Sememangnya papan pemotong merupakan salah satu peralatan wajib ada dalam setiap dapur. Majoriti kita akan gunakan papan pemotong hingga bertahun lamanya. Tetapi tahukah anda, papan pemotong boleh menjadi tempat pembiakan dan penyebaran kuman paling efektif! Lebih-lebih lagi yang sudah bercalar dan berdaki hitam.
Menurut perkongsian dari Public Heatlh Malaysia ini, papan pemotong yang sudah dalam kondisi sebegini merupakan salah satu punca utama keracunan makan seterusnya mengakibatkan cirit-birit dan sakit perut.
Ini kerana kesan calar pada permukaan papan pemotong tersebut mungkin mengandungi kuman berbahaya yang kebiasaannya terdapat pada daging dan ikan seperti Salmonella, E Coli dan lain-lain.
Kajian juga telah membuktikan bahawa setiap 1 cm persegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini bermakna kadar kotor papan pemotong adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman di tandas anda.
Jadi, bagaimana untuk mengatasi permasalahan ini? Jom ikuti perkongsian dibawah.
Ads
Lihatlah papan pemotong yang ada di rumah anda dan di kedai kedai makan. Adakah ia telah calar balar, berdaki dan telah berkulat?
Sebenarnya, inilah antara sumber keracunan makanan yang menyebabkan anda cirit-birit dan sakit perut.
Ads
Walaupun keadaan papan pemotong telah daif dan tampak menjijikkan, jangan tak tahu, RAMAI yang masih menggunakannya!
Rekahan dan kesan calar pada papan pemotong adalah “lubuk” bagi kuman seperti Salmonella, e coli dan sebagainya.
Selain itu, perkongsian penggunaan papan pemotong bagi bahan mentah (ayam,ikan, daging) dan sayuran/ buah buahan juga perlu dielakkan.
Ads
Contohnya selepas anda memotong ayam, kuman pada ayam mentah akan melekat di papan pemotong, kemudian dengan papan yang sama anda potong sayur ulam dan buah buahan.
SARANAN
1. Gantikan papan pemotong jika telah ada kesan calar dan berdaki
2. Gunakan papan pemotong berbeza untuk bahan mentah dan sayuran/ buah.
Jika anda memiliki sejumlah pokok berbunga, apa kata wujudkan kelainan dengan menjadikan ia sebahagian cut flower yang boleh dijadikan hiasan di sudut kediaman anda. Contohnya anda boleh menjadikan kuntuman mawar, bunga kemboja dan lain-lain lagi menjadi elemen hiasan dalam pasu hiasan bersaiz kecil, sebagai penyeri meja kopi ataupun ketika menghidangkan minum petang. Memaksimumkan fungsi tumbuh-tumbuhan di taman bukan sahaja menjana kreativiti sebagai pemilik taman tetapi dalam masa yang sama ia mampu menyerlahkan rupa terbaik tanaman dalam setiap aspek kehidupan sehari-hari.
Kaedah Mengekalkan Kesegaran Cut Flower
Bunga dituai ketika ia dalam keadaan segar iaitu sama ada pada awal pagi atau lewat petang. Elakkan memotong kuntuman bunga di luar waktu ini.
Buang daun yang berada di paras paling rendah pada setiap batang. Ini bagi mengelakkan daun ini terendam di dalam air ketika diletakkan di dalam pasu.
Potong batang pokok (stem) bunga menggunakan peralatan tajam dan jika boleh lakukan proses pemotongan dengan membawa bekas berisi air di taman. setelah memotong masukkan bunga-bunga tadi dengan segera ke dalam bekas tersebut. Situasi terendam ini dapat menghalang gelembung udara daripada tersumbat di dalam batang.
Letakkan bahan-bahan di dalam bekas bersih dengan air suam pada suhu bilik.
Sentiasa pastikan cut material berada di dalam air semasa proses menggubah kerana ia akan menghalang pokok bunga tadi kehilangan lembapan melalui proses transpirasi.
Sentiasa guna bekas atau pasu bersih yang diletakkan dengan bahan pengawet untuk memanjangkan tempoh kesegaran bunga. Kebiasaannya bunga tanpa pengawet akan bertahan kurang dari seminggu.
Gunakan bahan pengawet bunga untuk membekalkan nutrien dan mencegah pertumbuhan bakteria.
Pengawet Bunga (floral preservatives)
Formula untuk pengawet bunga adalah mudah. Ia terdiri daripada tiga bahan utama iaitu gula (dektrosa, bukan sejenis gula makan). Ia menyediakan sumber tenaga karbohidrat agar bunga boleh menjalankan proses respirasi. Kaedah ini membantu tunas untuk berkembang menjadi bunga.
Biocide ( mengawal pertumbuhan bakteria). Tanpa bahan ini, kehadiran gula ke dalam air akan meningkatkan bakteria yang akan menyerang batang(stem) dan memendekkan hayat cut flower
Acidifier ( merendahkan pH air dan meningkatkan kadar resapan air). Pengawet bunga komersial boleh dibeli di dalam cecair atau serbuk di kedai bunga. Pastikan anda mengikut arahan tertera sebaiknya. Sebagai panduan jika anda ingin menggantikan bahan pengawet ini dengan bahan sedia ada di rumah, anda boleh menggunakan pencuci mulut Listerine . Satu auns Listerine dicampurkan ke dalam satu gelen air akan menghasilkan kandungan yang tepat sebagai bahan pengawet.
Cara Mengendalikan Cut Flower
Tumbuh-tumbuhan berbeza dari segi komposisi dan tabiat pertumbuhan, oleh itu penjagaan dan pengendalian teknik mungkin berbeza-beza untuk setiap spesies. Kenali karakter pokok anda sebelum ia dijadikan cut flower.
Elakkan memotong bunga yang masih belum matang kerana struktur sel masih belum berkembang sepenuhnya dan berfungsi untuk menghalang bunga tersebut dari layu.
Spesies dengan hayat pendek seperti bunga raya, iris, teratai, dan mawar mestilah dipotong pada peringkat putik dan ia akan berkembang ketika di dalam pasu.
Lakukan teknik pemotongan clean cut dan berbucu tajam berbanding potongan lurus dan mendatar, kerana kaedah ini akan melancarkan proses penyerapan air yang lebih baik untuk mengekalkan kesegaran bunga.
Kebanyakan cut flower akan tahan lebih lama apabila diletakkan di tempat teduh atau pada suhu rendah. Spesies seperti bird of paradise, orkid, ginger, anthurium dan spesies tropika kebiasaannya tahan lasak pada cuaca panas, tetapi pastikan anda tidak meletakkan pasu berisi bunga-bunga segar ini secara langsung di bawah sinaran cahaya matahari.
Buah-buahan segar dan sayuran membebaskan gas ethylene, iaitu sejenis kondisi natural untuk menjadikan buah-buahan tersebut masak dan ranum. Apabila buah-buahan atau sayuran seperti pisang, lobak merah dan epal digabungkan bersama gubahan bunga, gas ini secara drastik akan memendekkan hayat bunga segar ini tadi. Oleh itu pamerkan bungaan segar anda secara solo.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Biar dapur kecil asalkan kita puas hati dengan kualiti yang ada dan memberi ilham sehabis baik untuk menyerlahkan seri dan nilai praktikalnya.
KECIL TIDAK BERMAKNA SEMUA BENDA KENA SIMPLE. BOLEH JE KITA PADANKAN ASAL ADA PLANING DAHULU.
Dapur kecil tidak semestinya menjadi halangan untuk mencipta ruang yang selesa dan fungsional. Dengan rekaan yang bijak, dapur kecil boleh kelihatan lebih luas. Berikut adalah sembilan inspirasi untuk anda:
1. Dapur Berbentuk L
2. Dapur Berbentuk U
3. Menggunakan Kayu dan Marmar
4. Guna Elemen yang fleksibel dan tidak membebankan ruang
5. Dapur Terbuka
Warna Cerah: Gunakan warna-warna cerah seperti putih untuk dinding dan perabot bagi memberi ilusi ruang yang lebih besar.
Kabinet Terbuka: Pilih rak terbuka atau kabinet dengan pintu kaca untuk mengurangkan rasa sempit.
Pencahayaan Maksimal: Pastikan dapur mendapat pencahayaan yang baik, baik dari cahaya semula jadi mahupun lampu.
Penggunaan Cermin: Cermin di dapur boleh memantulkan cahaya dan membuat ruang tampak lebih luas.
Perabot Multifungsi: Gunakan perabot yang mempunyai lebih dari satu fungsi untuk menjimatkan ruang.
Rekaan Vertikal: Manfaatkan dinding untuk rak dan penyimpanan tambahan.
Pintu Geser: Pintu geser menghemat ruang berbanding pintu biasa.
Minimalisme: Kurangkan barang-barang yang tidak diperlukan untuk menjaga kerapian dan keluasan.
Peralatan Kecil: Pilih peralatan dapur yang bersaiz kecil atau kompak untuk penjimatan ruang.
IMPIANA : Dengan mengaplikasikan tip-tip ini, dapur kecil anda dapat berfungsi dengan lebih efisien dan kelihatan lebih luas. Selamat mencuba!
Pelbagai kaedah penyimpanan barang dapur basah yang telah dikongsikan oleh suri rumah tangga. Ia Bukan sahaja stok tersusun rapi, malah lebih tahan lama dalam simpanan. Menjelang ramadhan beberapa hari lagi di tambah pula masih dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan), sudah pasti ramai yang mengambil keputusan untuk “stock up” barang dapur.
Seorang ibu muda انا سوليانا @anasulianna berkongsi kaedah simpanan yang bukan sahaja tersusunan dan tahan lama malah memudahkan tugas memasak. Nampak macam leceh, tapi sangat membantu dan mempercepatkan kerja.
1. IKAN, AYAM DAN DAGING DISIMPAN DALAM ZIPLOCK BAG
Ini perkara pertama yang perlu anda lakukan ketika menguruskan barang yang dibeli dari pasar. Basuh bersih sumber protein anda sebelum dibungkus di dalam ziplock bag. Untuk lebih mudah, bahagi-bahagikan saiz simpanan mengikut portion hidangan. Letakkan label seperti puan ana buat, sebab bila bahan protein ni sudah membeku bentuknya hampir sama. Jadi, tak perlu belek cari.
Ini cara susunan di dalam ruang sejuk beku
2. SAYUR BERDAUN SIMPAN DALAM ZIPLOCK BAG YANG BERALASKAN TISU
Tidak perlu cuci sayur berdaun. Hanya apa yang perlu anda lakukan adalah potong mengikut saiz hidangan dan simpan dalam ziplock bag yang telah diletakkan tisu.
Labu pun simpan di dalam ziplock bag. Lihat, dah seminggu disimpan masih tak terjejas fizikalnya
3. CILI SIMPAN DALAM BEKAS BERALAS TISU
Untuk sebarang jenis cili, buang tangkainya dan simpan di dalam bekas berlapik tisu. Petua tambahan untuk tahan lama, letakkan beberapa ulas bawang putih di dalam bekas simpanan cili
4. KITAR SEMULA BOTOL KACA
Untuk simpan halia, lengkuas, serai, kunyit dan seangkatan dengannya, simpan di dalam botol kaca terpakai dan isikan air bersih
5. SIMPAN DAUN HERBA DALAM SEJUK BEKU
Untuk daun herba seperti daun limau, daun kari, daun sup, daun kunyit dan sebagainya, letakkan di dalam ziplock bag atau bekas dan simpan di bahagian sejuk beku
6. WRAP KOBIS
Potong kobis mengikut saiz hidangan dan bungkus menggunakan plastik wrap setiap satu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...