaja tembakau Campurkan dengan air lalu dibiarkan lebih kurang 12 jam agar tembakau larut sepenuhnya. Kemudian, semburkan air larutan tembakau itu pada kayu yang diserang dan juga sarang anai-anai.
3. Air Cucian Beras
Ramai yang tidak tahu air pertama daripada basuhan beras dapat mencegah anai-anai kerana ianya pekat. Anai-anai kurang gemar bau pekat beras ini. Siramkan atau sembur sahaja air bilasan beras tersebut pada sarang.
IKLAN
4. Air Kapur Sirih
Air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi anai-anai . Ini kerana air kapur bersifat hangat dan tidak disukai anai-anai kerana ia memiliki kulit yang tipis dan lembut. Oleh itu, siramkan air kapur sirih ke kayu yang diserang dan juga sarangnya.
IKLAN
5. Minyak Tanah + Serai
Caranya cukup mudah iaitu semburkan minyak tanah di kayu yang telah diserang anai-anai dan juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Untuk kesan yang lebih optimum, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
6. Racun
langkah terakhir yang boleh anda cuba adalah dengan menggunakan racun anai-anai. Pastikan anda mengikut betul-betul aturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kecelakaan yang tidak diingini. Jika kurang yakin untuk lakukan sendiri, anda boleh juga hubungi syarikat pest control yang berhampiran.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah tak dengar ungkapan, kalua nak tengok kebersihan seseorang tu, tengok bilik air nya” kenapa ye? Sebab bilik air lah tempat kita membersihkan diri. Kalau bilik air pun kotor, macam mana kebersihan diri pula. Walaupun dah dicuci hari-hari, dan bilik air sentiasa dalam keadaan bersih, ada beberapa perkara yang anda lupa untuk bersihkan. Antaranya:
KENAPA TAK TUTUP PENUTUP MANGKUK TANDAS?
Sebenarnya, ada sebab kenapa mangkuk tandas duduk dilengkapi dengan penutup. 60% responden tidak menutup mangkuk tandas mereka ketika mengepam (flush). Tabiat ini menyebabkan partikel air dari proses flush tadi akan terpercik keluar dari mangukuk dan mungkin terkena pada bahagian-bahagian lain di dalam tandas seperti berus gigi, sabun dan sebagainya. Menurut kajian dari Dr. Charles Gerba, bakteria yang terbebas boleh berada diudara agak lama sebelum menjumpai habitat yang sesuai. Oleh itu, jika anda seorang yang mementingkan kebersihan, pastikan menjadikan ia sebagai amalan
BAHAYA MENYIMPAN BERUS GIGI DI DALAM TEMPAT BERTUTUP
Mungkin anda rasa kaedah ini dapat menghindari berus gigi yang digunakan dari tercemar dengan bakteria. Hakikatnya, apabila berus gigi yang telah digunakan dan masih basah disimpan terus di dalam bekas bertutup ia lebih menggalakkan pembiakkan bakteria. Ini disebabkan, kondisi berus yang masih lembap ketika disimpan tidak dapat kering sepenuhnya dan menjadi habitat terbaik pembiakkan bakteria
JANGAN SIMPAN BARANG MAKE-UP DI DALAM BILIK AIR
Memang memudahkan anda bersolek jika barang make-up disimpan di dalam bilik air. Sebab itu, ada yang mengambil keputusan menyediakan bekas simpanan barang make-up di dalam bilik air. Sebenarnya, barang make-up anda tak kiralah lipstick atau berus tak sesuai disimpan di dalam bilik air. Kondisi bilik air yang lembap akan menggalakkan pembiakkan bakteria pada barang make-up anda walaupun disimpan di dalam bekas yang bertutup. Hal ini juga akan menyebabkan barang make-up cepat rosak.
TUKAR LUFFA ATAU BERUS BADAN SETIAP 3-4 MINGGU
Selagi tak lunyai, berus atau penyental badan akan digunakan. Silap tu, lagi kerap anda menggunkannya, lebih kerap ia perlu diganti. Ini disebabkan tekstur penyental yang berserabut terutamanya yang diperbuat dari serat petola menjadi habitat sempurnan bagi bakteria
SIDAI TUALA, BUKAN SANGKUT
“Good rule of thumb” tuala perlu dicuci atau ganti setiap lepas 3 kali digunakan. Itu pun jika anda sidai selepas digunakan. Tapi, jika anda sekadar sangkut atau gantung tuala, kondisinya yang lembap akan menggalakkan pembiakkan bakteria. Sebab tu, tuala mudah bertahi lalat
TAK ADA PENGUDARAAN
Jika bilik air anda dilengkapi dengan sistem pengudaraan tak kialah jenis kipas, tingkap atau sebagainya, pastikan ia sentiasa dibuka ketika anda menggunkannya dan 15-20 minit selepas. Ia bagi memberi peluang untuk mengurangkan kadar kelembapan di dalam bilik air dengan kadar segera
TAK PERNAH CUCI SHOWER CURTAIN
Ini lagi satu masalah yang ramai abaikan. Ada yang dah bertahi lalat jadinya. Sebaiknya, shower curtain perlu dicuci setiap bulan. Kalau malas sangat, cari je shower curtain jenis mudah dicuci menggunkan mesin basuh
BAKTERIA MUDAH MEMBIAK DI TELEFON BIMBIT
Mesti ramai buat tabiat membawa HP ke dalam bilik termenung kan? Sedar tak ia mudah menjadi tempat pencemaran bakteria. Walaupun anda mencucui tangan usia membuang, ada tak HP tersebut di cuci. Tak kan? FIKIR-FIKIRKAN
Sumber: https://www.goodhousekeeping.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah Hutan? Bunyi macam tempat percutian. Owhh, tidak sebenarnya Jungle House ini adalah Cafe yang menyediakan madu asli 100% terus untuk anda di luar sana. Ramai yang boleh menikmati madu terbaik dengan mudah. Baru-baru ini Jungle House melancarkan gedung madu dengan penuh gaya hidup moden cawangannya yang ke -9 di Bangsar.
Jungle House telah melancarkan jenamanya secara rasmi di Malaysia. Sebagai gedung madu terkhusus pertama di Malaysia, Jungle House menyerlahkan keunikannya dengan cogan kata “All Things Honey” (Segalanya Mengenai Madu) – menggalakkan orang ramai untuk menghargai madu dan membudayakan amalan menikmati madu dalam kalangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kesihatan.
Majlis ini turut meraikan pembukaan cawangan ke-9 Jungle House – dan yang pertama untuk membawakan konsep kafe di Jalan Telawi 3, Bangsar. Cawangan Bangsar menampilkan suasana tersendiri dengan ruang gaya hidup serba santai yang terbuka dan juga tertutup. Kafe ini menyajikan pelbagai makanan dan minuman berinspirasi madu termasuk Oat Sarapan Madu, Kek Madu Rusia, pelbagai jenis Croffles (gabungan croissant dan wafel), kopi madu, teh dan jus – semuanya digandingkan dengan jenis dan perisa madu yang khusus.
Kafe baharu ini membolehkan rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk untuk beristirahat seketika untuk menjamu selera atau menikmati minuman atau kek madu kegemaran mereka dalam persekitaran yang nyaman dan menenangkan. Mereka juga boleh membeli-belah di kedai runcit Jungle House yang menawarkan segala jenis produk madu, minuman, indung madu dan juga pelbagai set hadiah bertemakan madu yang direka anggun dan juga produk penjagaan peribadi seperti sabun madu, pelitup muka dan juga cenderahati lain.
Cawangan Jungle House yang lain terletak di Pusat Beli-Belah One Utama, Mid Valley Mega Mall, Pavilion Elite, Central I-City, D Pulses, IOI City Mall, & Queensway Mall, dan hanya menawarkan produk runcit.
Di majlis pelancaran media hari ini, pengasas dan pemilik bersama Jungle House, Encik Paul Poh dan Cik Ashley Lam mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan hidangan terbaharu dalam menu, iaitu “Honey-misu” – sejenis manisan yang sihat tetapi tidak kurang lazatnya, selain madu-madu terkenalnya – Royal Black & Royal White dan Signature Honey Variety.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Poh, Jungle House berhasrat untuk membawakan madu mentah asli dari sarang lebah terus ke rumah, dengan kerjasama komuniti orang asli terutamanya dari hutan belantara Indonesia dan juga Thailand dan Malaysia. Jungle House sentiasa berusaha menaik taraf dan menjamin kelestarian industri lebah, melindungi dunia dengan mengajar kaedah penjagaan lebah yang betul untuk menyelamatkan ekosistem dengan melindungi populasi lebah.
Jungle House mempunyai lebih daripada 10 jenis madu asli, monofloral, mentah, tulen, tanpa sebarang perisa tiruan termasuk Royal Black (nektar iaitu madu bunga yang diekstrak daripada pokok Mahoni), Royal White (nektar bunga Kiawe), Jungle’s Heart (nektar bunga Strawberi), Yellow Love (nektar bunga Linden), Sweettooth (nektar bunga mangga), Jungle’s Eye (nektar bunga longan), Pink Lady (nektar bunga kapas), Roast Cube (nektar bunga kopi), Citrus Bloom (nektar bunga oren) & Fruit Boss (nektar bunga durian).
“Kami menawarkan produk madu biasa dan juga madu hutan liar premium kepekatan tinggi seperti Royal Black dan Royal White yang sangat jarang ditemui dan mengandungi khasiat perubatan tinggi yang memberikan manfaat kesihatan. Sesungguhnya setiap titisan madu amat berharga dan jarang ditemui kerana bekalan rendah daripada hutan liar dan tidak diperolehi dari ladang. Oleh yang demikian, kita perlu memulihara koloni madu supaya ekosistem dan juga perniagaan adalah lestari,” jelas Paul.
“Kami bertekad untuk menjadikan madu mentah lebih mudah didapati dan mampu dibeli semua rakyat Malaysia. Kami juga menggalakkan orang ramai untuk menikmati madu sebagai pengalaman gaya hidup harian untuk meningkatkan kesihatan secara semula jadi.
Kisah bagaimana Jungle House diasaskan sememangnya amat menarik dan merupakan satu pengalaman semanis madu yang disediakan di gedungnya. Apa yang bermula sebagai pengembaraan menyusuri hutan tebal di Garut di Jawa Barat, Indonesia beberapa tahun lepas telah mencetus minat Paul dan Ashley terhadap madu apabila mereka terserempak dengan sekumpulan pemburu lebah asli yang memberi peluang kepada mereka mencuba madu hutan segar. Madu yang tulen, organik, mentah, tidak tercemar itu mempunyai perisa bunga yang dikunjungi lebah madu untuk nektar dan debunga, dan berbeza daripada madu yang pernah dirasai sebelum ini.
Ketika itu Paul baru berjinak-jinak dengan perniagaan madu, manakala Ashley sudah menceburi perniagaan runcit madu sejak 2007. Pada 2014 beliau menemui Paul yang terlibat dalam bidang kejuruteraan. Maka bermulalah kisah cinta yang bukan sahaja menyaksikan kedua-duanya mengikat tali kasih sayang, tetapi turut melahirkan sebuah perniagaan perkongsian bernama Jungle House pada 2018.
Ketua Pegawai Perniagaan Ashley Lam menerangkan, “Selain daripada minat membawakan madu yang sihat dan lazat ke bandar-bandar besar dan ke serata dunia, saya dan Paul tersentuh dengan sikap pemburu lebah yang baik hati dan pemurah. Mereka menghadapi pelbagai cabaran, kesukaran dan bahaya dalam kerja yang memberi mereka hanya sedikit pendapatan, tetapi tetap gigih mencari nafkah. Kami mahu membantu para pemburu lebah yang bekerja keras ini untuk meraih pendapatan yang sewajarnya sambil mengumpulkan madu secara bertanggungjawab,” kata Ashley.
Ashley menambah, “Dalam situasi endemik semasa, kita perlu hidup dengan Covid, oleh sebab itu kita perlu membina tahap keimunan badan dengan mengambil makanan sihat seperti madu. Memang menjadi matlamat kami untuk membuka Jungle House di bandar-bandar utama di Malaysia dan rantau ini menerusi proses pengembangan yang terancang dengan teliti. Kami komited untuk menambah baik dunia ini, sambil membawakan madu 100% tulen, asli, mentah dan organik kepada anda terus dari hutan-hutan dunia ke rumah anda.”
Di majlis tersebut pakar runding diet, Cik Indra Balaratnam berkongsi khasiat dan manfaat madu yang memang terkenal sebagai salah satu makanan unggul yang membantu meningkatkan keimunan badan. “Madu mempunyai pelbagai khasiat, serta kaya dengan mineral dan vitamin, antioksidan dan enzim yang membantu meningkatkan keimunan dan melindungi badan kita. Selain itu, madu mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antimikrob, yang baik untuk badan dan membantu meringankan gejala batuk dan sakit tekak, menjadikannya amat berguna untuk menentang gejala Coivd,” kata Indra.
Indra juga menunjukkan dua resipi, iaitu Salad Ayam Quinoa Dengan Vinaigrette Balsam Royal Black Jungle House dan Oat Semalaman Jungle House. Beliau berkata madu sebagai ramuan yang serba guna boleh diadun ke dalam pelbagai resipi untuk menambah rasa atau digunakan sebagai bahan utama. Madu ialah ramuan sesuai untuk menyerlahkan kreativiti kulinari, cita rasa dan kesihatan,” ujar Indra.
En. Deden Hamdan, yang dulunya seorang pegawai bank sebelum menjadi pemburu lebah sejak 10 tahun lepas menerangkan bahawa empat unsur alam, iaitu lebah, bunga, hutan dan cuaca membentuk ekosistem seimbang yang perlu wujud secara harmoni untuk memberikan rasa lazat, perisa tersendiri dan warna ambar madu. Beliau telah bekerjasama dengan Jungle House untuk membekalkan madu mentah kepada syarikat sejak 2018.
Deden berkata “Cabaran yang dihadapi oleh industri lebah adalah faktor alam sekitar seperti perubahan iklim & penebangan hutan dan penjual tidak beretika yang menjejaskan kualiti madu dengan mencampurkannya dengan bahan lain. Sebab itulah kita perlu berhati-hati untuk memastikan kualiti madu kita adalah yang paling tulen dan segar dan dikumpul, disimpan dan diangkut dalam keadaan yang paling cekap dan bersih”.
Kedua-dua daun ketumbar dan daun sup merupakan antara bahan yang dapat boleh menjadikan masakan lebih enak jika dicampur. Lauk pauk seperti sup, masak stim dan tomyan yang dimasak akan mengeluarkan aroma yang menyegarkan dan amat enak dimakan.
Sayangnya, jangka hayat bagi kedua dua jenis daun ini tidak panjang. Ia mudah lembik dan layu. Sudahlah satu ikat yang dibeli dari kedai boleh tahan banyaknya. Yang nak diguna pula sikit saja. Jadi apa nak buat dengan lebihan daun tu? Kalau disimpan dengan betul, minggu depan boleh guna lagi dalam masakan. Petua ini amat mudah malah tiada pembaziran yang berlaku. Jom ikut cara menyimpan ini!
CARA SIMPAN DAUN SUP DAN KETUMBAR AGAR TAHAN LAMA
Bahan yang diperlukan :
1. Daun sup/ daun ketumbar yang sudah dicuci bersih
2. Bekas kecil
3. Air
Cara-caranya :
1. Ambil daun sup/ daun ketumbar yang telah dibersihkan dan racik halus seperti biasa
2. Letakkan daun yang sudah dipotong kedalam bekas bersesuaian dengan saiz
3. Isi air kedalam bekas tadi sehingga daun-daun tenggelam
4. Tutup bekas dan simpan ke dalam peti sejuk beku
5. Apabila mahu digunakan, masukkan saja ke dalam sup
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.