Apabila bercuti panjang atau pulang ke kampung, biasanya bagi yang gemar berkebun akan resah dan gelisah kerana meninggalkan kediaman bermaksud pokok-pokok juga akan ditinggalkan tanpa siraman. Ada kalanya apabila meninggalkan kediaman selama seminggu atau dua minggu, tanaman akan layu, mati atau pun daun dan bunga jatuh berguguran. Berikut LAMAN konsikan tip bagaimana anda boleh menghindarkan perkara ini berlaku dengan beberapa kaedah.
1. Penggunaan sprinkler tidak dinafikan sangat membantu walaupun ia melibatkan kos yang agak tinggi. Ramai yang menggunakan sprinkler kerana tidak perlu lagi terkejar-kejar untuk menyiram tanaman setiap hari. Ini kerana timer yang telah di set akan melakukan kerjanya tanpa masalah. Malah sprinkler juga dapat menjimatkan penggunaan air dan mengelakkan pembaziran.
2. Antara teknik lain ialah anda menghasilkan sendiri siraman automatik dengan menggunakan botol air mineral terpakai. Kaedah ini adalah alternatif untuk siraman tetapi dengan bajet yang sangat rendah. Anda cuma perlu rajin mencari botol mineral terpakai dan membuat kerja-kerja menebuk.
IKLAN
3. Sungkupan juga salah satu cara untuk menghalang tanaman daripada kering melampau dan seterusnya mati. Anda boleh menggunakan sungkupan sabut kelapa ini kemudian basahkan ia agar betul-betul lencun. Sebelum itu siram juga tanaman terlebih dahulu agar tanahnya juga betul-betul basah.
IKLAN
4. Anda juga boleh menggunakan proses pengewulapan dengan meletakkan sebaldi air di tengah-tengah tanaman. Secara tidak langsung tanaman dapat menyerap lembapan daripada air yang tersedia berikut.
IKLAN
5. Akhir sekali anda boleh melakukan pangkasan agar tanaman tersebut tidak memerlukan air yang banyak sepanjang ketiadaan anda. Pangkas daun dalam jumlah yang banyak, tidak perlu risau kerana ia akan tumbuh semula selepas anda pulang dari bercuti. Apabila daun dipangkas maka anda hanya perlu menyalurkan kuantiti air dalam jumlah yang sedikit.
Kebiasaannya, kalau nampak serangga di sekitar laman mesti anda ingat ia satu ancaman kepada tanaman. Sebenarnya, tidak semua serangga pemusnah taman, ada juga yang memberi manfaat. Berikut, 10 jenis serangga yang anda patut ternak di laman atau kebun.
1. Mentadak mentadu
Dah lama betul tak tengok mentadak mentadu ni kan. Apa yang akan anda lakukan jika jumpa serangga yang mempunyai karekter menarik ni? Mesti anda akan tanya, “Mentadak Mentadu, Macam mana _____ tidur?” betul tak. Tapi sebenarnya serangga ini datang ke laman anda atas tujuan hakikinya. iaitu mencari makanan.
Makanan kegemaran mentadak mentadu adalah seperti grub, pepijat, aphid, belalang, cengkerik, lalat dan lain-lain. Mentadak juga dikategorikan sebagai serangga yang pelahap kerana tabiat makanan nya yang laju dan cepat. Jadi, ia boleh memusnahkan serangga perosak yang terdapat di laman anda dengan cepat.
2. Lebah
Lebah membantu pendebungaan. Jika anda ada tanam pokok seperti tomato, tembikai, timun, pokok kelapa atau apa sahaja lah yang memerlukan pendebungaan untuk menghasilkan buah, lebah adalah pembantu yang terbaik.
Selain itu juga, ia mampu memberi hasil tuaian yang paling berkhasiat di dunia iaitu madu. Lebah juga, dikategorikan sebagai pollinators terbaik di dalam kitaran hidup tanaman. Oleh itu, kalau ada lebah di rumah tu, selagi tak mengancam keselamatan anda bela je lah.
3. Ladybugs (ladybird)
Ladybugs adalah antara serangga yang mempunyai karakter yang paling unik, comel dan menarik kalau ada di laman anda. Keterujaan akan terpancar bila anak anda tengok serangga ni kan. Secomel-comel serangga ni, namun tersembunyi satu sisi yang tak pernah orang perasan. IA MERUPAKAN PEMANGSA. Dengar macam ganas je kan. Sebenarnya, ladybugs suka makan serangga yang kerap mendatangkan masalah kepada tanaman anda seperti Aphids, Whiteflies, Scale insects dan pelbagai lagi.
4. Rama-rama
Rama-rama juga merupakan serangga yang berfaedah kepada laman anda. Memang lah beluncas nya akan makan daun tanaman, tapi ia boleh dikawal dan dia makan pun bukan nya pokok tu mati terus. Malah kalau gondol pun di makan, pucuk atau tunas baru akan lebih banyak tumbuh dan cantik.
Selain menceriakan laman anda dengan pancaran warna nya yang unik dan menarik, Rama-rama sebenarnya adalah antara agen yang diperlukan untuk melakukan pendebungaan.
5. Lacewings Lacewings amat membantu untuk menyingkirkan aphids atau bena dan whiteflies di laman anda. Ia memusnahkan serangga perosak ini dari peringkat lava lagi.
Lacewig akan bertelur di atas lava whiteflies dan aphids. Apabila ia menetas, lava lacewing akan menjadikan whiteflies dan aphids tadi sebagai sumber makanan. Kalau anda nak lacewings datang ke laman anda, pastikan tiada ancaman dari semut kerana semut akan memakan telur lacewings dan melindungi aphids.
6. Pepatung
Selain sebagai indicator kepada kualiti persekitaran, Serangga purba ini menjadikan nyamuk, lalat, kupu-kupu, lalat buah dan pelbagai lagi sebagai makanan.
Menarik minat pepatung untuk menjadikan laman anda sebagai habitat mereka adalah salah satu langkah proaktif kalau anda merancang untuk menghasilkan sebuah kebun organik. Cara nak tarik minat mereka tak susah pun, hanya perlu sedia habitat mengikut keperluan mereka walaupun hanya pada saiz 1 kaki x 1 kaki sahaja.
7. Cacing tanah
Tak perlu diterangkan dan dipertikaikan lagi keperluan cacing tanah ini terhadap semua tanaman. Salain banyak membantu memulihkan sturktur tanaman, tinja yang dihasilkan oleh cacing mempunyai nutrient yang tinggi untuk tanaman.
Oleh itu, kehadiran cacing tanah di laman perlu dipupuk dan dirangsang lebih banyak.
8. Lebah bumble
Lebah bumble adalah antara lebah yang digunakan untuk tujuan pendebungaan. Namun saiznya lebih besar berbanding yang lain. Walaupun ia bersaiz besar dan kehadiran nya lebih jelas membuatkan kita panik, sebenarnya serangga ini tidak akan menyerang jika tidak diancam.
Kebiasaanya, lebah jenis ini hidup di dalam tanah atau di dalam batang kayu yang berlubang. Madunya jarang diambil, namun ia juga agen terbaik dan lebih cepat melakukan pendebungaan.
9. Labah-labah
Kelihatan, labah-labah memang menyeramkan. Tetapi sebenarnya ia adalah salah satu serangga yang mempunyai faedah kepada laman anda. Memang ada sebahagian kecilnya akan memberi masalah, tapi secara asasnya tidak. Ia membantu laman anda terhindar dari serangan nyamuk, lalat, belalang, semut, bena dan apa sahaja serangga jenis terbang.
(VIDEO) Rawat Masalah Bena Denagn Nasi Basi Je. Kutu Bena antara ancaman utama tidak kira tanaman sayur, buah-buahan mahupun bunga. Ia adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan di celah-celah ranting.
Bacajuga: 2 Resepi Mujarab Pencegah Serangga Perosak Dari Sabun Banyak cara untuk musnahkan kutu daun ni. Salah satunya adalah penggunaan racun. Selain penggunaan racun kimia yang boleh mengundang ancaman keselamatan nyawa. Apa kata, kita hasilkan sendiri racun serangga organik seperti yang dikongsikan Green Garden Resources di dalam canel youtube nya
BAHAN-BAHAN:
3 senduk sisa nasi
air basuhan beras yang pertama
botol mineral terpakai (tidak digalak menggunakan botol kaca kerana tekanan gas ketika proses perapan boleh menyebabkan botol meletup)
CARA-CARA: 1. Ramas nasi untuk memudahkan ia dimasukkan ke dalam botol mineral 2. Masukkan air basuhan beras ke dalam botol yang berisi nasi. Sisakan 1/4 ruang di dalam botol untuk pengudaraan 3. Simpan perapan di dalam suhu bilik yang tidak terdedah kepada cahaya mata hari 4. Setiap 2-3 hari, bebaskan gas yang terperangkap dalam botol perapan 5. Selepas seminggu, masukkan air perapan ke dalam botol semburan dan sembur pada tanaman yang dijangkiti kutu bena
Berkebun, kalau ada peralatan yang betul dan lengkap memang memudahkan kerja. Sebaiknya, beli peralatan yang berkualiti tapi murah kat link ni https://invol.co/cl7zni8
Kebiasaanya, kita sibuk menjaga tanaman. Pantang nampak daun yang dimakan ulat, segera dirawat. Pokok tak berbunga, bagi baja bunga. Buat hormon organik untuk pastikan pokok berbuah lebat dan hasilkan buah bersaiz besar. Sebenarnya, ada satu perkara yang lebih penting dari semua itu dan ramai tak ambil endah akan keperluannya. Perkara yang lebih penting tersebut adalah kadar kesuburan tanah.
Tanah adalah medium penting bagi tanaman. Dari tanah lah tanaman menerima sumber nutrien yang disedut dari akar dan disalurkan kepada semua bahagian tanaman. Kalau tanah tak subur, macam mana pokok nak sihat. Hari ini, LAMAN Impiana nak kongsikan resepi MOL untuk suburkan tanah denga menggunakan tempe rosak
Bahan-bahan:
1 keping Tempe yang telah rosak
5 sudu makan gula merah
1 liter air klorin
1 biji botol kosng mineral 1.5 liter
Cara-cara:
1. Kisar halus tempe yang telah rosak
2. Campurkan kesemua bahan dan kacu rata.
3. Masukkan bahan yang telah dicampur tadi ke dalm botol miniral dan jangan tutup botol
4. Simpan botol berisi MOL di tempat redup dan peram selama seminggu.
Nota: Ketika MOL berusia 4-5 hari tempoh perapan, ia akan mengeluarkan aroma masam-manis. Jadi, sebaiknya peram mol di luar rumah
Cara guna: Campurkan 5 ml MOL tempe berasam 1 liter air tanpa klorin dan siram pada permukaan tanah untuk tingkatkan kesuburan
Memilih kerusi dan sofa untuk kediaman bukanlah satu perkara yang mudah. Apabila berhadapan dengan ruang sempit, kita perlu tahu teknik menghias dengan betul agar yang dibeli boleh dipakai, selesa dan ruang tampil ideal serta sedap mata memandang.