Biarpun teknologi cat tanpa bau atau odorless telah diperkenalkan kepada umum, masih lagi yang merasakan cat menghasilkan bau kurang nyaman kepada ruang terutamanya sewaktu proses pengeringan. Malah, baki cat lama yang hendak digunakan semula juga mengeluarkan bau yang kurang nyaman. Bau cat yang keterlaluan mengakibatkan penghuni ruang merasa mual atau pening. Cuba tip di bawah dan nikmati rasa nyaman dalam ruang berwajah baru anda!
1. AIR & GARAM
Tinggalkan bekas campuran air garam dalam ruangan yang baru dicat dan biarkan selama beberapa jam, bau cat akan perlahan-lahan hilang.
2. JERUK & LEMON
Tinggalkan jeruk dalam bekas terbuka dan hirisan lemon di dalam ruang yang berbau cat, bau cat akan berkurang sedikit demi sedikit.
Ads
3. NENAS
Buah ini mampu menyerap aroma cat. Letakkan sejumlah nenas dalam ruangan dan bau cat akan berkurang dan menghasilkan bau segar.
Ads
4. SERBUK KOPI & VANILA
Campurkan serbuk kopi dan vanila ke dalam satu mangkuk, letakkan mangkuk tersebut di sudut-sudut ruang yang baru dicaat dan serbuk tersebut akan perlahan-lahan menyerap bau cat tersebut.
Ads
5. AIR CUKA
Sifat cuka yang masam akan meneutralkan bau cat. Caranya adalah dengan menuangkan cuka secukupnya ke dalam sebuah mangkuk, dan letakkan mangkuk tersebut ditengah ruangan yang baru dicat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Adakala kita merasakan sebuah ruang kediaman itu, cukup cantik walaupun dihias dengan pelbagai warna dan aksesori. Namun apakah agaknya rahsia ruang kediaman seumpama ini boleh nampak cantik dan menarik sedangkan pelbagai warna dimasukkan seperti air batu campur?
Konsep yang selari. – Pastikan pemilihan perabot anda harmoni dan selari dengan imej ruang yang hendak anda paparkan. Selalunya gaya kedesaan yang humble, kolonial yang kreatif, konsep Inggeris yang bijak menyesuai padan dan kontemporari yang agak terbuka dalam mewarna hias ruang.
Pemilihan warna saya senada – Pastikan anda memilih warna yang senada. Elakkan memilih warna yang gelap dan kedam. Warna -warna bunga-bungaan adalah yang terbaik.
Pencahayaan semula jadi yang bagus – Pastikan ruang kediaman anda, terang dan sedap mata memandang. Tapisan cahaya semula jadi dengan langsir sheer menjadikan ruang tampil santai dan eksklusif.
Aksesori yang menarik – padanan aksesori dan juga kemasan lembut juga mampu memberi impak yang bagus. Padanan kontra antara perabot aksesori dan kemasan lembut menjadikan suasana nampak meriah. Cuma elakkan emilih terlalu banyak warna. Cukup dua atau tiga.
Warna latar utama membangkit aura – Selalunya putih dijadikan latar utama agar semua warna ini akan menarik dan menyerlah. Jika memilih fabrik bercorak pun jika boleh biarlah latarnya putih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kabinet dapur antara item yang mampu melengkapkan ruangan dapur anda. Kabinet dapur dipilih berasaskan material, reka bentuk, fungsi dan kos. Setiap jenis material kabinet mempunyai kebaikan dan kekurangannya sendiri. Jadi bagi anda yang ingin memilih kabinet jenis aluminium, ini merupakan kelebihannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sudahlah penat seharian dalam kereta dari kampung, sampai-sampai tengok menimbun pulak baju kat bakul yang nak kena cuci. Kita sebagai ibu yang superpower ni, selalu rasa tertekan.
Arghhh!
Belum lagi campur anak-anak yang bergaduh sesama sendiri. Terjerit-jerit sambil berlari ke sana-sini. Dengan ruang tamu yang bersepah, mainan yang tidak sempat kemas dan mungkin ada air yang tumpah kena langgar dengan anak.
Ada pula suami yang minta isteri masak makan malam. Tidak mahu makan luar, mahu rasa air tangan isteri katanya. Bila isteri mula jeling suami, dia akan jeling sekali lagi baju kotor yang bertimbun. Walaupun semakin stress rasanya, bertabahlah wahai hati.
Badan penat, mahu rehat. Otak kata jangan, ada banyak benda nak kena setel. Biasa dengan situasi sebegini? Rileks, anda tidak keseorangan. Sebenarnya ada banyak cara untuk meringankan beban kita untuk cuci baju ni.Kami kongsikan pula 5 tips basuh baju paling mudah:-
1. Mintak tolong cik abang sayang kita
Bagi suami-suami di luar sana, hargailah anda sebagai isteri dengan tolong membasuh baju. Bukan susah mana pun, kutip baju dari bakul, masuk mesin basuh, tuang pencuci dan tunggu cucian siap.
Kita sebagai isteri ni pulak, pandai-pandai lah masak makanan kegemaran suami sedap-sedap. Pasti beliau ringan tangan nak menolong.
Kalau rajin, lepas siap cuci, tolong sidai sekali. Kalau suami tolong lipat sekali, boleh bagi ‘upah‘.
2. Buat jadual basuh baju, gilir-gilir lagi bagus
Ingat, jangan hujung minggu baru nak basuh semua sekali. Hujung minggu sepatutnya boleh rehat.
Dengan cuaca yang tidak menentu, kadang hujan kadang panas; apa kata kita tetapkan jadual membasuh. Isnin basuh baju kita dan pasangan, hari Rabu pula basuh baju anak-anak, hari Jumaat basuh baju baby pula.
Tapi kalau banyak sangat, mungkin boleh tukar jadual sikit, Isnin basuh baju kita dan pasangan, selang 2 hari (Rabu) basuh baju anak-anak dan baby, selang 2 hari lagi (Jumaat) basuh baju kita dan seterusnya. Nampak mudah dan senang untuk diamalkan bukan? Lagi bagus kalau gilir-gilar basuh baju antara suami dan isteri. Tentu lebih erat kasih sayang.
3. Asingkan baju terlebih dahulu
Baju yang ingin dipakai untuk solat, asingkan. Baju anak-anak asingkan. Kenapa kena asingkan terlebih dahulu? Pertama, kita tidak mahu najis bercampur dengan baju yang kita guna untuk solat. Kedua, proses sidai baju akan lebih mudah.
Baju anak-anak biasanya kecil. Ia sangat rumit dan leceh untuk sidai. Kalau baju orang dewasa agak besar, senang nak sidai atau guna hanger sahaja. Kalau dua-dua jenis saiz ini bercampur, kita yang akan jadi stress.
4. Basuh di kedai dobi 24 jam
Ramai mesti perasan yang kedai dobi 24 jam kini semakin bercambah dan tumbuh bak cendawan lepas hujan. Kalau dah tak larat nak basuh sendiri tu, apa kata anda basuh je di kedai dobi 24 jam.
Sekarang kedai dobi macam ni pun dah ada sediakan kemudahan WiFi, kerusi urut, sofa, televisyen dan sebagainya. Sambil menunggu baju nak siap, macam-macam boleh buat kan? Boleh lah ber-FB untuk dapatkan informasi terkini di sekeliling kita atau melayari internet untuk dapatkan tips-tips berguna seperti ini.
5. Pakai baju atau seluar 2 kali baru basuh.
Teringat zaman sekolah asrama mahu pun di universiti dulu. Kalau baju tu masih elok dan tak kotor sangat, apa kata simpan dan gantung elok-elok untuk dipakai 2-3 hari kemudian. Contohnya, seluar jeans takkan pakai sekali terus basuh? Atau pergi kedai 10 minit pakai baju baru, takkan nak terus basuh? Kalau pakai sekejap terus basuh, akan jadi Gunung Everest la nanti.
Tapi jangan pula pakai baju yang sama dua hari berturut-turut, nanti terkantoi pula dengan orang. Ingat baju dan seluar sahaja ya, bukannya seluar dalam. Rasa tak bersih pula nanti.
6. Guna mesin basuh serbaguna
Mesin basuh zaman sekarang semakin canggih. Ada banyak ciri-ciri membasuh yang kita tidak pernah terfikir.
Boleh bersihkan diri sendiri?
Ini rare!. Mesin basuh ini juga berupaya mencuci dalamannya sendiri supaya setiap kotoran akan terkeluar secara automatik dan tidak memberi kesan kotoran pada cucian anda seterusnya. Bakteria tidak dapat membiak dan tahap kesihatan anda sekeluarga turut meningkat.
Basuh banyak-banyak sekaligus
Kalau anak-anak semua jenis macam artis, yang suka tukar baju 3-4 kali sehari, anda kena dapatkan mesin basuh yang boleh sumbat banyak baju.
Dengan berkapasiti tinggi sehingga 20kg, anda tidak lagi perlu membasuh secara kerap. Sumbat sekali semua, setel! Tak perlu nak pening kepala tunggu turn untuk basuh baju dari bakul lain.
Seperkara lagi, walaupun nampak seperti perlukan air yang banyak, tetapi teknologi mesin basuh ini dapat mengurangkan penggunaan air dengan lebih efisien. Nampak tak? Jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.