3 Jenis Almari Ini Sangat Anda Perlukan Sekali Seumur Hidup

Share

Bagi seseorang atau sebuah pasangan suami isteri ataupun sebuah keluarga yang baru sahaja membeli rumah dan di dalamnya, pasti perkara pertama yang anda fikirkan adalah almari. Ini kerana almari adalah perkara yang penting untuk meletakkan barang dapur, perabot, gambar dan juga pakaian kita. Oleh kerana itu, saya akan kongsikan beberapa jenis almari yang sesuai untuk permulaan rumah anda.

Almari Pakaian Terbuka/Open Walk-in Wardrobe

Selalunya almari sebegini akan diletakkan di ruangan tertentu seperti bilik tidur utama atau bilik pakaian. Jika untuk bilik tidur utama, ia memerlukan ruangan yang besar kerana ada penambahan dari segi partition wall supaya ia boleh menutup ruang almari tersebut. Selain itu, jenis almari pakaian terbuka ini, kelihatan bergaya kerana susunan dalam almari dapat dilihat dengan jelas dalam sebuah ruang. Malahan, ia mudah untuk di ambil kerana ia tidak mempunyai pintu. Sedikit tips jika anda membeli almari ini, sebaik-baiknya kerap Menyusun pakaian supaya ia nampak kemas dan sedap bila melihat.

 

Almari Berpintu/Built-In Wardrobe Swing Door)

Almari ini adalah almari yang berkonsepkan rekaan dalaman. Almari berpintu swing door ini boleh digabunkan dengan meja belajar, rak buku dan lain-lain lagi.  Peringatan kepada semua juga, ia perlukan ruang tambahan untuk pembukaan pintu dan jika ruang di dalam bilik terhad, maka ia tidak sesuai untuk menggunakan almari berpintu swing door ini.

 

Almari Berpintu/Built-In Wardrobe Sliding Anti Jump Door

Ini juga adalah almari berpintu, cuma ia menggunakan sliding door dan rekaan almari ini adalah rekaan yang terkini. Almari ini mempunyai bingkai aluminium pada pintu sliding dan ia memudahkan masalah dari pembukaan pintu swing yang dimana memerlukan runag tambahan. Disebabkan ianya adalah sebuah bentuk dan rekaan yang terkini, almari berpintu sliding ini dapat menahan pintu terkeluar dari landasan. Dari sini kita boleh nampak, yang dimana ia merupakan konsep moden dan minimalis. Cuma, almari berpintu sliding ada satu kelemahannya, iaitu, dapat membuka dengan separuh sahaja.

Itu sahaja daripada saya menceritakan tentang jenis almari bagi permulaan sebuah rumah. Sedikit info yang berguna, kesemua almari yang telah saya bahaskan, mampu bertahan selama 10 tahun. Jadi, ia dapat menjimatkan wang kita dan tidak merisaukan apa-apa kerosakkan dalam masa terdekat.

Sumber: AZR KITCHEN Sdn Bhd (https://azrdesign.com/3-jenis-almari-pakaian-built-in-wardrobe/)

IKLAN