Kelengkapan rumah semuanya sudah lengkap, tetapi hati kecil anda masih lagi berdetik mengatakan bahawa ‘ada lagi yang kurang ni’, oleh itu IMPIANA gariskan beberapa panduan serta senaraikan 5 item yang patut ada dalam rumah anda agar anda lebih selesa tetapi mungkin ianya terlepas pandang.
Lampu membaca
Jika kediaman anda mempunyai lampu limpah atau spotlight yang cantik, ianya sesuai untuk tetamu dan segala aktiviti sosial di ruang tamu, tetapi untuk membaca, anda perlukan lampu lain yang lebih sesuai untuk membuatkan pengalaman membaca anda lebih bermakna di ruangan lain.
Kerusi malas/ Buaian santai
Di Malaysia, selalu kita lihat kerusi malas atau buaian sebegini banyak diletakkan di ruang laman, patio atau di balkoni, tetapi tahukah anda kerusi sebegini kalau diposisikan dengan betul di ruang tamu, pasti memberi kejutan serta trend setter terkini di negara kita. Kalau ada pun kerusi sebegini, ianya adalah buaian bayi, jangan ingat bayi sahaja ingin dibuai, orang dewasa pun mahu dibuai. Ianya sesuai untuk menambahkan elemen santai ruang dalaman kediaman anda.
Ads
Sentuhan tumbuhan hijau
Sudah siap, tapi masih ada rasa kosong, alternatif lain adalah letakkan pokok bersiaz sederhana di penjuru ruang tamu. Percayalah rasa kosong anda tadi akan hilang kerana ada ‘benda’ hidup di ruang tamu anda. Terdapat pelbagai jenis indoor plant di pasaran, pilih satu yang berkenan!
Rak buku dan majalah
Ads
Elakkan buku yang bertimbun serta surat khabar bersepah daripada menyakitkan pandangan mata anda dengan mewujudkan rak buku serta tempat menyusun surat khabar. Tidak kisah rak anda mahal atau buruk, asalkan ianya membuatkan ruang tamu anda nampak tersusun serta teratur.
Ads
Troli makanan/minuman
Isu lauk tertumpah dan minuman jatuh dari pegangan sudah selesai jika anda menggunakan troli setingkat atau dua tingkat. Troli ini dapat memudahkan lagi kerja anda. Terdapat juga pelbagai jenis material sama ada kayu atau stainless steel, terpulang pada bajet anda. Selain mudah alih ia juga akan membuatkan ruang anda tampil lebi9h elegan..
IMPIANA sudah senaraikan beberapa item, yang mana tiada dalam rumah anda, boleh cuba penuhinya melalui rujukan artikel ini, Selamat mencuba!!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pada zaman kini rata-rata wanita berpendidikan tinggi dan berkerjaya. Tenaga serta khidmat mereka tidak dinafikan antara penyumbang penting dalam memajukan agensi dan syarikat tempat mereka berkhidmat. Gaya hidup wanita-wanita bekerja ini semestinya berbeza kerana komitmen yang menuntut mereka membahagikan masa dengan bijak di rumah dan juga di pejabat. Jom semak apa pandangan Editor Impiana selepas mencuba rangkaian pencuci TOP teknologi baru Micro-Clean Tech™.
Perkara paling penting selain menguruskan rumahtangga sudah pastilah berkaitan pakaian. Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai ibu bekerjaya kebersihan pakaian ahli keluarga menjadi agenda penting dan tidak diabaikan. Mujurlah ada TOP yang memperkenalkan teknologi baru dalam inovasi terunggul pencucinya. Detergen TOP dengan ciri anti sebum dan Micro-Clean Tech™ mampu menembusi hingga ke teras fabrik dan berupaya menanggalkan kotoran dari kesan tumpahan tomato, kicap, lumpur, coklat dan sebagainya. Masa mencuci pakaian anak-anak dapat dijimatkan dengan efektif sekali.
Rangkaian Blooming dilengkapi teknologi pewangi Freshcare membuatkan fabrik kekal harum dan segar sehingga 30 hari* selepas cucian. Justeru itu, tidak perlu risau andai pakaian berbau kurang enak kerana lambat dikeringkan ketika cuaca hujan atau pun mendung. Menyidai pakaian di dalam rumah juga bukan lagi satu masalah.
Waktu pagi adalah waktu kritikal kerana ketika ini lah ingin menyiapkan anak-anak ke sekolah, suami pula ke tempat kerja. Mood baik di waktu pagi sangat penting kerana ia mampu membuatkan urusan mereka berjalan lancar. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka saat menyarungkan pakaian bersih dan harum.
4. Teknologi anti sebum secara berkesan mampu menarik segala kesan peluh dan kotoran degilyang melekat pada baju. Hasil baju selepas cucian diyakini bersih sebersihnya sehingga ke liang fabrik paling halus. Masalah kotoran pada kawasan seperti kolar baju dan pergelangan tangan hilang sama sekali. Pakaian juga kelihatan bersinar dan putih bersih. Hati begitu senang dan gembira kerana mencuci pakaian kini semakin memudahkan.
5. Masa dapat dijimatkan dengan banyak kerana keberkesanan pencuci ini membantu dalam urusan seharian. Kini kehidupan lebih berkualiti dapat dihabiskan bersama ahli keluarga tersayang. Hujung minggu adalah waktu bergembira untuk outing kerana masalah cucian kini diselesaikan oleh TOP.
*Berdasarkan ujian makmal bebas di Jepun
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika bercakap tentang teknologi, satu perkara yang boleh kita persetujui ialah ianya sentiasa boleh ditambah baik. Tidak kira betapa pintarnya ciptaan tersebut, pasti ada kekurangan. Hal ini termasuklah gadget atau alatan elektronik yang mempunyai wayar atau kabel berselirat dan berpintal-pintal seperti yang terdapat pada tv, wi-fi, telefon, komputer dan bermacam lagi barang dirumah yang bukan sahaja merimaskan, malah memburukkan pemandangan. Aktiviti mengemas rumah juga pasti akan terbantut dengan kehadiran wayar-wayar yang mengganggu dan menyakitkan mata tersebut. Selagi boleh disorok, memang kita selit saja wayar dimana-mana tapi bila sudah terlalu banyak, panjang dan berbelit, nak tak nak terpaksa biarkan berjuntai dan tidak berkemas.
Tapi tahukah anda bahawa dengan sedikit kreativiti, anda boleh menukar ‘keserabutan’ tersebut menjadi lebih kemas dan menarik? Dan yang penting, tak perlu berbelanja banyak pun untuk menjadikan kediaman anda lebih selesa dan sedap mata memandang. Disini IMPIANA sudah kumpulkan beberapa idea bernas yang boleh anda jadikan panduan dan ilham. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang serabut lihat dinding yang penuh dengan suis ini.
Bagi yang suka rumah dalam keadaan tersusun, mungkin akan nampak ruang dinding ini tak kemas dan mencari cara untuk memastikan ia nampak teratur atau menutupinya. Antara idea yang boleh dipraktikkan adalah dari Siti Fatimah Ahmad ini.
Idea cover dinding banyak suis
Sebelum ini kalau ambil pic mesti dinding ni dielakkan. Rasa macam tak elok gambar yang diambil sebab kedudukkan suiz, loceng dan kotak MCB yang berselerak.
Jadi saya build in satu kabinet untuk cover semua bahagian dan cuba pelbagaikan kegunaan untuk menyimpan kunci dan bil- bil rumah.. Taraa ini lah hasilnya…
Boleh panggil tukang buat kabinet buat macam ni. Selain ‘cover semua suis dan kotak MCB, kabinet ini juga pelbagai guna.
Bahagian atas jadi tempat letak kunci. Bahagian bawah boleh jadi tempat letak kasut.
Cantik deko bila dah tambah dengan kabinet pelbagai guna.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...