Bila bercakap soal menghias kamar anak-anak, kita bagaikan rambang mata untuk menyediakan ruang terbaik untuk si kecil. Namun adakala dalam keadaan kelam kabut kita terlupa satu dua perkara yang dianggap remeh tetapi sangat penting. IMPIANA berkongsi tip yang mungkin boleh ditambah dalam skill anda menghias kamar anak anda. Persediaan yang rapi menjaminkan hasil yang bermutu dan amali.
1.Pastikan anda memilih perabot yang dijamin tahan dengan aktiviti anak-anak. Jangan hanya harganya yang begitu murah, anda mempertaruhkan keselamatan anak anda terutama bagi yang memilih katil bertingkat.
2. Pastikan struktur dan material yang dipilih cukup utuh terutama pada bahagian yang menyokong tilam.
3.Jangan lupa elemen bunyi yang menceriakan ruang kamar kanak-kanak. Gantungan kreatif yang berloceng misalnya mampu menghiburkan anak-anak . Malah juga merangsang deria si manja agar lebih peka. Anda sendiri boleh menyediakan gantungan kreatif ini. Jangan lupa selak ruangan DIY.
4.Elemen kraf perlbagai warna dan melukis sememangnya cukup bagus untuk perkembangan kreativiti kanak-kanak. Gantungkan ia di sekitar dinding kamar dengan kreatif dan tampil riang. Paling tidak anak-anak akan menghargai seni yang dilakukan sendiri.
5. Kabinet tertutup perlu dikurangkan bagi mengalakkan kemalangan jari tersepit atau pun terluka. Ia juga boleh dijadikan tempat persembunyian si manja dan sememangnya sangat biasa.
6.Mahukan lampu hiasan? Cukup dengan lampu dinding yang kini didatangkan dengan pelbagai rekaan menarik. Elakkan memilih lampu lantai atau meja bagi ruang kanak-kanak kerana ia agak bahaya dan mengganggu pergerakan kanak-kanak.
Ads
7.Elakkan membeli perabot yang berbucu tajam. Sebaliknya carilah perabot yang mempunyai bucu separuh bulat dan cuba ke kedai perabot khusus untuk perabot kanak-kanak.
8. Pilihlah fabrik organik . Fabrik yang tidak panas dan mudah dicuci serta selesa. Fabrik kapas merupakan pilihan terbaik dengan pelbagai kualiti yang ada.
9. Kepada anda yang menetap di tengah bandar, tidak salah menyediakan penyegar udara bagi memberi udara yang berkualiti di sekitar kamar untuk keselesaan si manja.
10. Pastikan juga suiz lampu semua di tutup dan di bawah pengawasan penjaga mereka. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan domestik.
11.Terdapat lampu dinding untuk kamar kanak-kanak yang tidak terlalu terang dan sesuai untuk mata.
12.Jika membina kabinet bina dalam untuk penstoran barang-barang si manja, seeloknya pilihlah kabinet terbuka. Terutama untuk menyimpan permainan bagi merangsang si manja bermain dengan permainannya dan mudah pula di simpan balik. Ia nampak ringkas tetapi dengan cara ini kita mampu merangsang rasa girang dan mendisiplinkan mereka dengan berkesan.
Ads
13. Kini warna klise seperti biru dan merah jambu dilihat sudah ketinggalan zaman. Pilihlah tema warna neutral sama ada warm neutral seperti warna-warna perang kayu atau cool neutral seperti warna kelabu kebiruan air batu. Kemusian serikan ruang dengan warna ketiga dari kemasan lembut anda.
14.Jika memilih permaidani, pilihlah permaidani bulu pendek yang boleh dibersihkan dengan mudah 3 kali seminggu.
15.Siling yang ringkas dan mudah pula dibersihkan. Jika memilih tema klasik, elakkan membeli jenis siling plaster yang berkeluk-keluk dan menyusahkan anda untuk membersihnya.
16.Pastikan anda menggunakan jenis cat yang mesra kanak-kanak. Kini di pasaran terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan anti bakteria. Jadi selain kertas dinding, anda boleh kembali memilih cat bagi perancangan jangka masa jauh.
Ads
17.Pastikan anda menggunakan kemasan lantai yang tidak sejuk seperti jubin dan marmar. Sebaliknya lantai kayu atau vinyl lebih selesa malah menarik bagi sebuah kamar kanak-kanak
18.Elakkan binatang peliharaan memasuki kamar anak anda. Pastikan juga lantai dan peralatan lain, dibersihkan sekerap mungkin dengan pembasmi kuman. Ini bagi mengelakkan alahan, jangkitan dan lain-lain masalah kesihatan berlaku. Awas, segala kelengkapan dan bahan kimia ini, perlulah anda simpan di tempat yang sewajarnya dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
19. Elakkan membeli perabot bayi berusia di bawah 5 tahun. Jika anda mempunyai bajet kecil. Terus cari perabot yang mampu menampung anak anda sehingga ke peringkat sekolah rendah. Anda hanya perlu menukar tilamnya setiap lima tahun. Jika merancang mempunyai zuriat lagi, beli sahaja katil dua atau tiga tingkat.
20.Jika kamar andanya tidak seluas mana, rancang penstoran maksimum untuk si manja. Dalam hidupnya, mereka akan menempuh pelbagai fasa dan setiap fasa memerlukan kelengkapan yang berbeza. Jadi pastikan anda tidak menyimpan baju-baju lama yang tidak boleh dipakai lagi. Ibu bapa adakala sayang untuk membuang atau memberikan pakaian kepada yang memerlukan. Jangan sempitkan ruang dengan benda yang tidak digunakan lagi.
21. Jangan lupa menggunakan penyendal pintu bagi mengelakkan kemalangan domestik. Apatah lagi jika kediaman anda di kondominium tinggi yang selalunya angin bertiup agak kencang pada satu-satu masa. Kealpaan kita boleh membuat anak –anak terhantuk pada pintu atau tersepit. Jangan bimbang kini di pasaran terdapat pelbagai penyendal pintu menarik bagi selaraskan dengan tata hias kediaman anda.
Bukan Untuk Cantik Semata, Rupa-Rupanya Ini Fungsi Pam Tandas 2 Butang! Mangkuk tandas dengan dua butang pam semakin popular di kalangan pengguna tandas di Malaysia dan negara-negara lain. Ini bukanlah sekadar trend reka bentuk, tetapi sebenarnya ada alasan yang praktikal dan persekitaran di sebalik penggunaan dua butang pam ini.
Di banyak negara, termasuk Malaysia, sistem tandas tradisional yang hanya mempunyai satu butang pam sering kali menyebabkan pembaziran air kerana ia membuang jumlah air yang sama untuk setiap jenis pembuangan, sama ada kecil atau besar. Sistem ini tidak membenarkan penyesuaian berdasarkan keperluan sebenar, yang akhirnya menyumbang kepada penggunaan air yang tidak efisien.
IMPIANA akan jelaskan fungsi dan kelebihan sistem dua butang pam pada mangkuk tandas:
1. Konsep Dwi-Fungsi
Mangkuk tandas dengan dua butang pam memperkenalkan konsep dwi-fungsi yang membolehkan pengguna memilih antara dua jumlah air yang berbeza bergantung kepada keperluan mereka.
Sistem dua butang pam direka untuk mengoptimumkan penggunaan air dalam tandas:
Butang Kecil: Butang ini digunakan untuk mengeluarkan jumlah air yang lebih kecil (3 liter). Ia sesuai untuk membasuh air kencing atau ketika hanya memerlukan sedikit air. Butang Besar: Butang ini digunakan untuk mengeluarkan jumlah air yang lebih besar (6 liter). Ia biasanya digunakan untuk membasuh air besar.
Penggunaan dua butang ini membolehkan pengguna memilih jumlah air yang diperlukan, dengan itu mengelakkan pembaziran air.
2. Kelebihan Penjimatan Air
Penggunaan air adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan sumber semula jadi. Dengan adanya sistem dua butang pam, pengguna dapat mengurangkan penggunaan air secara signifikan. Ini amat penting di kawasan yang menghadapi masalah kekurangan air atau untuk mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari. Penggunaan sistem ini juga selaras dengan amalan pengurusan sumber alam yang lebih baik, membantu menjaga kelestarian alam.
3. Reka Bentuk dan Keselesaan Pengguna
Selain daripada aspek penjimatan air, sistem dua butang pam juga menawarkan kemudahan kepada pengguna. Dengan memudahkan pemilihan jumlah air yang diperlukan, pengguna tidak perlu lagi risau tentang menggunakan terlalu banyak atau terlalu sedikit air. Sistem ini juga sering diintegrasikan dengan reka bentuk moden, menjadikannya lebih estetik dan mudah digunakan.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Jangan sesekali tekan kedua-dua butang serentak kerana pam tandas akan cepat rosak, di samping berlaku pembaziran air.
Tip Ubah Hiasan Lama Menjadi Baru, Tak Perlu Membazir. Dekorasi rumah adalah cara terbaik untuk mengekspresikan keperibadian dan selera kita. Namun, kadang-kadang kita mungkin merasa bahawa barang-barang hiasan lama sudah tidak menarik lagi, atau kita hanya ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa perlu berbelanja besar.
Jangan risau! Ada banyak lagi cara kreatif untuk mengubah hiasan lama menjadi sesuatu yang baharu dan segar. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda memulakan projek transformasi:
1. Cat Semula untuk Penampilan Baharu
Salah satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk mengubah hiasan lama ialah dengan mengecatnya semula. Misalnya, jika anda mempunyai bingkai gambar yang telah lama digunakan, cuci dan cat semula dengan warna-warna moden yang segar. Begitu juga dengan perabot lama, sedikit sentuhan cat boleh mengubah rupa keseluruhan. Pilih warna-warna yang sesuai dengan tema baru ruang anda untuk hasil yang lebih menarik.
2. Tambah Hiasan Baru
Hiasan kecil seperti sarung kusyen, langsir, atau karpet boleh membuatkan ruang kelihatan baru. Gantikan sarung kusyen lama dengan yang bercorak atau berwarna-warni. Tambahkan langsir dengan corak atau warna yang lebih ceria untuk menyegarkan suasana. Kadang-kadang, perubahan kecil ini boleh memberi kesan yang besar pada penampilan keseluruhan ruang.
3. Gunakan Kertas Dinding atau Pelekat Dinding
Jika anda bosan dengan dinding yang membosankan, pertimbangkan untuk menggunakan kertas dinding atau pelekat dinding. Terdapat pelbagai corak dan reka bentuk yang boleh menambah dimensi dan keunikan kepada bilik anda. Kertas dinding boleh digunakan pada satu bahagian dinding untuk kesan aksen yang menarik, manakala pelekat dinding adalah pilihan yang cepat dan mudah untuk perubahan.
4. Guna Semula Barang Lama sebagai Hiasan Baru
Barang-barang lama yang mungkin dianggap tidak berguna boleh diubah menjadi hiasan yang unik. Contohnya, gunakan bekas botol kaca lama sebagai pasu bunga atau candelier DIY. Bekas tin boleh dicat dan digunakan sebagai penanam tanaman kecil. Kreativiti anda adalah had untuk jenis-jenis projek ini!
5.Ubah Susunan Perabot
Kadang-kadang, perubahan dalam susunan perabot boleh memberikan nafas baru kepada ruang. Cuba susun semula perabot anda dalam format yang berbeza. Pertimbangkan untuk mengubah kedudukan meja, sofa, dan kerusi untuk mencipta aliran yang lebih baik dan menjadikan ruang kelihatan segar.
6. Tukar Aksesori dengan Pilihan Baharu
Tukar aksesori kecil seperti tombol pintu, pemegang laci, atau bingkai gambar dengan reka bentuk yang lebih moden. Aksesori kecil ini seringkali diabaikan tetapi boleh memberi impak yang besar pada penampilan keseluruhan ruang.
7. Gunakan Cermin untuk Mencipta Ilusi Ruang
Cermin boleh mencipta ilusi ruang yang lebih luas dan cerah. Jika anda mempunyai cermin lama yang sudah usang, pertimbangkan untuk menukar bingkainya dengan yang lebih moden atau cat semula bingkai tersebut. Letakkan cermin di tempat strategik untuk memperbesar ruang dan memberikan kesan visual yang menarik.
8.Buat Projek DIY untuk Hiasan Unik
Jika anda suka tangan, projek DIY boleh menjadi cara yang seronok untuk mengubah barang lama. Buat hiasan baru dari barang-barang yang tidak digunakan seperti membuat lampu gantung dari pinggan lama atau rak dinding dari kayu terbuang. Projek DIY bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga membolehkan anda mencipta hiasan yang benar-benar unik dan peribadi.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Dengan sedikit kreativiti dan usaha, anda boleh mengubah hiasan lama menjadi baharu dan segar tanpa perlu keluarkan belanja yang banyak. Eksperimen dengan idea-idea ini dan lihat bagaimana ruang anda berubah menjadi tempat yang penuh dengan gaya dan keperibadian.
Untuk keluarga yang mempunyai ana-anak yang masih kecil, ruang tamu adalah tempat yang paling sibuk di dalam kediaman. Di ruang tamu lah tempat untuk beristirehat, menonton TV, bermain dan sebagainya. Bila dah jadi macam ni, isu rumah berselerak dan keselamatan lah menjadi keutamaan. Bagi memastikan ruang tamu anda selesa dan menjadi sebahagian play area untuk anak-anak, ini perkara yanag WAJIB di teliti:
BENTANG KARPET
Karpet ini bukan sahaja memberi keselesaaan kepada si cilik ketika bermain di ruang yang disediakan, malah ia sebagai sistem “zone” yang memisahkan ruang bermain dan bahagian yang lain. Pilih permaidani yang berwarna warni atau mempunyai karekter yang diminati oleh anak anda
Nota: Jangan pilih karpet dari jenis berbulu kerana ia mudah memerangkap habuk. Sebaiknya pilih jenis rug atau tatami yang mudah di cuci dan dibersihkan
SEDIAKAN RUANG PENGSTORAN
Sesetengah ruang di dalam kedaiman anda, mempunyai potensi sebagai ruang bermainan seperti di bawah tangga. Oleh itu sediakan kemudahan seperti bekas simpanan permianan atau rak untuk memudahkan anak anda menyimpan perminan. Disamping itu juga, kanak-kanak lebih cenderung bermain di tempat simpanan perminannya sahaja. Jadi secara tidak langsung, ia mampu mengelak ruang tamu anda dari berselerak dengan permainan
KESELESAAN OPTIMUM
Letak beberapa biji kusyen, floor pillow atau bean bag untuk menjadi tempat “landing” si cilik sambil bermain di sudut yang telah dipilih menjadi play area. Dah penat bermain, mesti mereka nak rehat seminit dua sebelum bangun semula dan teruskan bermain. Kanak-kanak kan suka berimagenasi, sementara mereka mencari idea, boleh baring atau duduk santai jika kemudahan tersebut disediakan
KELENGKAPAN
Menambah kemudahan dan keselesaan saat bermain di ruang atau sudut khas, sediakan kerusi atau meja mengikut kesesuaian saiz si cilik. Nanti, tak adalah permaian bersepah atas meja. Secara tidak langsung, ia lebih menggalak anak anda berfikir secara kreatif
DINDING MENCONTENG
Elak dinding anda menjadi tempat lakaran seni si cilik? Ini yang anda perlukan. Sediakan sebuah dinding padu, menjadi papan hitam sebagi ruang ekspirasi. Boleh guna cat atau pelekat “chalk board” yang banyak terdapat di pasaran. Jika anak anda masih kecil dan belum berminat untuk menconteng atau melakar, boleh gantikan dengan didning berwarna warni atau “Buzy board”
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.