Ha… Year End Sale (YES) dah mula. Mesti ramai yang bershopping sakan sampai tak ingat dunia. Menjelang tengah bulan sudah mula ikat perut. Malah ada yang sanggup meminjam untuk teruskan kelangsungan hidup sehingga dapat gaji berikutnya. Mana yang ada kad kredit, sampai maksimum digunakan. Ini antara masalah yang ramai alami sama ada yang bujang atau sudah berkeluarga.
Untuk atasi masalah ini, jom ikut 21 langkah yang dikongsikan oleh pakar Amir Syahir di facebooknya.
Jualan murah akhir tahun kini kembali, maka bersepahlah kedai-kedai dan pasar raya mengadakan jualan murah sempena jualan murah akhir tahun ni. Korang pun turut menggelupur nak beli itu ini walaupun barang tu korang tak memerlukan sangat pun. Akibatnya, air mata penyesalan ataupun scene buka dompet serupa tumbuk bawang pun berlaku.
Korang bukan boleh tengok sangat perkataan “Jualan Murah” ni. Perkataan SALE seperti memanggil-memanggil untuk membazirkan duit yang korang kumpul sepanjang tahun ini dan akhirnya lenyap dalam beberapa jam sahaja.
Disini gua ada tips sedikit sebanyak untuk menyelamatkan wang korang daripada membuat pembelian yang tidak sepatutnya.
Antaranya:]
1. Buat senarai barangan yang hendak dibeli. Sediakan bajet perbelanjaan. Beli barangan yang disenaraikan sahaja. Janganlah bila masuk pasar raya terus hilang ingatan ataupun buang senarai tu.
2. Jangan membawa wang yang banyak. Bawalah wang yang mencukupi sahaja. Ia akan mengelakkan korang membeli-belah secara berlebihan.
3. Jangan jadikan membeli-belah sebagai satu tabiat untuk melepaskan tekanan. Sekiranya korang hendak membeli sesuatu barang kehendak, pastikan kewangan mencukupi. Jauhi pembelian secara hutang. Bayaran ansuran akan meningkatkan lagi harga barangan tersebut.
4. Jangan keluar membeli barangan dengan rakan-rakan yang memang suka membeli belah. Karang, dua benda korang nak beli, akhirnya bermacam benda diorang hasut korang suruh beli.
. 5. Jangan membeli belah hanya untuk menunjuk-nunjuk pada jiran, kawan-kawan, teman sejawat ataupun bekas makwe / pakwe.
Ads
6. Jika ada kad kredit, uruskan perbelanjaan dengan bijak. Kad kredit membunuh kewangan korang dengan senyap jika korang jadi hamba kepadanya. Simple.
7. Buat perbandingan harga semasa korang membeli-belah. Ada barang berkualiti yang boleh didapati dengan harga yang murah.
8. Bersederhana dalam berbelanja. Ukur kewangan korang berdasarkan pendapatan korang. Janganlah berbelanja mengikut nafsu ataupun berdasarkan kewangan kawan-kawan yang lain.
9. Kualiti produk yang mewah mungkin sama dengan jenama yang lebih murah. Janganlah alergik dengan produk ataupun jenama murah. Alergik nak masuk Mydin misalnya. Takde kelas katanya. Korang nak masuk kedai hipster je. Nak beli barangan berjenama mewah saja.
10. Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran istimewa. Kalau tak perlu, tak payahlah nak mengada-ngada beli ye. Jangan beli untuk kegunaa dua tahun akan datang misalnya
Ads
11. Periksa resit pembelian barangan untuk mengelakkan terlebih bayar atau berlaku kesilapan semasa pengiraan pembelian.
12. Beli ketika jualan murah, tetapi kawal diri supaya tidak terlebih belanja. Beli barang yang perlu dan hendak digunakan sahaja.
13. Periksa kualiti dan mutu barang yang hendak dibeli ketika jualan murah. Ambil tahu polisi penukaran barang ataupun saiz pakaian.
14. Tawar menawarlah jika boleh.
15. Katakan “TIDAK” sekiranya korang tidak memerlukan barangan yang ditawarkan. Jangan beli sebab kesiankan peniaga. Korang kena kesiankan kewangan korang terlebih dahulu.
Ads
16. Jangan berbelanja lebih terutamanya jika korang tidak ada kemampuan. Ikut bajet bulanan korang ye. Karang berhutang sampai ke tua korang juga yang susah.
17. Beli produk keluaran tempatan. Lagi jimat dan juga berkualiti. Sokonglah Barangan Buatan Malaysia.
18. Tak perlu korang nak urban ataupun nak nampak hipster ataupun up-to-date dengan trend terkini. Perangai nak semua benda yang baru, yang ikut trend terkini tapi berhutang. Ubah la sikit perangai tu.
19. Jangan membeli-belah dengan perut kosong yang kosong. Makan siap-siap dekat rumah.
20. Rancang tempat untuk membeli-belah bagi menjimatkan penggunaan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja.
21. Amalkan fikir sejenak 30 saat jika tidak ada dalam senarai perbelanjaan ataupun tangguhkan pembelian 30 hari jika melibatkan perbelanjaan wang yang besar.
Ini antara tips yang korang boleh jadikan panduan. Tidaklah nanti korang memberi alasan asyik tak cukup duit untuk menabung atau menyimpan je. Fahami dan lakukan. Dah tahu tetapi tak buat, tak guna juga. Ye dak? Nanti tak delah tengah bulan dompet korang banyak resit je daripada duit. Kah!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mencari keberkatan rezeki adalah sesuatu yang dituntut di dalam agama Islam. Rezeki yang berkat dan mendapat rahmat Allah swt besar maknanya di dalam kehidupan kita. Kerana rezeki yang baik adalah salah satu faktor kebahagian jiwa insan yang hidup di dunia ini.
Puan Che Salamiah binti Malik, adalah seorang usahawan Zakat Selangor dalam bidang pemprosesan makanan rempeyek. Beliau merupakan usahawan Zakat Selangor daripada daerah Klang yang telah menerima bantuan Zakat Selangor iaitu bantuan Modal Pusingan sebanyak 1,000.00 pada Mei 2014 dan 2,000.00 pada Disember 2017.
Beliau juga telah menerima bantuan bagi Label Produk di bawah pembangunan produk berjumlah 3,500.00 bagi menaik taraf pembungkusan produknya.
Manakala usahawan Norazimah Hazmi mendapat bantuan Zakat Selangor di bawah projek usahawan lori bergerak. Pada Julai 2016, beliau juga menerima bantuan modal pusingan sebanyak 1,500.00 dan bantuan peralatan perniagaan sebanyak 1,870.16.
Beliau aktif menjalankan perniagaan beliau secara bergerak di merata tempat tanpa mengira waktu di tapak niaga seperti pasar malam, karnival, majlis-majlis, bangunan kerajaan dan sebagainya. Komitmen baik yang ditunjukkan beliau dengan menyertai pelbagai program anjuran Zakat Selangor terzahir jelas pada perniagaannya yang berkembang maju.
Dua kisah yang sangat memberi inspirasi ini mungkin tidak disedari oleh ramai orang. Mereka berdua adalah contoh usahawan yang dulunya penerima zakat, kini menjadi pengeluar zakat perniagaan. Inilah rahsia keramat dalam keberkatan menunaikan zakat, iaitu menyuburkan perniagaan dan menambahkan keberkatan rezeki.
SENANGNYA KIRA ZAKAT PERNIAGAAN
Kira mudahnya ialah dengan mengira hasil Aset Semasa ditolak dengan Belanja/Liabiliti Semasa, darab dengan 2.5%.
ASET SEMASA tu bermaksud : Baki tunai di bank, baki tunai di tangan, hutang yang dijangka akan diterima dan nilai stok niaga boleh jual.
LIABILITI SEMASA pula bermaksud: Hutang pembekal dan hutang-hutang lain seperti bil eletrik, air dan sewa pejabat.
Maka, jumlah aset semasa ditolak dengan libiliti semasa didarabkan pula dengan 2.5%. Maka dapatlah jumlah zakat yang kena ditunaikan.
Sebaiknya kira dahulu, supaya jelas sama ada kena zakat atau tidak perniagaan tersebut. Semoga dengan usaha mengira zakat ini dan menunaikannya, rezeki akan bertambah subur dan berkat . Perniagaan kita pun bertambah maju. Untuk lebih mudah kiraan zakat perniagaan boleh KLIK DI SINI
Ruang tamu adalah seperti induk rumah kita. Ruang tamu adalah tempat dimana ia menunjukkan imej diri kita bagaimana. Perkara pertama yang akan kita cuba untuk kemas dahulu sekiranya ada tetamu datang, ruang tamu lah yang kita akan kemas dulu. Dah nama pun ruang tamu, mestilah untuk tetamu kan? Hahahaha. Jadi, jikalau, ruang tamu kita teruk atau sederhana, maka orang akan memandang biasa terhadap. Jikalau ruang tamu kita kelihatan menarik dan sedap mata memandang, maka orang akan puji kita dan memandang tinggi kepada kita, bahkan, kita mendapat kehormatan dari orang ramai. Oleh sebab itulah, pemilihan atau permikiran yang kreatif perlu ada pada diri kita untuk dalam hal-hal mendekorasikan ruang tamu rumah kita. Jadi disini, saya akan memberitahu apa bahan-bahan dekorasi yang boleh mencantikkan atau memantapkan ruang tamu kita.
Pemilihan sofa yang sesuai dan selesa.
Benda ini amatlah penting kerana tiada sofa, lebih baik tidak ada rumah. Bahkan, rumah lama sekarang ni pun dah ada sofa. Cuma perbezaannya adalah sofa yang biasa atau murah dan sofa yang mahal atau selesa sahaja. Ada banyak sebenarnya jenis sofa yang kitab oleh pilih menampakkan ruang tamu nampak kelainan dari ruang tamu biasa. Sebagai contoh, sofa yang sering kita nampak di kedai adalah berbentuk L dan berbentuk U. Kalau nak nampak kelainan lagi, sofa bed. Sofa bed ia adalah 2 dalam 1. Boleh jadi sofa, boleh jadi katil. Jadi, senang jikalau ada tetamu yang ingin menumpang di rumah kita, mereka boleh dipelawa duduk di sofa bed tersebut. Selain dari itu pula, pemilihan material sofa juga penting kerana ada yang kayu, kusyen, berbulu-bulu dan juga kulit. Kebiasaan orang sekarang akan membeli yang kusyen kerana ia murah tetapi kalau ada duit lebih atau orang kaya, boleh membeli yang material berbulu-bulu atau berkulit.
Lampu siling yang penuh bergaya.
Setiap ruang tamu di rumah, memang sudah ada lampu jenis panjang di dinding tetapi, ia kelihatan biasa dan bosan. Jadi, kita perlulah menukarkannya kepada lampu siling yang berwajah moden untuk menaikkan imej ruang tamu dalam rumah kita. Sebagai contoh, lampu siling itu besar berbentuk bunga, lampu tersebut terselit di lubang-lubang dinding ataupun lampu yang tergantung itu. Baru lah, ruang tamu akan nampak lebih mantap!
Jadi, itulah sedikit perkongsian tips untuk membuatkan ruang tamu menampakkan lebih meriah dan gempak. Cuma, pastikan siapkan duit sahaja lah. Hahahahaha.
Open Space adalah ciri terbaik untuk ruang tamu nampak lebih luas dari yang tersedia ada. Acap kali kita memiliki rumah dengan plan lantai yang biasa seperti ruang tamu dan makan berada di dalam laras yang sama. Pelan lantai ini pastinya bosan dan nampak habar jika tidak bijak mengayakannya. Sudah tersedia ada konsep terbuka itu di sediakan oleh pemaju rumah tersebut.
Bagaimana cara kita sebagai pemilik untuk mengendali ruang tamu dan makan kita nampak lebih menarik dengan gaya open space yang lebih istimewa dan menawan untuk menjadikan ruang dalam kediaman anda lebih menarik. IMPIANA kongsikan tip dan teknik yang boleh anda semua lakukan.
Pemilihan Perabot
Pilih set berabot lebih sleek yang boleh disuai padankan dengan pelbagai set perabot lain. Contoh set sofa yang tidak terlalu besar. Gayakan dengan set kabinet atau rak dwi fungsi. Ini akan membuatkan ruang tamu anda tampak lebih bergaya dan telus ke arah ruang makan yang tampil gah untuk menempatkan tetamu rasa lebih selesa bila berada di dalam dua ruang ini. Walaupun rak yang dijadikan sebagai pembahagi ruang ini, ia tetap tampak lebih terbuka.
Warna
Ini adalah perkara yang sangat penting dalam menampakkan ruang tamu anda tidak sempit dan sesak. Jika anda telah memilih set perabot dengan warna yang agak gelap. Elak mengecat dinding atau memilih kertas hiasan warna yang sarat atau pun terlalu gelap. Pemiliihan terbaik adalah dengan memilih warna putih atau krim, kuning cair, biru lembut dan sebaginya. Degan pemilihan warna yang cerah seperti ini akan membuatkan ruang dalam kediaman anda akan nampak lebih jelas dan terang. Kalau anda tidak percaya boleh la cuba.
Di dalam mengayakan ruang dalaman untuk ciri open space ini bukan lah satu perkara yang rumit, Ia hanya perlukan susunan yang teratur dan bijak mengenakan pilihan yang terbaik untuk saiz ruang yang anda miliki. Jangan asyik melihat gambar rujukan yang cantik dan rumah rakan-rakan anda. Tetapi lihat dari segi praktikaliti diri anda untuk dalam kediaman yang anda pilih untuk duduk bersama keluarga tersayang anda.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!