Nak masak ikan, ayam mahupun daging yang telah dibekukan, esti anda perlu letak bahan tersebut pada suhu bilik untuk tempoh 1 jam dan mungkin lebih. Tapi, macam mana pula kalau anda lupa nak keluarkan? Kebiasaannya, mak-mak akan merendam bahan sejuk beku tersebut di dalam air atau menggunakan microwave. Tahu tak, ia akan menjejaskan tekstur dan kandungan khasiat yang terdapat di dalam makanan.
Ada dua cara yang paling mudah dan cepat sebenarnya untuk defrost makanan sejuk beku seperti ikan, ayam dan daging. Hanya 5-15 minit sahaja masa yang diperlukan.
GUNA PERIUK
Ads
Bagi yang tak ada microwave, ada juga cara lain yang boleh dicuba selain merendam lauk pauk di dalam air. Anda hanya perlukan dua buah periuk ‘steel’. Basuh ikan/ayam/daging dengan cara mengalirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terlangkupkan periuk pertama dan susun lauk beku anda pada bahagian belakang (bontot) periuk. Ambil periuk kedua dan isi air didalamnya. Kemudian letakkan di atas lauk tadi. Biarkan dan tunggu daging lembut. Masa yang diambil bergantung kepada tekstur bahan. Paling sesuai guna cara ini adalah untuk melembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.
Ads
GUNA CUKA MAKAN
Ads
Untuk cepatkan daging beku lembut, anda juga boleh menggunakan cuka makan. Caranya mudah sahaja. Ambil daging yang hendak dilembutkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka makan di dalamnya. Cuka mampu menurunkan suhu kebekuan serta pada masa yang sama, mampu menjadikan daging empuk dengan mudah apabila dimasak. Setelah daging lembut, bilas dan masaklah seperti biasa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dinding jika dibiar kosong, mungkin akan nampak hambar dan bosan. Lebih-lebih lagi pada dinding dalam ruang yang menjadi tumpuan tetamu, jika setiap dinding dibiar polos tanpa sebarang hiasan, tentunya ruang akan kelihatan kurang menarik. Oleh sebab itulah, pemilik digalakkan untuk memilih satu dinding untuk dijadikan feature wall sebagai titik tumpu dalam sesebuah ruang. Ini akan sekaligus mengubah “mood” ruang dengan menjadi lebih berkarakter.
Selain menggunakan rona cat yang menonjol, kita juga boleh gunakan kertas dinding mahupun wainscoting sebagai daya penarik untuk dinding yang kosong. Terdapat satu lagi pilihan bagi mendapatkan dinding yang menarik, iaitu Shiplap.
APA ITU SHIPLAP?
Mendapat nama dari teknik membina kapal atau bot, Shiplap biasanya dipasang pada bahagian luar bangunan atau kediaman sebagai lapisan perlindingan.
Tetapi berbeza kegunaannya pada bahagian dalam rumah, Shiplap merupakan salah satu alternatif hiasan dinding untuk ruang yang mahukan kelainan dengan citarasa rustik dan vintaj.
Lapisan papan yang disusun bertingkat dengan sedikit jarak diantara setiap satunya akan menjadi sebuah elemen dekorasi yang cukup menarik. Papan boleh disusun dalam keadaan melintang ataupun menegak agar ia dapat memberikan ilusi sebuah ruang yang lebih lapang, luas dan tinggi.
Memalui perkongsian saudara Mohd Asmawi Bin Che Ghani di facebook, beliau telah berjaya membina sendiri dinding Shiplap dikediaman dengan kos lebih kurang RM100 sahaja. Memang jimat, dan berbaloi kalau nak dibandingkan dengan efek dari rekabentuk menarik ini.
Rumah cantik, dinding jadi lebih menarik, dan duit pun jimat. Jom kita cuba!
Sharing :
Belajar2 buat shiplap wall..
Alhamdulillah siap. Tinggal nak letak frame je..
Modal lebih kurang RM100 dah boleh buat isteri tersenyum.
Barang Yang Diperlukan :
MDF board 2 keping saiz 6mm 4×8 kaki boleh beli di Hardware
Cat (scooter by jotun)
Gam/ bond
Lain2 brg guna yg sedia ade n bleh tgok pic di bwah
Langkah-langkahnya :
Potong papan mengikut ukuran. Jika tiada alat memotong di rumah, boleh minta pihak hardware potongkan siap-siap.
Tandakan dinding sebagai panduan sebelum menampal agar kerja lebih mudah 3. Tampal papan satupersatu menggunakan gam (kayu)4. Bagi memastikan jarak antara setiap papan adalah sama, gunakan 2 keping 50 sen sebagai guide 5. Sapukan lapisan perlindingan sebelum mengecat dengan warna pilihan anda6.Biarkan lapisan kering sepenuhnya terlebih dahulu7. Kemudian baru cat permukaan papan dengan warna yang telah anda pilih8. Kemaskan dan biarkan kering 9. DAH SIAP!
Meja solek bagaikan satu kemestian di dalam bilik tidur utama. Ia bukan memberi fugsi malah menajdi pelengkap dekorasi di dalam bilik. Tidak kira besar atau kecil ruang sesebuah bilik, tanpa kehadiran meja solek bagaikan tidak lengkap.
Tidak semestinya untuk menyediakan sudut meja solek anda memerlukan perabot yang di reka bentuk khas bagi tujuan tersebut, olahan bijak perlu dilakukan. Impiana mencadangkan anda untuk menggunkan rak dinding, meja konsol, meja belajar dan laci untuk diubah suai menjadi meja solek. Secara tidak langsung, reka bentuk meja solek yang dizahirkan kelihatan lebih unik dan jimat poket.
Berikut idea meja solek dari IMPIANA:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setelah sebulan menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri sememangnya satu musim perayaan yang amat dinanti-nantikan masyarakat Muslim negara kita. Luangan waktu bersama keluarga dan keenakan juadah seperti ketupat, lemang dan rendang membawa senyuman kepada ramai serta mengukir kenangan indah buat semua yang menyambutnya.
Meskipun sambutan bulan Syawal tahun ini dan tahun lepas agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, rakyat Malaysia masih meraikan ketibaan bulan ini dengan penuh keriangan. Antara perkara yang biasanya dilakukan adalah memperbaharui ruang tamu dengan dekorasi yang cantik untuk memberi nafas baharu kepada suasana di rumah.
Memandangkan lebih ramai yang kini mendapatkan keperluan rumah di atas talian, di sini Impiana ingin berkongsi beberapa barangan yang wajib anda beli di Shopee sempena kempen Raya Bersama Shopee yang sedang berlangsung hingga 14 Mei, untuk memastikan tahun ini anda menyambut Raya dengan penuh bergaya!
Langsir
Gambar Shopee
Langsir di ruang tamu atau bilik memainkan peranan yang amat penting untuk menentukan mood di ruang tersebut. Sebagai panduan, jika sesebuah ruang dilengkapi warna dinding dan permaidani yang terang, warna langsir wajar mempunyai tona yang lebih neutral. Sebaliknya, jika ruang dan perabot mempunyai tona neutral, maka anda boleh gunakan langsir yang berwarna lebih terang untuk menceriakan suasana. Pelbagai jenis pilihan langsir boleh didapati di Shopee, contohnya daripada kedai ini yang menawarkan kain langsir dalam pelbagai corak dan warna
Permaidani
Gambar Shopee
Selain langsir, permaidani yang baharu juga mampu menaikkan seri ruang tamu anda. Pilihlah permaidani yang sesuai dengan tema ruang tamu, agar ruang dalaman rumah anda kelihatan indah di Hari Raya. Bagi mereka yang ingin membeli permaidani baharu, jangan lupa untuk mengukur bahagian ruang tamu anda terlebih dahulu supaya dapat memilih permaidani dengan ukuran yang sesuai. Kedai ini di Shopee menawarkan permaidani dengan pilihan corak moden yang menarik.
Perabot
Gambar Shopee
Tidak dapat dinafikan perabot yang digunakan di rumah menentukan tema bagi reka bentuk dalaman rumah tersebut. Jika set perabot yang sedia ada di rumah anda telah lama digunakan, mungkin tahun ini merupakan masa yang sesuai untuk mendapatkan set yang baharu bagi menyambut Syawal yang bakal tiba.
Kepada mereka yang sedang mencari meja kopi baharu untuk menghiasi ruang tamu, anda boleh mendapatkannya dari kedai ini dan anda boleh pilih daripada warna hitam, putih, kuning atau kelabu mengikut tema warna ruang tamu anda. Selain itu, pelbagai kelengkapan perabot lain juga ditawarkan seperti kerusi ini yang bergaya moden.
Wallpaper
Gambar Shopee
Wallpaper merupakan aspek yang wajar dititikberatkan jika ingin memberi penampilan yang baharu dan lebih menarik kepada bilik atau ruang anda. Kini, terdapat wallpaper lekat sendiri atau self-adhesive yang senang digunakan dan memberi kemudahan untuk pemilik rumah menukar penampilan dinding mengikut cita rasa masing-masing. Antara wallpaper yang terdapat di Shopee untuk menaik taraf dinding rumah anda boleh dibeli di sini.
Warna putih pada dinding mampu menjadikan ruang tersebut kelihatan lebih besar dan terbuka. Warna sejuk seperti hijau dan biru amat menenangkan, manakala warna panas seperti jingga atau kuning dapat menimbulkan suasana yang lebih ceria dan meriah.
Pokok hiasan
Gambar Shopee
Akhir sekali, hiasan tanaman seperti pokok hidup dapat membawa banyak kebaikan kepada anda sekeluarga. Selain mewujudkan suasana yang aman, ia dapat mengurangkan stress, meningkatkan kualiti udara serta produktiviti semasa bekerja dan juga membantu sebagai sesuatu cara terapi ketika berkebun. Terdapat beberapa jenis pokok yang sesuai untuk diletakkan di dalam rumah, antaranya pokok Calathea Makoyana. Bagi mereka yang kurang mahir dalam penjagaan pokok hidup, pokok tiruan juga boleh digunakan untuk menambahkan keindahan ruang tamu, bilik, dapur dan juga bilik air.
Jika anda sudah pun memiliki pokok hiasan di dalam rumah, anda boleh menambah serinya lagi dengan menggunakan pasu rotan berkaki yang boleh dibeli dari kedai ini.
Sudah tentunya, bukan itu sahaja yang bakal menarik hati anda ketika melayari aplikasi Shopee, kerana kempen Raya Bersama Shopee menawarkan para pengguna penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum dan tawaran daripada serendah RM1.
Para pengguna juga boleh menikmati hari membeli-belah yang sangat istimewa iaitu Pesta Jualan Raya pada 5 Mei, yang bakal menawarkan tawaran yang menakjubkan kepada rakyat Malaysia serta diskaun hingga 80% untuk peralatan rumah, perabot, pakaian Hari Raya, hiasan dan banyak lagi sebagai persiapan untuk Hari Raya.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.