Setiap negara mungkin mempunyai terma yang sama tapi ciri-ciri kediaman atau rumah yang sedikit berbeza. Ciri-ciri sesebuah rumah itu ada yang dibezakan daripada segi jenis rumah, fasiliti, sudut legal, pemilikan tanah, harga dan lain-lain.
Dalam kategori atas tanah (landed), rumah akan dibina dengan satu tingkat, dua tingkat dan tiga tingkat. Tiga tingkat paling maksimum yang admin pernah lihat di Malaysia. Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara persendirian oleh pemilik rumah tersebut (individual title/geran individu).
1. Rumah teres / Terraced house
Rumah jenis ini boleh dikatakan agak padat kerana tiada ruang kosong antara rumah jenis ini. Di kiri atau kanan rumah pasti ada sebuah rumah yang lain. Rumah teres kadang-kadang dibina dua-dua, tiga-tiga atau lebih. Sedikit tanah kosong akan didapati di belakang atau di depan rumah teres yang biasanya akan digunakan untuk bercucuk-tanam. Nama lain untuk rumah teres ini ialah linked house.
2. Rumah berkembar / Semi-detached
Definisi rumah semi-detached atau nama lainya semi-d, rumah berkembar, separa terpisah adalah seperti kembah siam keran rumah jenis ini duduk bersebelahan, tertampal di tengah dan di tepi yang bertentangan akan ada ruang kosong. Di ruang kosong ini biasanya pemilik rumah akan tambahkan tempat letak kereta, bercucuk-tanam, buat landscaping. Lebih menarik, ada pemilik rumah membeli semi-d secara berpasangan dan menjadikannya satu biji rumah yang lebih besar yakni banglo!
3. Banglo / Bungalow
Lonely soldier boy ialah frasa yang kita boleh fikirkan bila bercerita tentang banglo. Rumah banglo akan mempunyai kawasan yang agak luas untuk dirinya sendiri dan jarak antara satu rumah banglo dengan rumah banglo yang lain pun agak jauh. Rumah banglo juga dikenali sebagai detached house (rumah terpisah). Pemilik rumah banglo harus dan semestinya bercucuk-tanam di sekeliling rumah!
STRATA
Dalam kategori strata (level), rumah dibina bertingkat-tingkat di sebuah kawasan tanah. Dan setiap tingkat akan beberapa unit-unit rumah. Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara kongsian dengan semua pemilik unit rumah tersebut (strata title/geran strata). Strata adalah kata nama plural untuk stratum dan bermaksud layer atau level dari sudut bahasa. Di Malaysia, agak sukar untuk membezakan rumah jenis strata kerana kebanyakannya meminjam ciri-ciri satu sama lain.
4. Flat / Pangsapuri
Flat biasanya dibina dalam satu kawasan dan mempunyai beberapa blok di dalamnya. Setiap blok akan mempunyai 3 ke-14 tingkat atau lebih. Rumah jenis ini adalah rumah yang paling murah dan kebanyakan rumah jenis ini kosnya rendah atau sederhana rendah. Pada kebiasaannya, flat tidak dilengkapi dengan sebarang servis seperti pengawal keselamatan atau lif . Pemilik rumah flat hanya memiliki kawasan rumahnya saja dan koridor panjang di luar rumah adalah milik bersama. Daripada segi tempat meletak kereta, konsep siapa cepat dia dapat dan jarang sekali menyediakan tempat meletak kenderaan jenis berbumbung.
Dua ciri lain tentang flat ialah tingkap rumah ini adalah jenis ‘naco’ dan berlantaikan simen. Pada pendapat peribadi saya, rumah flat adalah pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa pendek dan panjang. Jika anda hendak membuat pelaburan hartanah pertama, jangan sisihkan flat daripada pilihan anda!
Sumber : Terima kasih http://www.7senarai.com/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI