Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen tabur ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. IMPIANA bawakan tip bagaimana berguna untuk anda bagi memanjangkan hayat aksesori ini agar sentiasa kelihatan baru.
1.Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2.Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
Ads
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
Ads
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pisau antara peralatan yang paling penting di dapur. Nak potong daging, sayur, buah, bawang, kentang dan sebagainya semua perlukan penggunaan pisau. Memiliki pisau yang tajam pasti akan mempercepatkan tugasan memasak.
Pisau yang kerap digunakan dan tidak dijaga dengan betul, pasti akan tumpul. Kalau pisau dah tumpul, memang susah la nak potong bahan-bahan untuk memasak. Malah menurut kajian, lebih kerap terjadi ‘kemalangan di dapur’ akibat menggunakan pisau yang tumpul berbanding pisau yang tajam. Jadi kalau nak elak berlaku kecederaan yang tidak diingini, jom kita ikuti tips penjagaan pisau dapur yang dikongsikan di bawah ini.
1) Pisau Berkualiti– Perkara yang paling utama adalah membeli pisau yang berkualiti iaitu diperbuat dari jenis yang tidak mudah berkarat. Anda boleh pilih sama ada menggunakan pisau jenis stainless steel atau pisau yang diperbuat dari bahan keramik.
2) Kegunaan Yang Sesuai Dengan Fungsi – Pisau datang dalam pelbagai saiz dan fungsi yang berbeza. Pastikan anda tahu menggunakan saiz pisau yang berbeza mengikut fungsinya. Contoh pisau roti untuk memotong roti . Jangan pula anda guna pisau pemotong roti untuk memotong daging atau bahan makanan yang keras. Jika salah kegunaannya pasti pisau tersebut tidak akan tahan lama.
3) Jaga Kebersihan Pisau– Setiap kali selepas menggunakan pisau, pastikan anda cuci dengan bahan pencuci pinggan mangkuk dan air yang bersih. Selepas itu lap dengan kain yang kering dan bersih. Simpan pisau di tempat yang sesuai dan kering. Pisau yang dijaga dengan baik akan tahan lebih lama dan tidak mudah tumpul.
4) Kerap Mengasah Pisau – Pisau yang digunakan berulang-ulang kali, perlu diasah sekali sekala. Beli alat mengasah yang sesuai untuk mengasah pisau-pisau dapur yang telah mula menunjukkan tanda-tanda tumpul. Selalunya pisau pemotong daging yang perlu diasah dengan lebih kerap berbanding pisau-pisau lain.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Biarpun ada pelbagai barangan atau peralatan yang memudahkan kerja kita namun, cara lama masih praktikal untuk diamalkan dan hasilnya lebih berkesan. Selain menjimatkan wang, cara ini juga diyakini selamat.
1. Mengharumkan dapur Jika dapur anda berbau kurang menyenangkan seperti hanyir, rebus beberapa keping kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lap air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur.
2. Membersihkan minyak goreng Kebiasaannya, minyak menjadi hitam selepas digunakan. Jadi untuk menghilangkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan goreng anda. Asam tadi akan menyerap hitam yang ada di dalam minyak dan hasilnya, anda dapat mengguna minyak itu beberapa kali. Selain asam gelugur, anda juga boleh gunakan halia yang dihiris nipis.
3. Membersihkan kesan hangus Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam dan anda boleh guna air campuran itu untuk membersih periuk atau kuali seperti biasa.
4. Menghilangkan bau cili pada mesin pengisar Bau cili sukar untuk dihilangkan walaupun dibersih menggunakan sabun. Apa kata kali ini anda cuba hilangkannya dengan mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Biskut ini akan menyerap semua bau cili tadi.
5. Elak semut di dalam gula Kita sering berhadapan dengan masalah semut di dalam gula. Bagi mengelakkannya, anda boleh sapu minyak masak pada sekeliling permukaan bekas untuk menghalang semut masuk ke dalamnya. Anda juga boleh masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih ke dalam bekas gula.
6. Pisau mesin pengisar kembali tajam Kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Pisau yang tumpul akan kembali tajam.
7. Menghilangkan kesan minyak di dapur Sewaktu menggoreng, minyak akan tepercik ke seluruh kawasan terutama lantai. Membersihkannya cukup mudah jika betul caranya. Tabur tepung gandum secukupnya pada lantai yang terkena minyak. Kemudian, cuci menggunakan air sabun dan lap sehingga kering. Kesan licin akan hilang.
8. Mengelakkan kuali melekat Selepas memasak atau menumis, masukkan semangkuk air biasa ke dalam kuali. Masak air sehingga mendidih. Selepas itu, basuh kuali seperti biasa.
9. Menghalau tikus Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. Selepas beberapa hari, tikus tiada lagi.
10. Menghalau lalat Masalah lalat di dapur mampu mengganggu kerja-kerja memasak. Untuk menghalaunya, anda perlu menitiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Kemudian lap sekitar dapur terutama pada permukaan meja, kabinet dapur dan tempat-tempat lain menggunakan kain itu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Melihat tumbuhan di dalam rumah tumbuh menghijau dan berwarna-warni pasti akan memberikan ketenangan. Namun, jika pokok yang ditanam mendatangkan pelbagai masalah seperti di serang perosak dan penyakit pasti perasaan sebaliknya akan berlaku. Untuk memastikan indoor plant yang ditanam tidak mati dan menimbulkan masalah beberapa perkara dari peringkat awal tanaman perlulah di kenal pasti dan di lakukan.
Untuk memastikan indoor plant anda sihat dan cantik bukan sesuatu perkara yang susah, cukup sekadar memberi perhatian kepada keperluan asasnya dan memeliharanya dari sebarang jenis masalah dan penyakit.T
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.