Untuk pindah ke rumah baru memang menyeronokkan. Tapi perkara yang paling tidak digemari adalah apabila anda perlu mengemas dan membungkus barang yang perlu dibawa. Pening kepala dibuatnya nak membungkus barang-barang untuk di bawa pindah. Berikut 12 tip yang dapat membantu anda mengemas dan membungkus barang untuk pindah dengan mudah:

1. BUANG SEMUA BARANG YANG TIDAK DIPERLUKAN
Untuk buang semua memang agak mustahil, tapi setidaknya buang barang yang memang langsung tidak diperlukan lagi. Jika anda rasa barang tersebut berharga dan masih dalam keadaan baik, boleh jual semula.

2. SUSUN BARANG MENGIKUT KATEGORI
Setelah asingkan barang-barang yang tidak diperlukan, susun mana perlu mengikut kategori dan labelkan. Ia bagi mengelak anda membungkus barang yang salah dan mempercepatkan kerja-kerja mengemas

3. KUMPULKAN KOTAK
Pastikan kotak untuk menyimpan barang tersedia secukupnya. Tapi, pastikan kotak yang digunkan berkualiti untuk mengelak sebarang masalah jika anda hanya menggunkan kotak-kotak yang nipis. Mungkin ia akan koyak. Sebaiknya, pergi ke kedai-kedai runcit atau lebih baik pasar raya untuk mendapatkan kotak-kotak terpakai yang berkualiti.

Artikel berkaitan: 6 Perkara WAJIB Anda Lakukan Sebelum Masuk Rumah Baru, Bukan Sekadar Cuci Sahaja

4. SIMPAN BARANG ELEKTRIK DALAM KOTAK ASAL
Sebaiknya apabila anda membeli barangan elektrik jenis sensitif  terutamanya TV, pemain cakrapadat dan lain-lain, simpan kotaknya. Gunakan semula kotak tersebut untuk membungkus kelengkapan elektrik dikediaman anda 

5. MENGEMAS LEBIH AWAL
Barang-barang yang tidak diperlukan seperti pinggan mangkuk, buku, peralatan memasak dan sebagainya boleh disimpan di dalam kotak secara perlahan-lahan lebih awal. Hanya tinggal keperluan dan kelengkapan sehingga tempoh berpindah sahaja

6. PEK BARANG DEKORATIF DULU
Antara item yang paling awal perlu di kemas adalah barang perhiasan, ornamen dan dekoratif yang terdapat di dalam kediaman anda. Jika rumah yang hendak dipindah telah sedia, mungkin anda boleh bawa barang-barang tersebut terlebih dahulu sebelum tibanya masa tarikh pindah. Cara ini juga dapat mengelak masalah barang-barang yang memerlukan pengurusan teliti seperti pasu seramik, bingkai gambar dari mudah pecah

7. LABELKAN SETIAP BUNGKUSAN BARANG
Tak kiralah bungkusan kotak mahupun plastic, labelkan setiap satu dengan terperinci. Antara info yang perlu dipaparkan pada kotak bungkusan anda ialah jenis berang secara terperinci dan lokasi. Ia memudahkan pencarian dan pengurusan. Jadi, tak perlu lah anda punggah setiap kotak untuk mencari barang-barang yang diperlukan dan susun bungkusan terus ke lokasi yang telah dinyatakan

8. GUNAKAN KOTAK YANG KECIL UNTUK BARANG BERAT
Elak bungkusan anda sukar dan berat untuk diangkat, gunakan kotak-kotak kecil untuk mengisi barang-barang yang berat seperti buku. Biar banyak kotak bungkusan dari menggunkan satu kotak yang besar dan terlalu berat untuk di angkat. Silap-silap, boleh koyak kotak. Dah jadi dua kali kerja

9. GUNAKAN TAPE PELEKAT KUAT
Ramai yang ambil lewa untuk memilih tape pelekat walhal ia merupakan barang asas paling penting. Pastikan, anda pilih tape pelekat tahan lasak dan saiz ideal sekurang-kurangnya 3 inci lebar bagi melakatkan kotak dan barang bungkusan. Tidak kiralah sama ada kecil atau besar kotak yang digunakan. Pastikan pelekat yang digunakan tahan lasak

10. CARA BUNGKUS BARANG MUDAH PECAH
Ingat tak, anda ada kumpulkan stok surat khabar yang banyak? Masa ini lah ia boleh digunkan. Bungkus barang-barang mudah pecah seperti pinggan mangkuk dengan, barang dekoratif dan sebagainya dnegan menggunkan kertas surat khabar. Lagi tebal, lagi bagus. Selain itu juga, boleh gunkan bubble wrap atau selimut. Pastikan balut setiap satu barang.

11. BUNGKUS PINGGAN MANGKUK SECARA MENEGAK
Salah satu tip tidak mudah pecah dan jimat ruang bagi pinggan mangkuk, ia perlu disusun secara menegak. Namun, pastikan setiap pinggan telah dibalut rapi terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kotak bungkusan

12. ELAK BARANG MANDIAN TUMPAH
Bagi mengelak botol barang mandian dari tertumpah dari bekasnya, lapiskan plastik warp pada mulut botol untuk lebih kedap. Selain itu juga, bungkus barang mandian menggunakan plastik dan letakkan di dalam baldi. Jadi, jika barang tersebut tumpah sekali pun, plastik bungkusan tadi dapat menyelamatkan barang lain dari terkena cecair yang terkeluar dari bekas.

 

 

Komen anda