Sahabat laman kenal tak daun beluntas. Tanaman herba yang dikategorikan sebagai liar ini sangat jarang dan semakin dilupakan faedah dan khasiatnya. Daun beluntas atau Pluchea indica mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan wanita.

Pokok beluntas adalah tanaman jenis semak yang berupaya mencapai ketinggian 2 meter dan permukaan daunya berbulu. Antara khasiat dan kegunaan daun beluntas adalah seperti berikut:

#1 Kolagen untuk kulit
Quercetin dan flavonoid antara agen bioaktif yang terdapat di dalam daun beluntas. Fibroblas adalah pengeluar utama kolagen turut terkandung di dalam tanaman ini. secara tidak langsung, ketiga-tiga kandungan ini berupaya menjadi perangsang penghasilan tisu kulit dengan cepat dan menghalang pembentukkan parut

#2 Membunuh bakteria
Di dalam perubatan tradisional, Daun beluntas telah digunakan secara meluas oleh nenek moyang kita. Ia dianggap sebagai tanaman yang sangat kuat untuk merawat pelbagai penyakit. Antara penyakit yang berpunca dari bakteria adalah seperti merawat keputihan, menghilangkan bau badan, bengkak, bau mulut dan kembung.

#3 Anti diabetes
Beluntas banyak tumbuh di pesisir pantai dan kawan paya masin. Menurut kajian, ia mempunyai Sitosterol dan Stigmasterol yang dianggap kedua-duanya mempunyai ciri-ciri anti diabetes. Ekstrak daun beluntas turut digunakan sebagai salah satu ramuan untuk menghasilkan Diaphoretic (mengeluarkan peluh), Analgesic (paint killer) Stomatitis (keradangan)


Secara tradisinya, Daun Beluntas digunakan untuk mencegah:

-Masalah keputihan
-Period tak teratur
-Senggugut
-Luka dalaman dan luaran
-Kanser payudara
-Bau badan dan mulut
-Ketumbuhan pada rahim (cyst & fibroid)
-Radang paru-paru
-Tonsil
-Darah tinggi
-Kanser
-Gangguan pencernaan
-Demam panas


 

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: