Lalat putih (Trialeurodes vaporariorum) adalah serangga sap jenis menghisap yang sering dijumpai dalam rimbunan bawah daun yang tebal. Ia menyebabkan kerosakan dengan menghisap jus daripada daun, batang dan bahagian pokok yang lembut. Lama-kelamaan pokok-pokok perumah lalat putih ini menjadi lemah dan mudah terdedah kepada penyakit. Hasil daripada gangguan ini daun-daun pokok akan menguning dan menjadi terbantut.
Seperti aphids, whiteflies merembeskan bahan buangan dimana ia meninggalkan kesan melekit atau ditutup dengan kesan hitam. Mereka juga bertanggungjawab untuk menghantar beberapa virus pada tumbuhan.
Lalat ptutih dewasa berukuran (1/16 inci panjang) mempunyaifizikal seperti rama-rama. Ia mempunyai sayap putih yang berhabuk dan antena pendek. Serangga perosak ini mudah dikenali dan sering ditemui berhampiran puncak tumbuhan atau pada hujung batang.
SIMPTOM
Lalat putih menghisap cairan pada bahagian pokok yang diserang. Serangga ini menyerang secara berkelompok. Serangan lebih ketara pada bahagian daun. Pokok yang diserang akan kehilangan banyak air dan nutrien, lalu menyebabkan pertumbuhannya terjejas.
Bahan buangan lalat putih adalah berbentuk rembesan madu dan mudah dijangkiti oleh kulat jelaga hitam. Jelaga hitam pada daun akan menyebabkan proses fotosintesis terhalang dan seterusnya akan menyebabkan pertumbuhan pokok terganggu dan tidak sihat.
Dengan kehadiran bena putih, semut dan kutu trips akan mula banyak pada pokok. Semut dan trips adalah pemusnah biologi kepada lalat putih. namun, ia akan mendatangkan masalah lain keapda pokok pula dan akan memberi kesan kerinting pada pokok. Dengan pengawalan serangga yang terkawal serta berjadual, kehadiran serangga ini dapat dikekang. Pelbagai simptom penyakit juga dapat dihindari.
KAWALAN
Peringkat awal serangan, permukaan daun tidak terjejas dengan masalah kerinting atau kerekot.Oleh itu, cara mengatasinya adalah dengan memangkas dan memusnah segera bahagian yang terjejas. Untuk mengatasi masalah yang sama berulang, Semburkan keseluruhan pokok terutamanya di bahagian belakang daun dengan semburan kawalan perosak yang boleh di dapati di pasaran.
Jadikan semburan kawalan serangga sebagai rutin untuk setiap dua minggu sekali untuk memastikan serangan lalat putih kembali. Disamping itu, Sedaiakn ruang antara tanaman untuk pengudaraan. Bila bawah daun kering, lalat buah tak nak datang lagi dah.
Resepi racun organik untuk lalat putih
Bahan-bahan:
1 labu Bawang putih
300ml/ 1 cawan air
1 sudu besar Minyak masak
1 sudu kecil Sabun cecair pencuci pinggan
Cara-cara:
1. Kisar halus bawang putih bersama 1 cawan air dan dibiarkan rehat atau peram 24 jam
2. Tapis bahan kisar yang tealh di perap 24 jam dan campurkan bersama minyak masak dan pencuci pinggan.
3. Sembur pada keseluruhan pokok dan paling penting bahagian bealkang daun.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI