Cadar adalah kemasan lembut yang menjadi hamparan melindunggi tilam. Terdapat pelbagai warna, corak, tekstur dan fabrik cadar tilam untuk pilihan anda. Namun, ada beberapa warna yang perlu dielak bagi mengatasi masalah hama di tempat tidur
ELAK WARNA HITAM DAN MERAH
Melalui kajian yang tercatat di dalam Journal of Medical Entomology 2016, sejumlah hama telah dibiakkan di dalam makamal. Terdapat 28.5% hama yang dibiak gemar bersembunyi, bertelur dan bersarang pada kain berwarna hitam. Manakala 23.4% pula gemarkan warna merah
Memiliki lantai yang beralaskan karpet memang mempunyai banyak kelebihan. Ia berupaya memberi keselesaan kepada kaki, malah dekorasi kediaman kelihatan mewah. Cuma satu hal yang paling tidak digemari adalah karpet menjadi tempat perangkap habuk. Habuk tak apa lagi, boleh vakum. tapi rambut atau lebih-lebih lagi bulu haiwan peliharaan adakalanya sukar dibersihkan oleh vakum.
Sebenarnya, ada cara mudah dan tak memerlukan kos yang tinggu untuk penyelesaian masalah ini. Ini bahan-bahan yang perlu anda sediakan:
Botol semburan
Pelembut pakaian
Air
Berus rambut
1. Bancuhkan Beberapa titik pelembut pakaian bersama air di dalam botol semburan
2. Sembur campuran air pelembut pakaian tadi pada permukaan karpet yang hendak di buang bulu atau rambut. Sembur sikit demi sedikit
3. gunakan berus rambut dan cuba berus permukaan karpet tadi.
Ulang langkah yang sama jika perlu. Untuk lebih mudah, gunakan berus rambut yang mempunyai pemegang lebih panjang untuk keselesaan
Restoran kegemaran rakyat Malaysia, apa lagi kalau bukan IKEA. Sebut sahaja IKEA pasti nampak meat ball kan. Ohhh… bukan untuk kali ini. IKEA juga inginkan rakyat Malaysia hidup sihat dengan gaya hidup yang sempurna. Segalanya bermula dari rumah. Rumah dah cantik makan pun kenalah makanan yang sihat bukan.
IMPIANA tertarik dengan konsep makanan dan hidangan yang cukup menyelerakan ini. Apa lagi boleh la cuba lepas ni.
Hidangan yang cukup mengiurkan ini semuanya berasaskan dari sayuran. Memang terbaiklah!
Nikmati hidangan yang berasaskan tumbuhan yang menyelerakan lagi berkhasiat! IKEA Malaysia kini menawarkan pilihan makanan berasaskan tumbuhan yang lazat dan berpatutan kepada semua! Menampilkan Burger Berasaskan Tumbuhan, Schnitzel Berasaskan Tumbuhan, Jejari Ikan Berasaskan Tumbuhan, Pasta Tomato Bebola Sayuran, Wrap Bebola Sayuran serta Kroisan Telur Masak Hancur dengan hidangan sampingan berasaskan tumbuhan dan salad, IKEA bakal mencetuskan satu hala tuju baharu ke arah kehidupan harian yang lebih baik dan lestari.
Dengan harga berpatutan daripada RM4.90 – RM12.90, rangkaian makanan berasaskan tumbuhan ini boleh didapati di semua Restoran IKEA Malaysia. Hidangan-hidangan lazat ini boleh dinikmati melalui makan di restoran, bawa pulang, atau Perkhidmatan Pesan & Ambil IKEA Food.
Pelancaran menu baharu ini mencerminkan usaha IKEA Malaysia untuk menawarkan makanan yang sihat, lestari dan berpatutan kepada orang ramai, selain membangkitkan selera mereka dengan suntikan ciri kelainan. Oleh sebab makanan merupakan keperluan kita semua, kita harus lebih peka terhadap pilihan makanan kita bagi melindungi alam sekitar. Kini, anda dapat mengorak langkah ke arah bumi yang lebih hijau secara mudah dengan memilih makanan berasaskan tumbuhan yang lazat, berpatutan, lagi berkhasiat!
Ingin menikmati makanan lazat sambil menyumbang? Pastikan anda membeli Kombo Hari Makanan Sedunia dari 16 hingga 31 Oktober 2021 yang termasuk Schnitzel & Sup Cendawan berasaskan Tumbuhan pada harga RM12.90. Bagi setiap kombo yang dijual, sebanyak RM2.00 akan disalurkan kepada HOPE Worldwide Malaysia bagi membiayai program pengagihan makanan.
Semua barangan makanan berasaskan tumbuhan ini akan kekal dalam menu IKEA, kecuali Burger Berasaskan Tumbuhan yang hanya tersedia untuk waktu terhad hingga 31 Oktober 2021.
Anda adalah apa yang anda makan. Teruskan langkah dalam mengamalkan pemakanan berasaskan tumbuhan dalam kehidupan harian anda! Makanan yang mesra bumi pastinya baik untuk kesejahteraan anda. Untuk maklumat lanjut tentang menu makanan berasaskan tumbuhan IKEA, layari: IKEA.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.