Dengar macam mustahil tetapi percaya atau tidak, yang anda boleh memberi wajah baru pada kediaman tanpa perlu membayar apa apa pun! YA. Anda hanya memerlukan sedikit kreativiti, imaginasi dan kerajinan untuk melakukannya. Tidak perlu rasa terbeban memikirkan ruang tamu yang kelihatan hambar dan bilik tidur yang tidak lagi menarik kerana hanya dengan sedikit perubahan, ruangan tersebut akan dengan serta merta berubah menjadi seperti sebuah ruangan yang baru.
Mari ikuti tip-tip ini untuk upgrade rumah yang lama menjadi baru tanpa perlu mengeluarkan sebarang belanja.
Perbaharui Susun Atur Ruang Tamu
Pertama sekali, cuba tanya pada diri anda, “Adakah ruang tamu saya ini berfungsi sepenuhnya dengan baik?”. Mungkin produktiviti ruang tamu yang biasanya kita guna hanyalah 40%. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan fungsi selebihnya? Majoriti ruang tamu boleh diperbaiki dengan hanya menggerakkan perabot.
Tukarkan ruang tamu anda menjadi lebih mesra pengguna; bukan saja untuk menonton TV tetapi juga mempunyai suasana yang menggalakkan perbualan. Jika anda masih tidak tahu, kerusi tidak semestinya perlu dirapatkan ke dinding. Jadi anda boleh alihkan sofa dan kerusi-kerusi lain agar lebih dekat antara satu sama lain bagi mewujudkan kenyamanan.
Ads
Wujudkan Dinding Galeri
Daripada anda gantungkan gambar-gambar kenangan peribadi merata diseluruh rumah, lebih elok jika anda kumpulkan semua gambar berharga tersebut dan gantungkannya pada satu dinding yang juga boleh dijadikan sebagai focal point sesebuah ruang. Bergantung pada berapa ukuran dinding, anda boleh susun bingkai gambar mengikut kesesuaian tetapi pastikan anda tidak menggantung terlalu banyak bingkai bersaiz kecil kerana ia akan membuatkan dinding nampak semak dan sibuk.
Waktu Untuk Spring-Cleaning !
Melainkan barangan tersebut ;
a) masih berguna
b) mempunyai nilai sentimental
Selain itu, buangkan saja. Proses decluttering ini akan membuatkan anda rasa lebih baik dan ruang akan terasa lebih nyaman dan ‘ringan’. Rumah anda bukan stor jadi apa apa objek yang tidak lagi memberi kemudahan dalam kehidupan seharian anda pelu dihapuskan atau dibawa keluar dari rumah.
Ads
Ubah Kedudukan Katil
Sedar atau tidak, mungkin anda telah letakkan katil pada dinding yang salah. Jangan khuatir, inilah masa yang sesuai untuk anda fikirkan susun atur yang baru untuk ruang paling intim dalam rumah anda.
Dengan pengecualian tertentu, katil seharusnya diletakkan di dinding yang paling ‘panjang’ di dalam bilik. Jika anda letakkan katil di dinding yang lebih pendek, ia akan memberi banyak ruang mati di kaki katil dan menjadikan bilik anda kelihatan lebih kecil dari saiz sebenar.
Ads
‘Hidupkan’ Pasu Yang Kosong
Perkara yang paling mudah anda boleh buat untuk mendapatkan nafas baru buat sesebuah ruang. Dengan sedikit tumbuh-tumbuhan hijau di rumah anda boleh membawa kesegaran taman masuk kedalam. Anda tidak perlu membeli pun, cukup saja dengan dedaun hijau yang anda boleh jumpa diluar rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Binaan taman kecil dengan keluasan kebun 3x4m yang dikelilingi batu-batu yang membuatkan ruang laman ini menyuntik aura semulajadi. Binaan atap yang dibina dengan kayu disisir rapi ini memberi pencahayaan telus ke ruang tersebut.
Taman kecil adalah tema rumah ini. Taman ini adalah teras untuk akses ke rumah dari jalan luar. Ruang makan juga terletak di luar yang berhampiran dengan tempat bersantai .
Jika anda pernah ke negara Jepun pasti pernah melihat bagaimana cara penempatan atau pola kediaman di sana. Di bandar Jepun, di mana rumah akan disusun sebaris jika di kawasan kecil, sukar untuk memperuntukkan ruang untuk taman. Pereka kediaman ini berusaha menyelesaikan kesulitan itu dengan merancang mekanisme perancangan perumahan.
Pertama, ruang dalam rumah dibahagikan kepada isipadu utama iaitu ruang tamu, dapur, dan ruang yang lain. Manakala sub volume untuk ruang lain dibina dengan bilik tidur dan bilik mandi.
Rekaan unik ini mencipta ruang untuk taman membuatkan ia tampil lebih sempurna untuk sebuah kediaman. Kaedah binaan ini nampak mudah, tetapi mempunyai kesan sebaliknya iaitu bayangan bangunan untuk menggabungkannya ke sekitarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Bangunan dan taman bersatu menjadi sebahagian daripada pemandangan bandar.
Rumah-rumah di kedua-dua sisi dirancang dengan cara yang sama. Dengan itu ia membuatkan rumah berlaman kecil ini nampak lebih menonjol.
Boleh jadikan inspirasi!
Kredit:
Rumah KAKAMIGAHARA, JAPAN
Architects: Plan21
Gambar: Akira Ueda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Buat pertama kalinya, penyanyi Lisa Blackpink tayang rumahnya melalui vlog di saluran YouTube LLOUD. Vlog pertama saluran agensi itu dikeluarkan sempena dengan hari lahir Lisa pada 27 Mac 2024 lepas.
Khabarnya, Lisa membeli rumah memiliki keluasan sebesar 655 meter persegi itu yang dijual dengan harga 7.5 bilion won (RM25.9 juta) pada Januari 2024. Dibina pada April 2016 dengan tingkat bawah tanah dengan dua tingkat di atas tanah, rumah itu terletak di perkampungan mewah di kawasan terkenal itu. Malah kediaman itu dilaporkan merupakan bekas tempat tinggal cucu Jang Sun-yoon iaitu mendiang pengerusi Lotte Group.
Jom kita intai rumah antara wanita tercantik di dunia ini.
Rumah Lisa BLACKPINK mempunyai gaya minimalis moden yang didominasi oleh warna putih.
2. Rumah Lisa terletak lebih tinggi daripada jalan utama, jadi anda perlu menaiki beberapa anak tangga untuk ke pintu masuk.
3. Lisa memilih pintu besar dengan satu bukaan sebagai pintu utama. Warna kelabu gelap memberi kesan moden.
4. Apabila pintu utama dibuka, terdapat ruang legar dengan dinding yang dihiasi dengan teknik acuan dinding.
5. Dari ruang legar, terdapat sejenis lorong menuju ke bilik utama. Tidak banyak perabot dan hiasan di lorong itu.
6. Ruang tengah rumah Lisa dihias dengan hiasan hari jadi. Kerana, video ini dibuat untuk menyambut hari lahir Lisa.
7. Bilik tengah ini direka bentuk dengan siling tinggi, jadi ia mempunyai kesan yang luas.
8. Lisa juga mempunyai akses khas ke garaj. Lisa kelihatan bangga mempamerkan legging dalam bentuk huruf awalnya.
Masalah atau isu hartanah kini telah menjadi satu topik Nasional. Acap kali kita mendengar masa kini banyak rumah tidak dapat dijual kerana kini bukan mudah untuk mendapatkan pinjaman bank atau loan perumahan. Ini mungkin salah satu penyebab, tetapi sebenarnya mungkin ramai diluar sana sudah mempunyai aset sendiri, tetapi tidak boleh mengembangkan aset tersebut. Mungkin ramai diluar sana yang mempunyai masalah yang begini? Apa sebenarnya punca ini berlaku yang menyebabkan anda diluar sana menjadi terdesak dengan situasi begini.
Memiliki hartanah sendiri adalah satu perkara wajib yang perlu diambil kira dalam perancangan kehidupan. Tetapi ramai pula anak muda masa kini yang suka menyewa dari memiliki. Ini juga satu masalah yang dihadapi. Kali ini IMPIANA tidak mengupas isu rumah sewa atau sendiri, tetapi IMPIANA ingin berkongsi cerita atau topik lambakan hartanah atau rumah yang tidak terjual.
Baru-baru ini ada kajian yang mengatakan terdapat 20 billion rumah tidak terjual pada masa kini, tetapi yang paling tidak disangka rumah yang berharga bawah RM 400,000 yang paling banyak tidak terjual. Di manakah silapnya, adakah rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri atau sebaliknya. Di sini IMPIANA menjemput Pejuang hartanah yang tidak asing lagi iaitu Ahyat Ishak dan Pemilik Hiasan Dalaman, Mamy Home untuk mengupas dan membantu pemilik kediaman yang berhasrat untuk menjual rumah mereka tetapi tidak ada jalan pada masa kini.
Kupasan yang cukup mantap dan jelas mengenai hartanah ini pastinya dapat membantu ramai pemilik diluar sana dalam menangani masalah hartanah ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!